Ketior
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Minyak biji ketior amat mujarab untuk dijadikan minyak urut . Pokok ketior (palaquium xanthochymum) banyak terdapat di Kampung Pulau Tiga , daerah Kampung Gajah, Perak . Berita-berita tentang buah ini tersiar di dalam surat khabar sekitar tahun 1987 . Pada ketika itu Tan Sri Ramli bin Ngah Talib sebagai Menteri Besar Perak berjanji untuk meminta beberapa pihak membuat kajian lebih mendalam tentang tumbuhan ini.
Biji ketior tidak dimakan begitu sahaja. Berwarna cokelat pekat , bergaris hitam. Bentuknya seperti biji kuaci.
Selepas heboh dengan penemuan minyak ketior di Kampung Pulau Tiga, banyak pihak mula menjanjikan kajian yang lebih lanjut, termasuklah untuk mengkomersialkannya. Maka MARDI juga diminta untuk membuat kajian lebih lanjut tentang pokok ini. Namun selepas 24 tahun, tiada apa yang dimumkan lagi.
Sekiranya industri minyak ketior dibangunkan di negeri Perak, ia tentunya dapat menjana pulangan yang lumayan kerana hanya di Perak terdapatnya tumbuhan secara meluas. Jika hanya satu kawasan pertanian terancang ditanam dengan pokok ketior, kita akan dapat memahami lebih mendalam tentang pokok ini. Ia dapat menjadi satu minyak makanan alternatif bagi negara.
Lihatlah industri minyak zaitun di negara-negara lain.