Kitang
spesies ikan
Kitang, ketang atau kendang, dengan nama saintifik Scatophagus argus, ialah spesies ikan dalam keluarga Scatophagidae. Ikan ini selalunya bertaburan di sekitaran rantau Indo-Pasifik hingga ke Jepun, New Guinea, dan tenggara Australia. Ia hidup di kawasan berlumpur pesisir, termasuk muara, hutan bakau, pelabuhan, dan haluan sungai yang lebih rendah. Ia ialah ikan akuarium yang terkenal.
Kitang | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Perciformes |
Keluarga: | Scatophagidae |
Genus: | Scatophagus |
Spesies: | S. argus
|
Nama binomial | |
Scatophagus argus (Linnaeus, 1766)
| |
Sinonim[2] | |
|
Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.[3]
Rujukan
sunting- ^ Collen, B.; Richman, N.; Beresford, A.; Chenery, A.; Ram, M.; dll. (Sampled Red List Index Coordinating Team) (2010). "Scatophagus argus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2010: e.T155268A4761779. doi:10.2305/IUCN.UK.2010-4.RLTS.T155268A4761779.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2021). "Scatophagus argus" di FishBase. versi Jun 2021.
- ^ Maklumat Ikan/Produk Ikan