Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat
Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat ialah hakim kanan Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Mereka tidak mempunyai lebih banyak kuasa daripada mana-mana hakim-hakim lain Mahkamah Agung yang dipanggil Hakim Bersekutu. Mereka bertanggungjawab untuk menganjurkan jadual dan pentadbiran Mahkamah. Secara tradisi, mereka mengetuai sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat apabila zaman pentadbiran sebagai presiden bermula. Satu-satunya bila mana mereka tidak mengetuai sumpah jawatan presiden adalah apabila Calvin Coolidge menjadi presiden.