Pembunuhan Altantuya Shaariibuu

Kes pembunuhan berprofil tinggi
(Dilencongkan daripada Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu)

Pembunuhan Altantuya Shaariibuu ialah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia. Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak. Kes ini juga melibatkan dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul. Akhirnya pada 13 Januari 2015, kes ini ditutup dengan hukuman gantung terhadap dua anggota UTK tersebut.[1][2][3][4][5]

Pada 16 Disember 2019, Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung itu mendakwa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada bekas perdana menteri Najib Razak dan rakan rapatnya Abdul Razak Baginda.[6]

Pembunuhan

sunting

Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.

Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyaki dibunuh dengan letupan bukan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).

Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun). Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada Unit Tindakan Khas. Dua orang lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan yang telah ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.

Seorang Cif Inspektor daripada Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita daripada Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.

Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.[7]

Mangsa

sunting

Biodata Altantuya

sunting

Altantuya Shaariibuu yang berusia 28 tahun serta berasal dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.[8]

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah, penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.[9]

Pada 7/8 Oktober 2006, Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda, bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai. Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.[10]

Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia.[11]

Keluarga Altantuya

sunting

Pada 10 November 2006, Dr Shariibuu Setev (56 tahun) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada jam 6 petang. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dan ujian sampel DNA. Polis bahagian forensik menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang. Sampel darah ibunya, Altantsetseg, 53 turut dibawa dari Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, ketika itu belum diambil lagi. Ketika itu, Altanchagai sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.

Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi, mengiringi Dr Shariibuu Setev dan memberikan sidang media di pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia di Sunway Damansara.

Shariibuu Setev merupakan Pengarah Pusat Maklumat dan Pendidikan, Universiti Nasional Mongolia. Beliau menyifatkan anaknya sebagai "penyayang, berpelajaran tinggi, sentiasa mengambil berat dan amat disayangi", dan beliau tidak menduga anaknya dibunuh dengan kejam.

Pada 4 Jun 2007, Shariibuu Setev, Burmaa @ Amy (28 tahun), dan dua orang lagi saudaranya bertolak ke Malaysia. Shariibuu Setev tidak pernah berjumpa dengan Razak Baginda sebelum ini. Tetapi Burmaa @ Amy pernah berjumpa dengan Abdul Razak Baginda di Mongolia 'beberapa kali'

Fakta mahkamah

sunting
  • Tertuduh  : Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda
  • Hakim  : Datuk Mohd Zaki Md Yasin
  • Pendakwa  : Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Manoj Kurup, Wong Chin Kiat, Noorin Badaruddin dan Hanim Rashid.
  • Peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri(OKT1) : Hazman Ahmad (gambar) dan J Kuldeep Kumar
  • Peguam bela Koperal Sirul Azhar Umar(OKT2)  : Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Rezua Merican dan Ahmad Zaidi Zainal
  • Peguam bela Abdul Razak Abdullah Baginda(OKT3)  : Wong Kian Kheong
  • Cif Inspektor Azilah Hadri mulanya akan dibela oleh Zulkifli Nordin. Tapi Zulkifli Nordin menarik diri kerana ada campur tangan serius pihak ketiga sewaktu pembelaan dan perbicaraan. Kemudian, peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar dilantik sebagai peguam bela Azilah Hadri.

Razak Baginda

sunting

Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya. Beliau merupakan seorang penganalisis politik yang begitu prolifik di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Analisis beliau tentang isu-isu politik dan pertahanan di Afghanistan, Iraq dan Palestin diterima umum sebagai pendapat atau senada dengan pendapat rakyat Malaysia.[12][13]

Razak Baginda yang berumur 46 tahun yang menjadi ketua institut pemikir tempatan direman selama 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan dikenakan denda.[14][15]

Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat. Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.

Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.

Pada 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat asma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada. Beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis.

Pada 16 November 2006, Abdul Razak Abdullah Baginda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Razak didakwa bersubahat membunuh Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, daripada Unit Tindakan Khas (UTK) di pejabatnya di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No. 148, Jalan Ampang di sini antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober 2006.[16][17][18]

Razak didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama. Jika disabitkan dengan kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum gantung sampai mati.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani pada kira-kira pukul 12.47 tengah hari serta disaksikan oleh ahli keluarga Abdul Razak termasuk ibu bapanya, isterinya yang merupakan seorang peguam, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Rowina, 19 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin manakala Abdul Razak diwakili dua orang peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan M. Puravelan.

Reaksi antarabangsa

sunting

Media antarabangsa seperti Fuji TV dari Jepun dan Channel News Asia (Singapura) turut membuat liputan.

Kerajaan Mongolia mengarahkan Kedutaan Mongolia di Bangkok, Thailand menghantar surat rasmi bagi mendapatkan penjelasan terperinci daripada Wisma Putra.

Duta Mongolia di Bangkok telah menyerahkan surat daripada kerajaan Mongolia kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, bersabit kes itu.

Laporan media telah kelihatan subjudis dan menghina mahkamah. Kenyataan media oleh Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi boleh menjejaskan proses undang-undang.

Peguam asal Razak Baginda iaitu Datuk Muhammad Shafee Abdullah memohon mahkamah mengeluarkan injunksi bagi melarang kenyataan tanpa wibawa.

Akhbar The New Paper dari Singapura turut mengikuti berita ini. Pihak akhbar tersebut telah menyiarkan 5 halaman termasuk halaman utama tentang kes tersebut pada 18 Jun 2007 apabila kes itu mula dibicara. Akhbar tersebut bukan sahaja melaporkan berita keadaan dalam mahkamah malah turut membuat liputan tentang hal-hal yang berlaku di luar mahkamah.

