Kesan pandemik COVID-19 terhadap pendidikan di Malaysia
Rencana ini menghuraikan kesan pandemik COVID-19 di Malaysia terhadap bidang pendidikan negara, yang melibatkan perubahan-perubahan dalam jadual serta sistem pendidikan negara serta tindakan-tindakan pihak kerajaan dalam menanangi masalah-masalah dalam bidang pendidikan.
Garis masa
suntingPeringkat awal pandemik
suntingPada awalnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa semua aktiviti kokurikulum di sekolah akan ditangguhkan mulai Mac 2020.[1][2]
Pada 15 April, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) telah dibatalkan bagi 2020 berikutan wabak COVID-19. Beliau juga mengumumkan bahawa semua peperiksaan sekolah utama lain termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan ditangguhkan masing-masing ke 2021 dan Ogos 2020.[3][4]
Pada 3 Jun, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa pihak pemerintah akan menyebarkan garis panduan untuk membuka kembali sekolah kepada guru pada 4 Jun sebagai usaha untuk membuka kembali sektor pendidikan.[5]
Pada 10 Jun, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin mengesahkan bahawa sekolah-sekolah di negara ini akan mula dibuka secara berperingkat mulai 24 Jun, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar yang mengambil peperiksaan awam tempatan dan antarabangsa.[6][7] Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah penjarakan sosial, sekolah akan menyajikan makanan bungkus dan semua pelajar akan memeriksa suhu ketika memasuki sekolah.
Pada 23 Jun, Kementerian Pendidikan mengumumkan perubahan pada jadual cuti sekolah untuk membantu sekolah merancang pelajaran dengan lebih baik yang terganggu oleh pandemik COVID-19 dan PKP. Cuti pertengahan akan dikurangkan daripada sembilan hari menjadi lima hari. Sementara itu, cuti akhir tahun di sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu) akan dikurangkan daripada 42 hari menjadi 14 hari. Cuti akhir tahun di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) akan dikurangkan daripada 41 hari menjadi 13 hari. Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa tahun persekolahan untuk 2020 sekarang akan berjumlah 168 hari.[8] Sebagai tindak balas, bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengkritik Kementerian kerana tidak berunding dengan para guru dan kesatuan guru termasuk Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan dan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat sebelum meminda penggal persekolahan.[9]
Pada 26 Jun, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pusat tuisyen, sekolah pendidikan khas dan sekolah swasta akan dibenarkan beroperasi tidak lama lagi.[10]
Pada 29 Jun, dilaporkan bahawa prasekolah awam dan swasta, tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan dibolehkan beroperasi semula mulai 1 Julai. Di samping itu, beberapa perniagaan telah dibenarkan untuk dibuka semula termasuk spa, pusat kesihatan serta urut kaki, pawagam, teater dan lapangan acara langsung. Pihak kerajaan juga telah membolehkan pelbagai kegiatan sosial termasuk pertemuan, persidangan, seminar, kursus, sesi latihan, perkahwinan, acara bertunang, perayaan ulang tahun dan hari jadi serta perjumpaan keagamaan. Selain itu, aktiviti berenang di tempat awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan kolam renang peribadi juga dibenarkan.[11]
Pada 1 Julai, Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa sekolah untuk pelajar lain akan dibuka semula dalam dua peringkat mulai 15 Julai. Pelajar Tingkatan Satu hingga Empat, murid Tahun Lima dan Enam, pelajar kelas peralihan dan pelajar Tingkatan Enam Semester 1 akan kembali pada 15 Julai manakala murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Empat akan kembali ke sekolah pada 22 Julai. Beliau juga mengesahkan bahawa tahun akademik 2021 akan diputuskan pada waktu kemudian.[12]
Pada 14 Julai, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa sekolah memandu akan dibenarkan untuk melanjutkan kursus dan latihan mereka.[13]
Pascapilihan raya negeri Sabah dan 2021
suntingBerikutan peningkatan semula kes di seluruh negara pada bulan Oktober dan awal November, Menteri Pelajaran Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa semua sekolah dan asrama sekolah di Malaysia akan ditutup antara 9 November 2020 dan 20 Januari 2021 bersamaan dengan sekatan PKP Bersyarat baharu yang berkuatkuasa pada 9 November.[14]
Pada 22 Disember 2020, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa semua pelajar antarabangsa kecuali pelajar dari United Kingdom akan dibenarkan kembali ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Pelajar yang pulang ke Malaysia perlu menjalani ujian calitan COVID-19 dan prosedur kuarantin.[15]
Pada 20 Februari 2021, Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa murid sekolah akan kembali ke sekolah secara berperingkat antara 1 Mac dan 4 April. Kanak-kanak prasekolah, murid Tahun Satu dan Tahun Dua akan meneruskan kelas bersemuka pada 1 Mac manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam akan kembali pada 8 Mac. Murid-murid sekolah menengah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan kembali pada 4 April sementara murid-murid di negeri-negeri lain akan kembali pada 5 April.[16]
Pada 19 April, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg mengumumkan bahawa semua sekolah di zon merah negeri ini akan ditutup selama dua minggu bermula 20 April akibat peningkatan kes.[17]
Pada 21 April, Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon mengumumkan bahawa mana-mana sekolah yang mempunyai kes tersahkan akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari. Pelajar yang terlibat akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal dapat disambung semula.[18] Pada 26 April, Kementerian Pendidikan memerintahkan penutupan 79 sekolah di Selangor sebagai tindak balas terhadap wabak COVID-19.[19]
Isu dan kontroversi
suntingPengumuman mengejut Kementerian Pelajaran Tinggi
suntingPada Oktober, pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan bahawa semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang bakal menjalankan pendaftaran mahasiswa pada hari keesokannya untuk membatalkan pendaftaran fizikan akibat peningkatan mengejut kes COVID-19 di negara pada masa itu; Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tetap meneruskan pendaftaran fizikal pada waktu itu.
