Ketua kerajaan
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Ketua pemerintahan
Ketua sesebuah pemerintahan[a] sesebuah negara dilantik kepimpinannya.
Dalam sistem berparlimen, jawatan pemerintahan ini biasanya dipegang perdana menteri yang dilantik berikutan keputusan suatu pilihan raya yang kemudiannya menasihati presiden (untuk negara republik seperti Singapura dan Indonesia) atau raja (untuk negara beraja seperti Malaysia). Dalam sistem pemerintahan kerajaan mutlak, ketua pemerintahan sering kali merangkap sebagai ketua negara seperti di Brunei.
Sistem pemerintahan negara
sunting1. Dalam sistem berparlimen, ketua kerajaan biasanya dikenali sebagai Perdana Menteri, yang dipilih melalui pilihan raya dan bergantung kepada sokongan majoriti di parlimen. Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara. Ketua negara biasanya adalah Raja atau Presiden, yang berperanan sebagai simbol kenegaraan dan mempunyai kuasa tertentu, seperti melantik Perdana Menteri, membuka, membubar dan menangguh parlimen, serta mewakili negara dalam urusan luar negeri. Contohnya, Britain, Jerman, Malaysia.
2. Dalam sistem berpresiden, ketua kerajaan dan ketua negara sering kali adalah individu yang sama, iaitu Presiden. Presiden dipilih secara langsung oleh rakyat dan memegang kuasa eksekutif tertinggi, termasuk dalam hal pentadbiran kerajaan dan pelaksanaan dasar luar negara. Contohnya, Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia.
3. Dalam sistem separa-presiden, ketua kerajaan merujuk kepada Perdana Menteri, yang dilantik oleh Presiden, tetapi tetap bergantung kepada sokongan majoriti di parlimen. Dalam sistem ini, kuasa eksekutif dibahagikan antara Presiden dan Perdana Menteri. Presiden biasanya bertanggungjawab dalam hal-hal luar negara, pertahanan, dan dasar-dasar utama negara, manakala Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pentadbiran harian negara dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
4. Dalam sistem pemerintahan mutlak, ketua kerajaan biasanya merupakan Raja atau Sultan, yang mempunyai kuasa mutlak dalam mentadbir negara dan membuat keputusan utama berkaitan dengan pentadbiran dan dasar negara. Contohnya, Arab Saudi, Oman, Brunei.