Hakim perbicaraan dan Barisan Pendakwa Raya

sunting

Peguam Negara Dato Abdul Ghani Patail telah memilih Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin sebagai hakim perbicaraan kes ini yang akan akan diadakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Oleh itu, perbicaraan telah dipercepat ke tarikh 4 Jun 2007. Kemudian, perbicaraan ditunda ke 18 Jun 2007 kerana pertukaran barisan pendakwa raya.[19][20]

Pada 18 Jun 2007, Karpal Singh menyarankan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menarik diri kerana mungkin disangka berat sebelah. Hal ini kerana beliau merupakan tiga pupu dengan arwah isteri peguam Azilah, Hazman Ahmad yang meninggal dunia tahun 2005. Akan tetapi, Mohd Zaki menyatakan dirinya masih layak.[21]

Pada 19 Jun 2007, Dr Shaariibuu Setev dan kerajaan Mongolia mengemukakan rayuan di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi melalui firma guaman Karpal Singh & Co agar hakim lain mendengar kes itu.[22]

Permohonan Karpal Singh agar beliau dibenar memeriksa balas saksi ditolak kerana Karpal bukanlah peguam bela kes ini. Tetapi beliau boleh menyoal saksi melalui mahkamah dan juga boleh mengemukakan soalan melalui pihak pendakwaan.[23][24]

Pendakwa Raya

Pada 4 Oktober 2007 sejurus prosiding bermula, Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin di Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa beliau, Manoj Kurup dan Wong Chiang Keat, baru dilantik lewat petang 3 Jun 2007. Penukaran pendakwa raya sepatutnya diberi notis sebulan.

Pendakwa raya sebelum ini ialah Ketua Unit Kes Terkelas daripada Jabatan Peguam Negara Sallehuddin Saidin dan Timbalan Pendakwa Raya Noreen Badaruddin. Mereka telah ditukar oleh Peguam Negara, Abdul Ghani Patail.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin menetapkan tarikh baru,18 Jun 2007 bagi posiding/perbicaraan Altantuya. Sementara itu, Abdul Razak Abdullah Baginda telah dihantar ke Penjara Sungai Buluh, Selangor.

Pada 19 Jun 2007, Tun Majid selaku Ketua Bahagian Guaman yang mengetuai pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa Ketua Unit Jenayah Seksual dan Jenayah Am, Noorin Badaruddin turut menyertai pendakwa raya.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu Setev (bapa Altantyuya), Altantsetseg Sanjaa (ibu) dan dua orang anak lelaki wanita itu Mungunshagai Bayarjargal, 9, dan Altanshagai Munkhtulga, 4, mengambil tindakan saman terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia. Mereka menuntut ganti rugi RM100 juta atas kematian Altantuya.

Writ saman itu difailkan oleh firma guaman Messrs Karpal Singh & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam pada 4 Jun 2007.

Alasannya ialah kehilangan dan kerugian terutama kedua-dua anak lelaki Altantuya yan ibu yang merupakan satu-satunya pencari nafkah untuk mereka.

Kos RM10,000 setiap tahun bagi rawatan perubatan untuk anak Altantuya, Altanshagai, yang kurang upaya dan memerlukan rawatan perubatan setiap masa di sebuah hospital di Beijing.

Mereka ganti rugi teladan dan teruk, faedah, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi memberitahu bahawa Shaariibuu Setev datang bersama Burmaa, Almira, Gal Ochir, untuk menjadi saksi pendakwa. Mereka tinggal di Malaysia selama lapan hari dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.

Altantuya mengugut

sunting

Pada 17 Oktober 2006, Altantuya datang ke rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya telah membuat kecoh dan polis telah membawanya ke Balai Polis Brickfield. Altantuya berhenti di kaunter depan seperti hendak membuat laporan polis. Ang Chong Beng mengheret Altantuya keluar dahulu dan membuat perundingan yang menguntungkan terlebih dahulu.

Altantuya telah menuntut USD500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia daripada Abdul Razak. Tuntutan itu ketika Balasubramaniam, penyiasat persendirian Ang Chong Beng dan Balasubramaniam berada di luar Balai Polis Brickfield antara jam 11.00 - 12.00 malam. Altantuya menuntut wang itu selepas Ang Chong Beng memujuk Altantuya tidak membuat laporan polis mengenai Abdul Razak. Balasubramaniam bersetuju akan memaklumkan kepada Abdul Razak dan akan memaklumkan semula kepada Ang Chong Beng melalui telefon jika ada perkembangan lanjut.

Pada 19 Oktober 2006 sekitar 7.20 malam, Altantuya dan 2 orang teman wanita melintasi rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya datang dengan teksi tetapi tidak berhenti. Balasubramaniam yang berkawal di rumah Abdul Razak telah menelefon Abdul Razak.

Ketika itu, Abdul Razak tiada di rumah kerana telah keluar berbuka puasa dan meminta supaya Balasubramaniam mengawasi rumahnya dengan arahan dia hendaklah menghantar SMS jika Altantuya datang ke rumahnya.

Setengah jam kemudian (8.00), Altantuya datang semula dengan teksi seorang diri, tanpa 2 orang teman wanita lain.

Altantuya telah bercerita dengan Balasubramaniam tentang 'nasib malang'nya. Abangnya menyuruhnya agar mengugut Abdul Razak kononnya bagi menebus apartmen di Mongolia yang dipertaruhkan dalam perjudian. Ibunya mengidap penyakit barah dan terlantar di hospital. Altantuya memberitahu dia tiada wang untuk membayar bil-bil penginapan di Hotel Malaya.

Altantuya marah-marah di depan pagar rumah Abdul Razak dengan kata-kata: "You bastard, come out I want to see. [Bangsat, keluar sekarang. Saya mahu berjumpa (dengan awak])" Akan tetapi Abdul Razak tidak keluar-keluar.

Selepas mengecoh, Altantuya dibawa pergi dengan sebuah kereta peronda polis tanpa paksaan. Polis itu membuat satu panggilan telefon kepada seseorang yang tidak diketahui.

