Kill Bill: Volume 2
Kill Bill:Volume 2[1] adalah sebuah filem seni mempertahankan diri dari Amerika Syarikat tahun 2004 ditulis dan diarahkan oleh Quentin Tarantino. Dibintangi oleh Uma Thurman sebagai Bride / Kiddo, yang bersumpah untuk membalas dendam kepada pasukan pembunuh upahan Viper yang dibintangi oleh Lucy Liu, Michael Madsen, Daryl Hannah dan Vivica A. Fox) dan pemimpin mereka Bill (David Carradine) selepas mereka cuba membunuhnya, suaminya serta anaknya yang masih dalam kandungan.
Kill Bill: Volume 2 | |
---|---|
Pengarah | Quentin Tarantino |
Penulis | Quentin Tarantino |
Dihasilkan oleh | Lawrence Bender |
Dibintangi | |
Sinematografi | Robert Richardson |
Disunting oleh | Sally Menke |
Muzik oleh | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Miramax |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 136 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $30 juta |
Pecah panggung | $152.2 juta |
Ia merupakan filem sekuel atau susulan daripada Kill Bill: Volume 1 yang ditayangkan pada tahun 2003.
Plot
suntingDimulakan dengan babak imbas kembali. Beatrix Kiddo (Uma Thurman) yang sedang hamil diraikan sebagai pengantin baru bersama pasangannya Tommy Plympton, (Chris Nelson). Bill (David Carradine), bekas kekasih Kiddo, bapa kepada anak yang dikandungkan oleh Kiddo, dan ketua kumpulan Skuad Pembunuh Upahan Viper Deadly, tiba di majlis tersebut dan berpura-pura merestui keputusan Kiddo untuk berkahwin dan meninggalkan kumpulan tersebut sebelum dia memerintahkan keempat-empat anak buahnya untuk membunuh semua orang di majlis perkahwinan tersebut. Kiddo terselemat dan koma selama 4 tahun.
Empat tahun kemudian, Kiddo telah membunuh O-Ren Ishii dan Vernita Green. Kemudian Dia pergi ke rumah kontena Budd (Michael Madsen), merancang untuk membunuhnya secara serangan hendap. Budd seorang yang cekap bermain senjata api dan dia berjaya menembak di dada kanan menggunakan senapang patah berpelurukan garam batu serta di suntik ubat penenang. Dia menghubungi Elle Driver, satu lagi bekas Deadly Viper, dan mengatur untuk menjual sebilah pedang yang unik milik Kiddo pada harga satu juta dolar. Dia juga menyembunyikan Kiddo di dalam sebuah keranda dan dikuburkan secara hidup-hidup.
Tahun-tahun terdahulu, Bill pernah memberitahu kepada Kiddo mengenai satu seni mempertahankan diri yang hebat dari seorang legenda kung fu yang bernama Pai Mei (Gordon Liu) dengan teknik letupan jantung lima titik tumbukan yang kononnya dapat membunuh mana-mana lawan selepas beberapa minit . Bill menemani Kiddo ke kuil Pai Mei untuk memulakan latihan. Mei pada mula mengejeknya dan sengaja membuat latihan yang sukar dan sengsara, tetapi akhirnya dia mendapat penghormatan dan lulus teknik tersebut. Pada masa ini, Kiddo mula menggunakan teknik Pai Mei untuk keluar dari keranda sehingga berjaya memecahkan pintu keranda tersebut.
Elle tiba di rumah kontena Budd dan terus membunuhnya dengan seekor ular black mamba hitam yang disembunyikan bersama wang di dalam sebuah peti. Dia menelefo Bill dan memberitahunya bahawa Kiddo telah membunuh Budd dan Elle berjaya membunuh Kiddo. Ketika Elle keluar dari rumah kontena tersebut, Kiddo menyerangnya dan mereka bertarung. Elle, yang juga diajarkan oleh Pai Mei, mengejek Kiddo dengan mendedahkan bahawa dialah yang meracuni Pai Mei kerana menghukumnya dengan sebelah mata kanan dibutakan. Kiddo yang marah terus mematukkan seekor ular black mamba hitam ke mata Elle. Dia meraung kesakitan dan Kiddo membiarkannya. Nasibnya tidak diketahui sama ada masih hidup ataupun telah mati. Kiddo terus berhijrah ke Mexico.
Sementara di Mexico,Kiddo bertemu dengan seorang pesara kerajaan, Esteban Vihaio, yang boleh membantunya mencari Bill. Dia berjaya menjejaknya di sebuah hotel, dan mendapati bahawa anak perempuan nya bersama Bill iaitu B.B masih lagi hidup, kini sudah berusia empat tahun. Dia menghabiskan malam bersama mereka. Selepas dia meletakkan B.B ke katil, Kiddo turun ke tingkat bawah hotel untuk bertemu dengan Bill. Mereka beradu tenaga namun Bill sempat menembak Kiddo dengan anak panah yang mengandungi serum kebenaran dan mula menyoalnya satu persatu persoalan. Kiddo menceritakan satu misinya yang terakhir tidak dapat dilaksanakan iaitu umtuk membunuh Lisa Wong, di mana sebelum bertemu dengan Lisa, dia mendapati dirinya telah hamil dan menjelaskannya kepadanya segera tinggalkan agar tidak dibunuh olehnya. Bermulah dari hari itu, Kiddo ingin bersara sebagai pembunuh upahan dan mahu memberikan sepenuh perhatian kepada anak di dalam kandungannya. Dia sedar, yang Bill tidak akan mengahwininya dan pada masa yang sama dia memilih Tommy sebagai suaminya kelak.
Semasa Kiddo koma, anaknya berjaya dilahirkan dan dinamakan sebagai BB serta dijaga dengan penuh kasih sayang oleh Bill dan menjanjikan kehidupan BB berada dengan lebih baik. Bill menjelaskan bahawa dia menganggap Kiddo telah mati dan menganggap pembubaran kumpulannya wajar dilakukan. Sejak pada itu, Bill menumpukan sepenuh hidupnya hanya kepada BB. Di kesempatan itulah, Kiddo menghunus pedangnya kepada Bill tetapi berjaya ditepis oleh Bill. Ketika mereka berdua semakin dekat, masa itulah Kiddo terus melumpuhkan Bill dan melakukan teknik letupan jantung dengan lima tumbukan. Bill baru mengetahui bahawa Kiddo pernah belajar dari Pai Mei sehingga dia begitu cekap menggunakan teknik tersebut. Ketika keadaannya semakin nazak, Bill membuat perdamaian dan permohinan maaf dengan Kiddo selama ini, Bill mula mengambil lima langkah untuk berjalan dan terus rebah sehingga dia meninggal dunia. Beatrix Kiddo mengambil BB pada hari yang sama dan terus memulakan kehidupan baru bersama anaknya.
Pelakon
sunting- Uma Thurman sebagai Beatrix Kiddo / Black Mamba
- David Carradine sebagai Bill / Snake Chamer
- Michael Madsen sebagai Budd / Slidewinter
- Daryl Hannah sebagai Elle Driver / California Mountain Snake
- Gordon Liu sebagai Pai Mei
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Kill Bill: Volume 2 |