Kim Won-ho (Hangul김원호; lahir 2 Jun 1999) ialah pemain badminton Korea Selatan.[1] Kim yang mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Maewon, bertanding di Kejohanan Remaja Asia 2016, dan memenangi pingat perak dalam acara beregu campuran dan berpasukan.[2] Beliau juga merupakan pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Remaja Dunia 2017 dalam acara beregu lelaki dan berpasukan.[3] Kim ialah anak kepada pemenang pingat emas Olimpik Gil Young-ah. Beliau adalah pemain termuda dari pasukan kebangsaan Korea Selatan yang bertanding di Piala Sudirman 2017. Dia bermain satu perlawanan, dalam perlawanan pembukaan dengan Rusia di peringkat round robin.[4] Pada pusingan akhir, Korea Selatan memenangi kejuaraan selepas menewaskan China dengan mata 3–2.[5] Beliau mewakili Korea dalam Piala Thomas 2018 tetapi kalah dalam perlawanan menentang Indonesia dan oleh itu tersingkir di suku akhir.

Kim Won-ho
Maklumat peribadi
NegaraKorea Selatan
Lahir (1999-06-02) 2 Jun 1999 (umur 25)
Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan
Tinggi1.84 m (6 ka 0 in)
Cakat tanganKanan
Beregu lelaki & campuran
Ranking tertinggi9 (MD bersama Choi Sol-gyu) (3 Januari 2023)
19 (MD bersama Seo Seung-jae) (7 Jun 2018)
5 (XD bersama Jeong Na-eun) (20 Jun 2023)
Ranking semasa111 (MD bersama Choi Sol-gyu)
8 (XD bersama Jeong Na-eun) (16 Julai 2024)
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili Korea Selatan
Sukan Olimpik
Pingat perak – tempat kedua 2024 Paris Beregu campuran
Piala Sudirman
Pingat emas – tempat pertama 2017 Gold Coast Pasukan campuran
Pingat perak – tempat kedua 2023 Suzhou Pasukan campuran
Pingat gangsa – tempat ketiga 2021 Vantaa Pasukan campuran
Sukan Asia
Pingat perak – tempat kedua 2022 Hangzhou Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 2022 Hangzhou Pasukan lelaki
Kejohanan Asia
Pingat gangsa – tempat ketiga 2019 Wuhan Beregu lelaki
Kejohanan Berpasukan Campuran Asia
Pingat perak – tempat kedua 2023 Dubai Pasukan campuran
Kejohanan Berpasukan Asia
Pingat gangsa – tempat ketiga 2018 Alor Setar Pasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 2024 Selangor Pasukan lelaki
Kejohanan Remaja Dunia
Pingat gangsa – tempat ketiga 2017 Yogyakarta Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga 2017 Yogyakarta Pasukan campuran
Kejohanan Remaja Asia
Pingat perak – tempat kedua 2016 Bangkok Beregu campuran
Pingat perak – tempat kedua 2016 Bangkok Pasukan campuran
Profil BWF

Rujukan

sunting
  1. ^ "Players: Kim Won Ho". Persekutuan Badminton Dunia. Dicapai pada 29 Mei 2017.
  2. ^ "주니어배드민턴 혼합복식 아시아선수권 3년연속 준우승" (dalam bahasa Korea). The Chosun Ilbo. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  3. ^ "2017 BWF 세계주니어배드민턴선수권대회" (dalam bahasa Korea). 배드민턴데일리. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  4. ^ "Second generation Sudirman". Badzine. Dicapai pada 29 Mei 2017.
  5. ^ "Korea wins Sudirman Cup badminton final on Gold Coast". Gold Coast Bulletin. Dicapai pada 29 Mei 2017.

Pautan luar

sunting