Polis itu memberitahu Balasubmaniam bahawa Altantuya akan dibawa pergi. Selepas Altantuya bertanya, Balasubmaniam memberitahu dua orang lelaki itu ialah saudara Abdul Razak (sepatutnya polis). Kemudian, dia memberitahu polis akan menangkap dia. Dia sendiri pergi ke kereta Proton Wira dan duduk di bahagian belakang. Wanita di depan kereta itu beralih tempat ke belakang. Lelaki di belakang beralih tempat ke depan kereta.[Penjelasan diperlukan]

Abdul Razak berkata 'okey' apabila Balasubramaniam memaklumkan melalui telefon bahawa Altantuya telah dibawa oleh polis.

Pemandu teksi berang kerana Altantuya tidak membayar RM150.00 seperti yang dijanjikan. Polis yang menaiki Wira hanya membayar RM50.00 dan 100.00 lagi perlu diminta daripada Balasubramaniam. Esoknya, baki tambang itu dibayar oleh Subramaniam.

Abdul Razak mengetahui kehadiran Altantuya di hadapan rumahnya malam itu dan meminta Balasubramaniam 'melayan' sehingga 'orang-orangnya' sampai. 'Orang-orangnya' itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Altantuya dibawa dengan Proton Wira merah oleh kedua-dua anggota polis itu.

Pada 20 Oktober 2006 pukul 2.00 – 3.00 petang, Balasubramaniam menemui Abdul Razak di pejabatnya bagi menuntut baki bayaran perkhidmatan RM2000.00 lagi.

Balasubramaniam tanya Abdul Razak di mana Altantuya ditahan tapi dia tanya balik soalan yang sama dan meneka di mana Altantuya ditahan. Balasubramaniam meneka Altantuya mungkin ditahan di Balai Polis Travers atau penjara Cawangan Khas di Jalan Ipoh.

20 Oktober 2006 jam 11 malam Ang Chong Beng, Uuriintuya Gal Ochir dan Namiiraa Gerelmaa datang ke rumah Abdul Razak di Damansara dan menjerit-jerit "Altantuya dikurung dalam rumah, bebaskan Altantuya".

Kemudian seorang inspektor polis telah datang setelah Ang menelefon polis dan melaporkan misteri kehilangan Altantuya.

21 atau 22 Oktober 2006 : Abdul Razak menghubungi Balasubramaniam untuk membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield.

Abdul Razak tidak pernah mengupah Balasubramaniam untuk membunuh atau mencederakan Altantuya, tetapi menyuruhnya 'tunggu' sehingga Altantuya kehabisan wang dan dengan sendiri balik ke Mongolia. Malahan, Abdul Razak tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada Altantuya.

Abdul Razak ada memberitahu Balasubramaniam bahawa Abdul Razak akan ke Hong Kong pada 24 Oktober 2006 iaitu Hari Raya Aidil Fitri pertama, anaknya Roweena Abdul Razak dan isterinya Mazlinda Makhzan akan ke London pada 25 Oktober 2006, pada hari raya kedua. Lantaran itu, Abdul Razak merasakan laporan polis tidak perlu kerana akan laporan tersebut akan mengganggu tugasnya itu.

Perkhidmatan Balasumbramaniam ditamatkan secara tiba-tiba oleh Abdul Razak kerana Suras Kumar (pembantu Balasubramaniam) terlalu rapat dengan Altantuya dan dua orang rakannya.

Abdul Razak memberitahu Balasubramaniam nombor bilik Hotel Malaya tempat Altantuya menginap.

Pada 1 November 2006, Balasubramaniam dipanggil oleh ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk sesi kawat cam dan diberitahu tentang pembunuhan Altantuya.

Selepas itu, Balasubramaniam memaklumkan kepada Abdul Razak bahawa Altantuya telah dibunuh walaupun tugasnya telah ditamatkan pada 26 Oktober 2006. Abdul Razak menghantar ugutan SMS (forward) daripada Amy (saudara Altantuya).

Antara 26 Oktober 2006 hingga 7 November 2006, Balasubramaniam menelefon Abdul Razak beberapa kali berhubung Altantuya tetapi Abdul Razak menyatakan dia sendiri tidak tahu.

Balasubramaniam telah direman dua kali (3 hari dan 7 hari) oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan.

Pakatan bunuh

sunting

Prosiding dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Jun 2007. Lebih 100 orang saksi telah dipanggil dan jika tiga tertuduhan sabit kesalahan, hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.[Penjelasan diperlukan]

Pendakwaan kes ini amat bergantung kepada keterangan langsung, keterangan ikut keadaan, keterangan pakar, keterangan saintifik, keterangan dokumenteri, pengakuan tertuduh kedua kepada pegawai atasannya dan beberapa keterangan lain di samping mengaitkan beberapa barang kes yang dijumpai.

Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, dituduh bersuhabat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar. Abdul Razak didakwa membuat pakatan dan rancangan bunuh di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006.

Pakatan bunuh dengan cara letupan C4 diadakan di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi pada 18 Oktober dan 9.45 malam pada 19 Okt 2007.

Rentetan peristiwa

sunting

Pada Ogos 2005, hubungan intim Abdul Razak dengan Altantuya terputus tetapi dia masih memberi wang kepada Altantuya apabila dituntut.

Pada Januari 2006, Abdul Razak mula enggan melayan tuntutan wang itu, lantas Altantuya terdesak ke Malaysia beberapa kali untuk menuntut sendiri daripada Abdul Razak.

Pada 8 Oktober 2006, Altantuya ke Malaysia dengan ditemani dua orang teman wanita dari Mongolia untuk menemui Abdul Razak di pejabat, tetapi Abdul Razak enggan ditemui. Altantuya meninggalkan nota-nota.

