Khersonesos
Khersonesos (Bahasa Yunani Kuno: Χερσόνησος , Khersónēsos ; Latin: Chersonesus ; bahasa Rusia dan Ukraine moden: Херсоне́с, Khersones; juga ditulis Khersonese, Khersonesus, daripada bahasa Yunani zaman pertengahan kepada Kherson Χερσών; Slav Timur Kuno: Корсунь, Korsun) ialah sebuah koloni Yunani purba yang diasaskan sekitar 2500 tahun lalu di barat daya Semenanjung Krimea. Peneroka dari Heraklea Pontika di Bithynia mengasaskannya pada abad ke-6 SM.
Χερσόνησος Херсонес | |
![]() St. Katedral Vladimir menghadap ke penggalian Khersonesos. | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Sevastopol" tidak wujud. | |
Nama alternatif | Kherson, Khersonesus, Khersones |
---|---|
Lokasi | Gagarin Raion, Sevastopol |
Wilayah | Taurica |
Koordinat | 44°36′42″N 33°29′36″E / 44.61167°N 33.49333°EKoordinat: 44°36′42″N 33°29′36″E / 44.61167°N 33.49333°E |
Jenis | Penempatan |
Sebahagian daripada | Pemeliharaan Negara "Khersones Tavriysky" |
Luas | 30 he (74 ekar) |
Sejarah | |
Pembina | Peneroka dari Heraclea Pontica |
Diasaskan | abad ke-6 SM |
Ditinggalkan | Sekitar 1400 TM |
Zaman | Yunani Klasik hingga Abad Pertengahan Akhir |
Budaya | Yunani, Rom, Hunnik, Byzantium |
Perincian tapak | |
Tarikh penggalian | 1827 |
Pengurusan | Pemeliharaan Kebangsaan Khersonesos Taurik |
Tapak sesawang | www |
Khersonesos | |
Nama rasmi | Bandar purba Khersones Taurik |
Sebahagian dari | Bandar Purba Khersones Taurik dan kawasan Kora |
Inskripsi | (sesi ) |
Zon penampan | 207.2 he (0.800 bt2) |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bandar purba ini terletak di pantai Laut Hitam di pinggir Sevastopol moden di Semenanjung Krimea, di mana ia dipanggil Khersones. Tapak ini sebahagian daripada Rizab Kebangsaan Khersonesos Taurik. Nama Khersonesos dalam bahasa Yunani bermaksud "semenanjung", sempena lokasi penempatan itu dibina. Jangan mengelirukannya dengan Khersones Taurik, nama yang sering digunakan bagi seluruh Krimea selatan.
Semasa zaman klasik, Khersonesos kebanyakan masanya sebuah demokrasi yang diperintah oleh sekumpulan arkon yang dilantik dan sebuah majlis yang dipanggil Demiurgoi. Lama-kelamaan, kerajaan mereka beransur kepada oligarki, dan tampuk kuasa di pegang oleh golongan arkon.[1] Semua rakyat mengangkat sumpah bermula dari abad ke-3 SM hingga ke hari ini.[2][3] Pada 2013, UNESCO menyenaraikan Khersonesos sebagai Tapak Warisan Dunia.[4]
Sejarah
suntingTanah jajahan Yunani
suntingPada abad ke-5 SM, orang Dorik dari Heraclea Pontica di pantai Laut Hitam Asia Minor mengasaskan sebuah pelabuhan bernama Khersonesos di barat daya Krimea (di luar Sevastopol moden). Perairannya cukup dalam dan terletak di pinggir tempat tinggal orang asli Tauri. Kebanyakan Zaman Klasik, Khersonesos adalah sebuah demokrasi yang diperintah oleh sekumpulan arkon yang dilantik dan sebuah majlis yang dipanggil Demiurgi. Lama-kelamaan, kerajaan menjadi lebih bersifat oligarki dan kuasa tertumpu di tangan golongan arkon. Sehingga pertengahan abad ke-4 SM, Khersonesos sebuah bandar kecil. Ia kemudiannya berkembang ke barat laut Krimea, bergabung dengan koloni Kerkinitida dan membina banyak kubu pertahanan.