Akibat pengumuman tersebut, Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad diserang kerana keputusan tersebut yang menyebabkan para pelajar IPTA tersadai.[20] Rata-rata kalangan rakyat memberi tekanan kepadanya agar meletak jawatan susulan tindakan tersebut serta ada yang mengejek Noraini di laman sosial.[20] Walau bagaimanapun, Noraini memohon maaf atas kesulitan akibat pengumuman tersebut.[21] Pihak akademik menyatakan bahawa isu ini menampakkan isu-isu yang lebih besar, termasuklah isu kekurangan autonomi IPT akibat penguasaan berlebihan pihak kerajaan serta kemarahan rakyat kepada mutu sistem pendidikan yang dikatakan merudum saban masa.[22]
Berikutan pengumuman tersebut, sebuah tagar #SiswaJagaSiswa menjadi tular pada waktu tersebut dan bertujuan sebagai wadah penyaluran bantuan kepada golongan pelajar IPTA, terutamanya pelajar baharu yang terkandas pada masa itu.[23] Pihak IPTA pula dipuji kerana mengambil tindakan pantas dalam menjaga kebajikan pelajar yang terkesan seperti pemberian keperluan harian, akses Internet dan wang bantuan.[24]
Isu SOP di institut pembelajaran
suntingMasalah utama yang diutarakan oleh warga pendidikan Malaysia ialah masalah pelaksanaan SOP dan dasar-dasar di institut-institut pendidikan sehingga menyebabkan terbitnya kluster-kluster COVID-19 di pusat-pusat tersebut serta mengelirukan orang ramai.[25] Tambahan pula, pihak pembangkang menuntut peletakan jawatan menteri kanan pendidikan, Radzi Jidin serta timbalan-timbalannya kerana gagal menguruskan isu pandemik COVID-19 dalam sektor pendidikan negara.[26] Meskipun begitu, Radzi menyelar kritikan-kritikan tersebut, dengan menyatakan bahawa pihak pengkritik 'tidak pernah menguruskan krisis COVID-19'.[27]
Skandal bantuan pemberian gajet
sunting
- Paparan LCD 5 inci 480 piksel;
- CPU MediaTek MT6739WA;
- RAM 1 gigabait;
- Storan 8 gigabait;
- Sistem operasi Android 10 Go;
- Kamera belakang 8 megapiksel;
- Kamera hadapan 2 megapiksel;
- Bateri 2,000 mAh.
Pihak kerajaan terpalit dengan beberapa kontroversi berkenaan pemberian khas peralatan elektronik terhadap para pelajar ketika peralatan teknologi menjadi suatu keperluan penting dalam sistem pendidikan yang terpaksa dijalankan secara atas talian susulan pandemik (PdPR). Satu masalah utama ialah dakwaan pengabaian janji pihak kerajaan untuk memberi sejumlah komputer riba kepada warga pelajar berkeperluan seperti yang tertakluk dalam Belanjawan Malaysia 2021.[29]
Pada Jun 2021, syarikat telekomunikasi Yes 4G bersama-sama pihak kerajaan telah memberi bantuan berupakan pemberian telefon pintar percuma terhadap para pelajar berkeperluan sebagai memenuhi program Jaringan Prihatin pihak kerajaan.[30] Sungguhpun begitu, telefon pintar yang diberikan pihak Yes didapati terlalu usang daripada segi spesifikasi yang diperlukan bagi proses PdPR atau sebarang kegunaan lazim (seperti dalam kotak di sebelah kanan) setelah bantuan pemberian dijalankan oleh pihak kerajaan Perak.[28][31]
Menjawab kritikan orang ramai, pihak Perak menyatakan bahawa telefon dengan spesifikasi sebegitu sengaja diberikan untuk "mengelakkan penyalahgunaan seperti bermain permainan video" dan sepatutnya hanya digunakan bagi tujuan PdPR semata-mata.[32] Selain itu, terdapat laporan bahawa telefon yang diberi terbakar secara spontan ketika digunakan.[33]
Rujukan
sunting- ^ Rozaidee, Arisha (13 March 2020). "MOE: All Sports And Co-Curricular Activities To Be Postponed Due To COVID-19". Says.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
- ^ Wong, Alexander (13 March 2020). "Malaysia Govt: Postpone or cancel all gatherings and events until 30 April". SoyaCincau. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2020. Dicapai pada 16 March 2020.