Altantuya melantik penyiasat persendirian untuk mencari alamat rumah Abdul Razak. Altantuya dikatakan mengugut akan mengancam nyawa Roweena Abdul Razak (anak Abdul Razak) jika tuntutan wang gagal.

Akibat enggan melayan tuntutan dan karenah Altantuya, Abdul Razak melantik B Balasubramaniam, seorang pegawai penyiasat persendirian, bagi mengekori Altantuya dan mengawal rumahnya (Abdul Razak) untuk mengelak daripada terus diganggu. Namun, Altantuya terus mengganggunya.

Selepas Azilah menemui Abdul Razak, Azilah membawa pembantunya Sirul Azhar ke lobi Hotel Malaya di mana Altantuya menginap. Sekeping nota yang tercatat nama penyiasatan persendirian yang dilantik Abdul Razak dan alamat hotel Altantuya dirampas di pejabat Abdul Razak.

Abdul Razak enggan menemui Altantuya di pejabatnya. Lalu Altantuya ke rumah Abdul Razak di __ lalu Altantuya mahu membuat laporan polis.

Sebelum itu, Abdul Razak melalui Balasubramaniam Perumal, penyiasat persendiriannya menasihati Altantuya agar tidak membuat laporan polis kerana akan menjejaskan reputasinya. Abdul Razak juga mahu pihak Imigresen menghantar si mati pulang tetapi tidak berjaya.

Keterangan saksi

sunting

Keterangan P Balasubmaniam Perumal–Saksi Pendakwa Pertama

sunting

Balasubramaniam Perumal dilantik oleh Abdul Razak pada 2 Oktober 2006, sebelum Altantuya sampai ke Malaysia kali ke-3. Bayaran perkhidmatannya yang berjumlah RM7000.00 dibayar sebanyak dua kali.

Balasubramaniam dibantu oleh Suras Kumar dan dua orang pemandu teksi di Kuala Lumpur. Pemandu teksi tersebut telah bertugas dengannya selama 3 tahun.

Pada 6 atau 7 Oktober 2007, Magen telah mengarahkan Balasubramaniam (47 tahun) untuk menemui Abdul Razak di bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Perbincangan berlangsung selama sejam. Altantuya telah mengugutnya. Subramaniam menasihatkan agar laporan polis dibuat tetapi cadangannya ditolak mentah-mentah kerana dia akan mendapatkan nasihat peguam yang lebih profesional. RM4000 diberi sebagai upah pakej bagi memastikan Altantuya pulang ke Mongolia.

Abdul Razak mengaku dia telah memberi banyak duit kepada Altantuya akan tetapi, dia mendakwa Altantuya masih meminta duit.

Tugas Subramaniam ialah memerhati di lobi pejabat Abdul Razak di Bangunan Getah Asli, dari mula masuk ke pejabat hingga balik pada jam 5.30 petang. Masa itu, tidak ada maklumat bila dan bagaimana wanita Mongolia tersebut akan datang.

Sebab-sebab diugut tidak dijawab oleh Abdul Razak kecuali sebab-sebab peribadi. Balasubramaniam mempunyai 19 tahun pengalaman sebagai polis sebelum bersara. Beliau memberi keterangan dalam bahasa Tamil lalu diterjemahkan oleh jurubahasa mahkamah.

Pada hari Isnin 9 Oktober 2006, Abdul Razak menelefonnya bahawa Altantuya telah berada di depan pejabat. Dari Plaza Pekeliling, Balasubramaniam bersama Suras Kumar bermotosikal ke bangunan Getah Asli, Jalan Ampang. Siti Aisyah (penyambut tetamu) memberitahu Altantuya bahawa 2 orang wanita Mongolia lain dan seorang lelaki Cina telah turun melalui lif ke kereta Honda.

Balasubramaniam telah menelefon polis kerana Altantuya berada di pejabat Abdul Razak. Altantuya meninggalkan sekeping nota di pejabat itu. Didakwa bahawa jika Balasubramaniam tidak memanggil polis, barangkali Altantuya dan dua orang temannya akan naik dan mengganggu di pejabat.

Kemudian, dua orang polis (kemudiannya dikenali sebagai Azilah Hadri dan Sirul) telah bercakap-cakap dengan Altantuya, lelaki Cina dan dua orang wanita Mongolia tersebut.

Altantuya pernah memberi Balasubramaniam sekeping nota untuk disampaikan kepada Abdul Razak. Akan tetapi Balasubramaniam tidak membaca nota itu, cuma diselitkannya di pintu pejabat Abdul Razak.

Pada 16 Oktober 2006, Abdul Razak, Balasubramaniam dan Dhiren Rene Norende (peguam keluarga Abdul Razak) bertemu di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Dhiren turut mencadangkan Altantuya tidak diapa-apakan.

Keterangan Dr Shaariibuu Setev–Saksi Pendakwa Kedua

sunting

Dr Shaariibuu Setev (57) ialah bapa kandung Altantuya. Dr Shaariibuu merupakan profesor jurusan psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia, Ulan Bator, Mongolia.

Dr Shaariibuu menjadi saksi kedua selepas Balasubramaniam Perumal. Keterangannya dalam bahasa Mongolia dan diterjemahkan oleh Enkhjargal Tsetsgee, seorang jurubahasa yang dilantik oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Enkhjargal Tsetsgee berkahwin dengan perempuan Malaysia dan mempunyai status pemastautin tetap.

Anaknya dua orang perempuan sahaja iaitu Altantuya dan Altanzul (28 tahun). Anak keduanya, Altanzul, yang bekerja dengan syarikat swasta di Rusia baru melahirkan anak dan tinggal bersamanya.

Altantuya tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai dua orang anak luar nikah.

Altantuya berkelulusan tinggi seperti guru tetapi masih menjadi model sambilan, penterjemah dan jurubahasa. Altantuya pernah beberapa kali ke Malaysia, Singapura, China dan Hong Kong.