Selepas memerangi Kerajaan Bosporus, orang Scythia, Tauri, dan menguasai pantai barat semenanjung, Khersonesos terpaksa meminta bantuan Mitradates VI dan jeneralnya Diofantus, s. 110 SM, dan jatuh ke tangan Kerajaan Bosporus. Ia menjadi taklukan Rom dan dilindungi pasukan kubu dari pertengahan abad ke-1 SM sehinggalah 370-an Masihi, apabila ia ditawan oleh orang Hun.
Zaman Byzantium
suntingSemasa Zaman Pertengahan Awal, ia dikawal oleh Empayar Byzantium dan telah menghadap pengepungan oleh kaum Göktürk pada tahun 581. Pengaruh Byzantine tidak begitu kuat: tentera mereka kecil dan hanya ditempatkan untuk perlindungan dan bukan kawalan, membenarkan bandar itu mentadbir sendiri sedikit sebanyak.[5] Ia berguna kepada Byzantium dalam dua cara: ia tempat yang sesuai untuk memantau puak musuh, dan lokasinya yang terpencil menjadikannya destinasi popular untuk membuang orang yang telah memurkakan pihak berkuasa Rom dan kemudian Byzantium. Antara "banduan" yang terkenalnya ialah Paus Clemens I dan Paus Martinus I, dan Maharaja Byzantium Justinianus II yang digulingkan.[5]
Menurut Teofanes Pengaku dan lain-lain, Khersonesos merupakan kediaman gabenor Khazar (tudun) pada akhir abad ke-7. Antara tahun 705 dan 840, hal ehwal bandar itu diuruskan oleh pegawai-pegawai lantikan yang dipanggil babaghuq, atau bermaksud "bapa bandar".[6]
Pada tahun 833, Maharaja Teofilos menghantar seorang bangsawan Petronas Kamateros, yang telah menyelia pembinaan kubu Khazar di Sarkel, untuk mengambil alih kota dan kawasan sekitarnya. Ia dijadikan daerah (dipanggil <i>tema</i>) Klimata/Kherson. Ia milik Byzantium sehinggalah 980-an, apabila ia jatuh ke tangan Vladimir Agung dari Rus' Kiev. Vladimir bersetuju akan meninggalkan kubu itu sekiranya baginda dapat berkahwin dengan saudara perempuan Basil II, Anna Porfirogeneta. Permintaan itu menyebabkan skandal di Konstantinopal. Sebagai syarat mahar, Vladimir dibaptiskan di sini pada tahun 988, sekali gus membuka jalan kepada pembaptisan seluruh Rus' Kiev. Selepas itu mereka meninggalkan Korsun'.
Memandangkan kempen ini tidak direkodkan dalam sumber-sumber Yunani, ahli sejarah berpendapat kisah itu sebenarnya merujuk kepada Perang Rus'–Byzantium (1043) dan kepada Vladimir yang lain. Kebanyakan barang berharga yang dirompak oleh Slav juga di Korsun' sampai kepada Veliky Novgorod (mungkin melalui Ioakhim dari Korsun, uskup Novgorod pertama, kerana nama keluarga beliau menunjukkan beliau ada hubungan dengan Korsun), di mana ia disimpan di Katedral St. Sophia sehingga abad ke-20. Salah satu barang yang paling menarik dalam "Khazanah Korsun" ini ialah Gerbang Korsun tembaga, kononnya ditawan oleh orang Novgorod di Korsun' dan kini sebahagian daripada Katedral St. Sophia.
Selepas Perang Salib Keempat (1202–04), Khersonesos menjadi naungan Empayar Byzantium di Trebizond sebagai Kerajaan Theodoro. Selepas Pengepungan Trebizond (1461), Kerajaan Theodoro merdeka. Ia dikawal Genoa pada awal abad ke-13, memulakan perdagangan yang semakin rancak dengan Yunani.[7] Pada tahun 1299, kota tersebut telah dijarah tentera Mongol Nogai Khan, yang digelarkan Angkatan Kencana. Catatan Byzantium kali terakhir menyebut Khersonesos pada tahun 1396, dan berdasarkan bukti arkeologi ia kosong sepenuhnya dalam dekad-dekad berikutnya.