- ^ Mohsen, Amar (15 April 2020). "Covid-19: UPSR, PT3 cancelled, SPM, STPM postponed". The Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 15 April 2020.
- ^ Menon, Sandhya (15 April 2020). "PT3, UPSR cancelled; SPM, STPM 3rd semester exam pushed to Q1 2021". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 15 April 2020.
- ^ "Guidelines on reopening schools to be distributed Thursday (June 4), says Education Minister". The Star. 3 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2020. Dicapai pada 4 June 2020.
- ^ "Malaysia to reopen schools in stages from June 24: minister". Reuters. 10 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 June 2020. Dicapai pada 22 June 2020.
- ^ Kanyakumari, D. (10 June 2020). "Malaysian schools to reopen in phases starting Jun 24". Channel News Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 June 2020. Dicapai pada 22 June 2020.
- ^ Jun, Soo Wern (23 June 2020). "Education Ministry cuts school holidays this year in 2020 term revision". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2020. Dicapai pada 24 June 2020.
- ^ "Teachers upset over amended school holidays, says Maszlee". Free Malaysia Today. 23 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2020. Dicapai pada 24 June 2020.
- ^ Loo, Cindi (26 June 2020). "More sectors to be reopened under RMCO from July 1". The Sun Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2020. Dicapai pada 26 June 2020.
- ^ "Pre-schools, kindergartens to open on Wednesday, preparations underway for the little ones". The Sun Daily. 29 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2020. Dicapai pada 29 June 2020.
- ^ Menon, Sandhya (1 July 2020). "Schools to reopen in stages for other students starting July 15, says Education Minister". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2020. Dicapai pada 1 July 2020.
- ^ Lai, Allison (14 July 2020). "Ismail Sabri: Driving schools allowed to conduct courses, training from Tuesday (July 14)". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2020. Dicapai pada 14 July 2020.
- ^ "COVID-19: Schools in Malaysia to close from Monday". Channel News Asia. 8 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
- ^ Anis, Mazwin Nik; Rahim, Rahimy (22 December 2020). "All international students except those from UK can go back to campuses on Jan 1 (updated)". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2020. Dicapai pada 22 December 2020.
- ^ Rajaendram, Rebecca (20 February 2021). "Youngest go back to school first". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2021. Dicapai pada 20 February 2021.
- ^ Ling, Sharon (19 April 2021). "Covid-19: All schools in Sarawak's red zones to close for two weeks from Tuesday (April 20)". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2021. Dicapai pada 19 April 2021.
- ^ Lai, Allison (21 April 2021). "Dr Mah on Covid-19: Schools with positive case to be closed for at least two days". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Menon, Sandhya (26 April 2021). "Covid-19: Education Dept orders 79 schools in Selangor to close". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2021. Dicapai pada 26 April 2021.
- ^ a b Ong, Justin (3 Oktober 2020). "Fury erupts online over ministry's move to delay physical student intakes at public universities". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-12. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
- ^ "Noraini mohon maaf atas segala kesulitan". Utusan Malaysia. 3 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-03. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
- ^ Lau, Jouyce (8 Oktober 2020). "Malaysia's U-turn on reopening campuses leaves students in lurch". Times Higher Education (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-21. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ "#SiswaJagaSiswa: Twitter dibanjiri bantuan kepada pelajar terkandas". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-18. Dicapai pada 3 Oktober 2020.
- ^ Menon, Sandhya; Rajaendram, Rebecca (6 Oktober 2020). "Students laud varsities for acting quickly on internet enrolment". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-05. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ "Educators, parents want clear action over education clusters". The Malaysian Reserve (dalam bahasa Inggeris). 26 April 2021. Dicapai pada 27 April 2021.
- ^ "Quit, opposition tells education minister and his deputies". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 24 April 2021. Dicapai pada 27 April 2021.[pautan mati kekal]
- ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (28 Mac 2021). "Yang kritik pun tidak pernah uruskan COVID-19 - Dr Radzi". Berita Harian. Dicapai pada 27 April 2021.
- ^ a b Azrai, Hanif (14 Jun 2021). "Kerajaan Perak edar telefon berkualiti rendah dan harapkan pencapaian berkualiti tinggi?". Soya Cincau. Dicapai pada 16 Jun 2021.
- ^ "Where are laptops promised to students?". The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). 14 Jun 2021. Dicapai pada 16 Jun 2021.
- ^ Wong, Alexander (6 Mei 2021). "Jaringan Prihatin: Yes offers B40 families free phone and mobile data without contracts". Soya Cincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Jun 2021.
- ^ Mohamad Yunus, Muhammad Yusainy (4 Jun 2021). "Pengguna dakwa dapat telefon 'cikai'". Sinar Harian. Dicapai pada 16 Jun 2021.
- ^ Sufian Suri, Muhammad Zulsyamini (14 Jun 2021). "Telefon pintar untuk pembelajaran saja, elak main game [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 16 Jun 2021.
- ^ Wong, Alexander (16 Jun 2021). "Yes phone provided under Jaringan Prihatin catches fire during online class". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Jun 2021.