Altantuya ada memberitahunya bahawa dia mengenali Baginda dan tidak menyatakan sebab Altantuya ke Malaysia.

Pada Ogos 2006, Altantuya datang pada kali ke-2 ke Malaysia tanpa memberitahu lebih awal.

Pada 7 atau 8 Oktober 2006, Altantuya ke Malaysia pada kali ke-3.

Keterangan Ang Chong Beng–Saksi Pendakwa Kelima

sunting

Ang Chong Beng ialah seorang penyiasat persendirian yang berbangsa Cina dan dilantik oleh Altantuya di Malaysia untuk mencari maklumat lanjut tentang Abdul Razak Baginda. Ang Chong Beng ialah seorang pemandu teksi di sekitar Hotel Malaya.

Pada 19 Oktober 2006 jam 6 petang, ketika Ang Chong Beng yang dalam perjalanan dari Johor Baru ke Kuala Lumpur telah ditelefon oleh Altantuya. Altantuya meminta supaya dia dihantar ke rumah Abdul Razak di Damansara Height, tetapi ditolak kerana Ang masih di Johor Bahru. Ang menyuruh Altantuya menaiki teksi lain.

Pada 20 Oktober 200,6 sepupu Altantuya menelefon Ang bahawa Altantuya masih belum pulang dari rumah Abdul Razak. Maka, Ang membawa Uuriintuya Gal Ochir dan Namiraa Gerelma untuk membuat laporan polis di Balai Polis __. Uuriintuya Gal Ochir dan Namiraa Gerelma tidak boleh berbahasa Inggeris kecuali '`Altantuya no come back'? (Altantuya tiada kembali?)". Sementara Ang pula berbahasa Malaysia lantas bertindak sebagai jurubahasa.

Ang Chong Beng merayu bantuan Inspektor Mohd Faizol Azuhan Che Omar untuk 'menyelamatkan' Altantuya. Kemudia,n Ang, Failzol dan dua orang sepupu Altantuya pergi ke rumah Abdul Razak lalu dia melaung, "Abdul Razak, lepaskan Altantuya!" beberapa kali tetapi tiada jawapan.

Keterangan Burmaa Oyunchimeg–Saksi Pendakwa Keenam

sunting

Pada 29 Jun 2007, Burmaa Oyunchimeg,. 26, sepupu Altantuya menjadi saksi ke-6 kes Altantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Burmaa ialah pengusaha salon kecantikan di Hong Kong. Dia merupakan perunding imej dan kecantikan bagi Altantuya secara tidak langsung. Burma bercakap dalam bahasa Mongolia dan diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Burmaa banyak kali menghubungi atau dihubungi oleh Abdul Razak. Burmaa menjadi 'orang tengah' antara Abdul Razak dan Altantuya. Abdul Razak mengetahui nombor telefon Burmaa dan nombor telefon Altantuya. Mereka pernah berjumpa di Hong Kong, Shanghai dan Singapura sekitar tahun 2004 dan 2005. Abdul Razak ketika di England beberapa kali pernah menelefon Burmaa untuk bertanya tentang keadaan Altantuya. Abdul Razak juga menelefon Burmaa untuk memaklumkan bahawa wang telah dimasukkan ke dalam akaun Altantuya.

Pada Ogos 2005, hubungan antara Altantuya dengan Abdul Razak Baginda belum putus. Sebaliknya mereka berdua melancong bersama ke Perancis dan Itali. Keterangan lanjut tentang pelancongan ini tidak diketahuinya kerana dia tidak turut serta.

Pada 2006, Abdul Razak ada menghantar pesanan ringkas (SMS) menyatakan Abdul Razak telah memutuskan hubungan dengan Altantuya. Abdul Razak tidak mahu lagi berurusan dan berjumpa dengan Altantuya. Pesanannya ialah, "Amy, could you let Altantuya know, I don't want to see her again? (Amy, bolehkah awak memberitahu Altantuya bahawa saya tidak mahu berjumpa dengannya lagi?)". Ketika itu, Burmaa berada di Hong Kong.

Altantuya menjelaskan kepada Burmma bahawa hubungan mereka 'bermasalah' dan mahu segera ke Malaysia bagi menyelesaikannya. Dikatakan masalah tersebut bukan masalah besar, cuma salah faham kecil sahaja.

Burmaa pernah melihat sekeping gambar Altantuya dengan Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan lain-lain makan semeja. Gambar itu ditunjukkan oleh Altantuya di Hong Kong selepas dia pulang dari Perancis. Ketika itu, gambar itu belum ditunjukkan kepada mahkamah sebagai bahan bukti.

Pada 30 Jun 2007, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad selaku Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak menafikan hal itu dalam satu sidang media. Sebenarnya Najib Tun Razak berulang kali menjelaskan semasa pilihan raya kecil Ijok pada April 2007 bahawa beliau tidak pernah berjumpa, mengenali atau berurusan dengan Altantuya Shaariibuu. Jika beliau memberi ulasan lagi, hal ini akan menyebabkannya mencampuri urusan mahkamah atau sub judice. Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR pernah mengaitkan Najib Tun Razak dalam kes ini.

Keterangan Lans Koperal Rohaniza Roslan–Saksi Pendakwa Ketujuh

sunting

Lans Koperal Rohaniza Roslan ialah teman wanita Azilah Hadri dan pemilik kereta Proton Wira Aeroback merah pada malam 19 Oktober 2006 yang bernombor pendaftaran WMV 8523. Rohaniza mengecam 2 keping potret Altantuya dan ditanda dalam senarai barang kes ID8 dan P20.

Rohaniza telah ditahan reman dari 1 November 2006 sehingga 14 November 2006 bersama Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar untuk membantu siasatan.