Rujukan
sunting- ^ domain awam: Minns, Ellis Hovell (1911). "Chersonese". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 6 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 86. Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
- ^ "Syll. 360: The oath of the citizens of Chersonesos". attalus.org. Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2018. Dicapai pada May 20, 2015.
- ^ Stolba, V. (2005). The oath of Chersonesos and the Chersonesean economy in the early Hellenistic period. Dalam Making, Moving and Managing. The New World of Ancient Economies, 323-31 BC (m/s 298-321). Left Coast Press.
- ^ Claus, Patricia (2022-12-01). "Ancient Greek City of Chersonesus in Crimea Founded 2,500 Years Ago". greekreporter.com. Dicapai pada 2023-05-09.
- ^ a b domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=
(bantuan) Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di - ^ Brook, Kevin Alan (2006-09-27). The Jews of Khazaria (dalam bahasa Inggeris). Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 54. ISBN 9781442203020.
- ^ domain awam: Minns, Ellis Hovell (1911). "Chersonese". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 6 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 86. Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama dengan nama "np-city" yang ditentukan dalam kumpulan <references>
"" tidak mempunyai kandungan.
Bibliografi dan bacaan lanjut
sunting- Anokhin, Vladilen A. The Coinage of Chersonesus: IV century B.C.–XII century A.D. Oxford: British Archaeological Reports, 1980 (kulit lembut, ISBN 0-86054-074-X ).
- Carter, Joseph Coleman; Crawford, Melba ; Lehman, Paul; Nikolaenko, Galina; Trelogan, Jessica. "The Chora of Chersonesos in Crimea, Ukraine", Jurnal Arkeologi Amerika, Jil. 104, No. 4. (2000), hlm. 707–741.
- Carter, Joseph Coleman; Mack, Glenn Randall. City, Chora, Museum, and Environs. Austin, TX: David Brown Book Company, 2003 (kulit lembut, ISBN 0-9708879-2-2 ).
- Kozelsky, Mara. "Ruins into Relics: The Monument to Saint Vladimir on the Excavations of Chersonesos, 1827–57", The Russian Review, Jil. 63, No. 4. (2004), hlm. 655–672.
- Norwich, John Julius. Byzantium: Abad Awal . New York: Alfred A. Knopf, 1989 (kulit keras, ISBN 0-394-53778-5 ).
- Saprykin, Sergey Yu. Heracleia Pontica and Tauric Chersonesus before Roman domination: (VI–I centuries B.C.). Amsterdam: AM Hackert, 1997 (ISBN 9025611095 ).
- Stolba, Vladimir F.Greek Countryside in Ancient Crimea: Chersonesean Chora in the Late Classical to Early Hellenistic Period. Aarhus 2014.
- Vus, Oleh. The Defensive Structures of Early Byzantine Cherson: Reconstruction and Development of City Fortification from the Fourth to the Sixth Centuries. 2017. https://www.academia.edu/85590107/The_Defensive_Structures_of_Early_Byzantine_Cherson_Reconstruction_and_Development_of_City_Fortification_from_the_Fourth_to_the_Sixth_Centuries
- Vus, Oleh. The Mobile Group of the Roman Army in Taurica at the end of III—V centuries. 2016. https://www.academia.edu/85638770/The_Mobile_Group_of_the_Roman_Army_in_Taurica_at_the_end_of_III_V_centuries
- Vus, Oleh. Defense doctrine of Byzantium in the Northern Black Sea region: engineering defense of Taurika and the Bosphorus in the late 4th — early 7th centuries. 2010. https://www.academia.edu/85524504/Defense_doctrine_of_Byzantium_in_the_Northern_Black_Sea_region_engineering_defense_of_Taurika_and_the_Bosphorus_in_the_late_4th_early_7th_centuries
Sumber dan pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Khersonesos |