Kill Bill: Volume 1

(Dilencongkan daripada Filem Kill Bill: Volume 1)

Kill Bill: Volume 1[3] adalah sebuah filem genre aksi dan seni bela diri tahun 2003 dari Amerika Syarikat ditulis dan diarahkan Quentin Tarantino. Ia dibintangi oleh Uma Thurman sebagai Bride / Kiddo, seorang wanita yang membalas dendam terhadap pasukan pembunuh upahan Viper (dibintangi Lucy Liu, Michael Madsen, Daryl Hannah dan Vivica A. Fox) dan pemimpin mereka Bill (David Carradine) selepas mereka cuba membunuhnya, suaminya serta anaknya yang masih dalam kandungan lahir.

Kill Bill: Volume 1
PengarahQuentin Tarantino
PenulisQuentin Tarantino
Dihasilkan olehLawrence Bender
Dibintangi
SinematografiRobert Richardson
Disunting olehSally Menke
Muzik olehThe RZA
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMiramax
Tarikh tayangan
  • 10 Oktober 2003 (2003-10-10)
Masa tayangan
111 minit
NegaraAmerika Syarikat[1]
BahasaBahasa Inggeris
Bahasa Jepun
Bahasa Perancis
Bajet$30 juta[2]
Pecah panggung$180.9 juta

Seorang wanita yang lengkap dengan berpakaian gaun pengantin, Meraikan satu majlis perkahwinan di El Paso, Texas, Tetapi dicemari dengan insiden yang malang apabila pasangan tersebut telah diserang oleh Skuad Pembunuh Upahan Viper Deadly. Bride / Beatrix Kiddo / Kiddo (Uma Thurman) sempat memberitahu kepada ketua kumpulan tersebut Bill (David Carradine), bahawa dia sedang hamil. Akan tetapi, Bill tetap menembaknya dia di kepala.

Polis menyiasat pembunuhan beramai-ramai di dalam gereja. Pihak polis mendapati Kiddo masih hidup tetapi koma. Di hospital, Elle Driver (Daryl Hannah) bersiap untuk membunuh Kiddo melalui suntikan maut, tetapi Bill membatalkan misi itu pada saat akhir, memandangkan ia tidak boleh dibunuh kerana Kiddo tidak dapat mempertahankan dirinya.

Empat tahun kemudian, Kiddo telah sembuh dari koma dan terkejut mendapati dia tidak lagi hamil. Dia membunuh seorang pekerja hospital yang telah merogolnya semasa dia koma. Namun, kakinya masih lumpuh akibat koma yang terlalu lama. 13 jam kemudian, baharulah kakinya pulih sepenuhnya. Dia mengambil traknya, dan terus merantau untuk menyelesaikan dendam terhadap untuk Bill dan keempat-empat anggota yang lain, dia memilih sasaran pertamanya iaitu O-Ren Ishii (Lucy Liu), kini pemimpin yakuza di Tokyo. Ibu bapanya telah dibunuh oleh yakuza lain ketika dia masih berusia 5 tahun, dia membalas dendam pada bos yakuza tersebut 6 tahun kemudian dan menggantikan bapanya selepas tamat latihannya sebagai pembunuh elit.

Kiddo pergi ke Okinawa, Jepun, untuk mendapatkan pedang dari seorang legenda samurai, Hattori Hanzō (Sonny Chiba), yang telah bersumpah untuk tidak lagi membuat pedang lagi. Setelah mengetahui bahawa sasarannya adalah Bill, bekas pelajar yang mengkhianatinya, dia segera menghasilkan pedang terbaik untuknya. Kiddo berjaya menjejaki O-Ren di sebuah restoran di Tokyo yang dinamakan House of Blue Leaves, dan berjaya mengalahkan dan membunuh ke semua ahli yakuza yang lain, termasuk kumpulan Crazy 88 yang diketuai oleh Johnny Mo, (Gordon Liu) yang merupakan pengawal kepada O-Ren sebelum membunuhnya. Kemudian dia dan O-Ren bertarung di sebuah taman di perkarangan restoran itu, dan berjaya memenggal kepalanya dengan pedang lagenda itu. Dia menyeksa Sofie Fatale, pembantu O-Ren, untuk mendapatkan maklumat mengenai Bill, dan meninggalkannya sebagai tebusan kepada Bill kerana telah mengkhianati ketuanya. Sofia juga telah memberitahu kepada Kiddo bahawa anak perempuannya BB masih hidup dan dijaga oleh Bill dengan sebaiknya. Misi membalas dendam dan mencari anaknya semula dirungkaikan di dalam Filem Kill Bill: Volume 2.

Pelakon

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kill Bill -- Vol. 1". American Film Institute. Dicapai pada December 4, 2016.
  2. ^ "Kill Bill Vol. 1 (2003)". Box Office Mojo. Dicapai pada June 29, 2011.
  3. ^ http://www.miramax.com/movie/kill-bill-volume-1/

Pautan luar

sunting