Pada 19 Oktober 2006 lebih kurang jam 6.30 ptg, Azilah telah mengambil Rohaniza dari tempat kerjanya (IPD Petaling Jaya) dan pergi ke Restoran Sri Thai di Petaling Jaya untuk berbuka puasa bersama teman lelakinya itu. Setelah habis berbuka pada lebih kurang jam 7.45 malam, Azilah mengatakan dia mahu mengemas barang di pejabatnya di Bukit Aman. Mereka bertolak dan sampai di Bukit Aman pada 8.10 malam. Ketika mengemas barang, Azilah menerima panggilan telefon. Dia keluar sekejap selama lima minit lalu masuk ke dalam pejabatnya semula. Dia memberitahu kekasihnya yang dia mahu berjumpa dengan kawan di Damansara. Pada mulanya, Azilah berkata pada Rohaniza supaya "tak payah ikut, tunggu saja di pejabat" tetapi Rohaniza berrasa kurang selesa kerana ada kawan Azilah yang tidur di pejabatnya. Oleh itu, setelah didesak oleh Rohaniza agar Azilah membawa teman wanitanya itu bersama.

Pada 19 Oktober 2006 pukul 9.00 malam, Azilah memandu kereta Proton Wira merah sementara Rohaniza duduk di sebelah. Sesampai di rumah Abdul Razak, Azilah keluar dari kereta tanpa mematikan enjin. Dia menuju ke arah seorang lelaki India lalu berbual seketika. Azilah kemudian ke sebatang pokok sambil bercakap melalui telefon bimbit selama lebih kurang 10 minit. Tiba-tiba, Rohaniza ternampak Azilah di belakang kereta sambil masih bercakap melalui telefon bimbit. Selepas itu, Azilah datang kepada Rohaniza lalu membuka pintu kereta itu serta meminta kekasih hatinya itu duduk di belakang. Rohaniza melakukan apa yang disuruh oleh Azilah.

Azilah berjalan ke arah perempuan Cina itu tapi ketika di pertengahan jalan, perempuan Cina itu datang kepada Azilah dan kedua-duanya menuju ke arah kereta Rohaniza. Azilah kemudian duduk di bahagian pemandu manakala perempuan Cina itu kemudiannya masuk ke tempat duduk belakang kereta di sebelah kiri Rohaniza. Ketika kereta mahu bergerak, tiba-tiba ada seorang lelaki bertopi hijau dari arah belakang terus masuk ke dalam Wira tersebut dan duduk di sebelah Azilah. Kemudian, ada seorang pemandu teksi mendekati kereta Wira dan meminta wang daripada Azilah kerana kata pemandu teksi itu, perempuan Cina tersebut masih belum membayar tambang teksi. Azilah memandang dan memarahi perempuan Cina itu lalu memberi duit kepada pemandu teksi. Kata Rohaniza lagi, "Nampak macam RM50 tapi tak tahu berapa keping".

Selepas memberi duit, Azilah memandu keretanya. Setibanya di satu simpang, seorang lelaki bertopi hijau meminta Azilah berhenti dengan berkata, "Tuan, berhenti kat simpang." Selepas itu Azilah memberhentikan kereta. Lantas lelaki bertopi hijau itu turun lalu mendapatkan kereta jenis 'Vitara' yang diletakkan berhampiran sebatang pokok. Semasa mengekori kereta Vitara, Azilah menasihati perempuan Cina akan tiga perkara. Pertama, jangan membuat kacau di depan rumah En Razak. Kedua, kalau dia ada masalah dengan En Razak, berjumpa sahaja di pejabatnya. Ketiga, tidak elok membuat kacau di depan rumah En Razak kerana lelaki itu sudah berkeluarga. Semua nasihat diberi dalam bahasa Inggeris. Rohaniza mendengar perempuan Cina itu berkata, "Okay". Rohaniza bertanya kepada Azilah siapakah lelaki bertopi hijau itu lalu Azilah membalas bahawa itu kawan dia.

Rohanzia berkata 'kawan Azilah' itu tidak memakai seragam polis, sebaliknya memakai kemeja-T dan berseluar jean seperti Azilah. Azilah kemudiannya memberhentikan kereta setelah pemandu Vitara berbuat demikian. Azilah turun dari kereta lalu menuju ke arah kereta Vitara. Azilah masuk sekejap ke dalam kereta Vitara lalu keluar semula menuju ke kereta Wira Rohaniza. Ketika itu, Rohaniza sudah bertukar ke tempat duduk di hadapan manakala perempuan Cina tersebut masih di belakang. Ketika itu, baru perempuan Cina itu bertanya siapakah mereka (Azilah dan Rohaniza), lantas Azilah membalas dalam bahasa Inggeris, "Police."

Dalam perjalanan ke Bukit Aman, Rohaniza bertanya kepada Azilah ke manakah dia (Azilah) mahu membawa perempuan Cina tersebut lalu Azilah berkata, "Nak hantar balik hotel." Sebelum sampai ke Bukit Aman. Rohaniza berkata, "Kita (Rohaniza dan Azilah) tak boleh hantar perempuan Cina tu kerana dia (Rohaniza) dah lambat." Dia sepatutnya berjumpa dengan kawan lalu Azilah berkata,"Tidak apalah, kita ikut kereta di hadapan."

Sesampainya di pintu utama, kereta Vitara terus ke mes Bukit Aman lantas perempuan Cina itu menanyai mereka 'di mana' dalam bahasa Inggeris lalu Azilah menjawab juga dalam bahasa Inggeris bahawa mereka berada di balai polis. Kereta Vitara kemudian membuat satu pusingan mengelilingi mes lalu Azilah juga mengikutinya. Setelah melihat sekeliling, perempan Cina berkata dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan sebagai 'Ini bukan balai polis, ini kawasan rumah.' Sesampai di simpang antara jalan keluar dan jalan ke pejabat UTK, kereta Vitara berhenti lalu Azilah juga turut berhenti. Azilah turun dari kereta lalu menuju ke kereta Vitara. Kemudian, Azilah datang semula ke kereta Wira lalu membuka pintu di bahagian wanita Cina itu duduk. Wanita Cina itu keluar lalu Azilah berbual-bual seketika dengannya namun Rohaniza tidak mendengari perbualan tersebut kerana dia masih di dalam kereta.

