Ketakterhinggaan
Ketakterhinggaan atau keanantaan merujuk kepada bilangan yang tidak berhujung atau sampai batasnya[1] yakni ananta (Jawi: انانتا serapan Sanskrit: अनन्त, rumi: ananta[2]) atau "tiada terpermanai/terkira/terhisab.[2] Ia diberi lambang ∞. Contoh bilangan yang tidak terhingga ialah bilangan nombor asli (1, 2, 3, …) kerana tiada nombor asli yang terbesar.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e6/Infinity_symbol_%28fixed_width%29.svg/220px-Infinity_symbol_%28fixed_width%29.svg.png)
Ia tidak berlaku seperti bilangan yang biasa dipakai dalam aritmetik, lalu dapat digunakan untuk menjelaskan sifat-sifat beberapa objek matematika: contohnya, berapa angka yang ada dalam perwakilan puluhan untuk bilangan π. atau seperti rumusan yang mengatakan bahawa had untuk tidak terhingga yang positif ketika menuju kepada 0 dari sisi positif.
Kajian mengenai ketakterhinggaan terdapat dalam bidang matematik, falsafah, dan ketuhanan (misalnya sifat ajaran agama yang dilihat sebagai sempurna anandi-ananta "tiada awal dan tiada akhir"[3])
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Kartasasmita, Bana G.; Ansjar, M.; Koko Martono; Irawati (1993). Kamus Matematika : matematika dasar. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. m/s. 107, 135. ISBN 978-979-459-017-1.
- ^ a b Zain, Shaharir bin Mohamad (2012). Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu. Penerbit USM. ISBN 978-983-861-670-6.
- ^ Kardika, I. Nyoman (Jul 2020). "Tattwa Siwa Siddhanta Indonesia dalam Teologi Hindu". Sphatika: Jurnal Teologi. 10 (1): 39. doi:10.25078/sp.v10i1.1525. ISSN 2722-8576.