Rohaniza melihat Azilah dan wanita Cina tersebut menuju ke kereta Vitara. Wanita Cina itu kemudian masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah pemandu. Beberapa minit kemudian, kereta itu berlalu pergi lalu Azilah datang kepadanya. Azilah berkata kepada Rohaniza agar beredar cepat kerana wanita itu sepatutnya berjumpa dengan rakan. Rohaniza melihat teman lelakinya berjalan kaki menuju ke pejabat UTK. Ketika itu, Azilah dikatakan memakai kemeja-T dan berseluar jean.

Dalam perjalanan balik, kata Rohaniza, dia tidak mengingati sama ada dia yang menelefon Azilah atau Azilah yang menelefonnya tetapi ketika itu, dia ada bertanya pada Azilah pada jam berapakah kerjanya akan habis. Azilah berkata dalam jam 9 lebih. Sesampai di rumah, dua orang rakannya sudah menunggu. Mereka sepatutnya pergi makan-makan di Restoran Sri Thai di Petaling Jaya tetapi mengubah rancangan untuk ke pusat karaoke Vegas di Bukit Bintang. Mereka tiba di sana pada jam 11 malam. Dia tidak mengingati berapa lamakah dia di sana tetapi lebih kurang sehingga jam 12.30 malam.

Pada kira-kira jam 11 lebih, Azilah ada menghubunginya tetapi Rohaniza tidak berapa kedengaran kerana suasana di pusat karaoke agak bising. Azilah memintanya (Rohaniza) mengambilnya di Tol Jalan Duta atau Tol Rawang tetapi Rohaniza tidak ambil Azilah atas alasan tidak mengetahui tempat itu. Azilah ada menghubungi Rohaniza sebanyak tiga kali, tetapi ketika itu dia tidak berapa mendengar, jadi dia tidak menjawab. Selepas melihat nombor Azilah di telefon bimbit, Rohaniza terus menelefon Azilah. Azilah memarah-marahinya kerana pergi karaoke dan meminta Rohaniza tunggu di pejabat UTK ketika itu juga tetapi Rohaniza tidak mengendahkannya lantas terus menyanyi. Azilah menghubunginya sekali lagi lalu dia terus ke sana seorang diri.

Dalam jam 12 tengah malam ketika hujan, Rohaniza menunggu Azilah di dalam keretanya hingga terlelap selama 10 minit. Sebelum itu, dia ada menghubungi Azilah lalu Azilah berkata bahawa dia sedang berjumpa dengan kawan atas urusan peribadi. Dia tersedar apabila Azilah mengetuk cermin keretanya lalu meminta Rohaniza menolong angkat beberapa barang seperti beg pakaian, beg sandang dan penyangkut baju dari dalam kereta. Ketika itu juga Azilah telah memakai pakaian lain.

Kemudian, mereka ke Putrajaya dengan melalui jalan Tol Sungai Besi dan keluar di Tol Kajang. Ketika dalam perjalanan, Rohaniza menanyai Azilah ke manakah dia telah pergi sebab lambat sampai lalu Azilah menjawab bahawa dia pergi berjumpa dengan kawan sebab ada hal peribadi yang perlu diselesaikan. Mereka sampai di Putrajaya pada jam 1 pagi 20 Oktober 2006. Rohaniza meninggalkan Azilah di Putrajaya lalu dia balik semula ke Kuala Lumpur dengan mengikuti jalan yang sama. Katanya lagi, dia menggunakan SmartTAG dan Touch' n Go untuk pembayaran tol. Setibanya di rumah, Rohaniza menelefon Azilah menyatakan yang dia telah sampai di rumah dengan selamat.

Pada 24 Oktober 2006. Azilah dan Rohaniza ke Sungai Pelek, Sepang untuk beraya dengan ibu bapa Azilah. Kata Rohaniza, selepas bersembahyang, dia melihat Azilah lain. Kelakuan Azilah diam sahaja tidak seperti selalu. Setelah ditanya, Azilah menjelaskan dia runsing tentang wanita Cina itu. Dia tidak tahu bagaimana Altantuya tiba-tiba boleh hilang. Rohaniza memarahi Azilah lalu memintanya ceritakan hal sebenar tetapi Azilah masih diam. Rohaniza mengatakan yang dia akan memeriksa sendiri di balai polis apa yang terjadi kepada perempuan Cina itu. Dia mengakui, dia juga turut risau akan keadaan Azilah sambil terfikir apa yang terjadi kepada wanita itu.

Rohaniza telah menelefon Balai Polis Travers dan Balai Polis Brickfield untuk bertanya tentang kehilangan Altantuya andai ada laporan 'perempuan' diculik atau dirogol. Rumah Abdul Razak terletak di antara dua balai polis itu. Dia disiasat oleh beberapa polis daripada Unit Jenayah Berat (D9) dan Unit Bantuan Teknik (D6). DSP Gan Tack Guan, ASP Tonny Lunggan dan Konstabel Maz turut dinamakan oleh Rohaniza. Bukan sahaja dia akan dibebaskan, malah teman lelakinya, Azilah juga dijanjikan akan dibebaskan jika dia memberi kerjasama. Semasa prosiding mencabar kebolehpercayaannya, Rohaniza menyatakan yang dia telah diugut, dimarah, ditengking dan dimaki setiap kali kenyataannya dirakamkan semasa siasatan polis dibuat terhadapnya pada November 2006. Tambahnya, semasa kenyataannya diambil oleh pegawai perakam, ada fakta yang dipaksakan kepadanya dan dia diugut akan dikenakan tindakan sekiranya enggan memberikan kenyataan.

Sejak ditahan reman, dia memberitahu yang dia memberi kenyataan polis pada setiap hari bermula pada jam 8 atau 9 pagi hingga 6 atau 7 petang pada pegawai-pegawai polis yang berlainan. Katanya lagi, kenyataan yang diberikan kepada pihak polis pada 16 November 2006 tidak benar kerana ia dibuat selepas dia diberi tekanan yang hebat. Tambahnya, tekanan yang diterimanya juga disebabkan oleh tindakan polis yang menempatkannya di bilik hotel selama satu malam selepas tempoh tahanan remannya tamat pada 14 November 2006.

Rohaniza berasa malu, tertekan dan putus asa kerana selama ini dia yang menjaga tahanan-tahanan wanita tteapi kini dia yang masuk lokap. Katanya lagi, walaupun dia tidak pasti sama ada dia ditempatkan di hotel itu atas alasan dia anggota polis atau sebagai suspek, ketika itu dia merasakan dia masih lagi sebagai seorang suspek. ASP Tony Lunggan yang turut menyiasat Rohaniza telah membuat laporan polis pada 2 Julai 2007 kerana Rohaniza mungkin berbohong. Rohaniza memberitahu di mahkamah bahawa pada 11 Jun, iaitu seminggu sebelum kes pembunuhan Altantuya bermula, ketika dia berada di pam minyak Esso, Batu 6, Jalan Klang Lama, dia menerima satu panggilan yang disyaki daripada lelaki Melayu dengan menggunakan nombor telefon peribadi dan mengugutnya 'jangan jadi saksi di mahkamah nanti kena tembak.' Ekoran ugutan tersebut dan risau akan keadaan dirinya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Pantai dengan nombor laporan 005011/07 pada hari yang sama ugutan diterima.

Kini, Rohaniza bertugas di Cawangan Pentadbiran (D1) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Keterangan Siti Aishah Mohd Azlan–Saksi Pendakwa Kesembilan

sunting

Beliau yang bekerja sebagai setiausaha di pejabat Abdul Razak Baginda di bangunan Getah Asli berumur 24 tahun.

Pada 7 November 2006, Abdul Razak memberitahu Siti Aishah bahawa Azilah 'bertindak lebih' dengan membunuh Amina lalu menuduh Abdul Razak yang mengupahnya. Sepatutnya, Azilah sebagai Cif Inspektor daripada UTK mengetahui akan kesalahan serius itu.

Keterangan ACP Mastor Mohd. Ariff–Saksi Pendakwa Ke-11

sunting

Asisten Komisioner (ACP) Mastor Mohd. Ariff (45) ialah Timbalan Komander, Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman, Kuala Lumpur. Beliau merupakan saksi ke-10 kes Altantuya. Beliau telah bertugas 25 tahun dalam perkhidmatan polis dan 19 tahun dalam UTK.

UTK tidak mempunyai prosedur jelas tentang pemulangan semula bahan letupan yang tidak digunakan. UTK tidak memeriksa peluru, bahan letupan dan senjata api di kediaman ahli UTK. Tetapi ada prosedur untuk memulangkan bahan letupan yang tidak habis digunakan semasa latihan ke stor simpanan senjata dan bahan letupan. Stor berkenaan di bawah pentadbiran DSP M.V Srikumar.

Hanya DSP M.V. Sri Kumar yang bertanggungjawab mengendalikan latihan membabitkan bahan letupan di UTK dan dia yang akan membuat permohonan serta bertanggungjawab ke atas bahan yang digunakan itu.

Sirul Azhar selaku operatif bawahan mematuhi arahan pegawai atasan. Pada 19 dan 20 Oktober 2006, Sirul Azhar bertugas di pejabat dan tidak perlu memiliki senjata api. Kes Aziz Muhd. Din turut dirujuk.

ACP Mastor bukanlah pegawai penyiasat kes ini dan tidak berhasrat membuat catatan bertulis. Namun, maklumat daripada Datuk Syed Ismail Syed Azizan tentang Cif Inspektor Azilah Hadri yang menuduh Sirul Azhar sebagai pembunuh Altantuya didedahkan semasa dalam pesawat MAS.

Pada 4 November 2006, ACP Mastor Mohd. Ariff diarahkan oleh Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Syed Ismail Syed Azizan pergi ke Pakistan untuk membawa balik Koperal Sirul Azhar Umar dan tugasnya sebagai pengiring Perdana Menteri Malaysia ditamatkan serta-merta sebaik sahaja bertemu dengan Sirul Azhar di sebuah hotel. DSP Fisol Salleh selaku ketua unit UTK di Pakistan mematuhi arahan ACP Mastor itu. Sirul Azhar sepatutnya pulang ke Malaysia pada 9 November 2006.

ACP Mastor yang mengetahui masalah keluarga Sirul Azhar, telah 'memalukan' Sirul dengan 'pembohongan' bahawa 'isterinya telah membuat laporan polis' - sebagai alasan utama perlu dibawa pulang ke Malaysia. Tugas sebagai pengiring PM ditamatkan begitu sahaja.

Mereka yang menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Islamabad, transit di Lahore, bertukar kepada penerbangan MAS di Bangkok dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6 November 2006. Seterusnya, mereka menuju ke pejabat D9 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Keterangan Sirul Azhar–Saksi Pembela

sunting

Kredibiliti pengakuan Koperal Sirul Azhar Umar kepada ACP Mastor tidak diterima oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Ternyata Sirul Azhar keliru dan dikelirukan, mungkin dipaksa dan didorong oleh ketuanya ACP Mastor ketika dalam penerbangan dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada 6 November 2006. Hal ini selaras dengan Seksyen 24 Akta Keterangan.

ACP Mastor bersungguh-sungguh menyatakan dia tidak mendorong atau memaksa Sirul Azhar untuk mengaku. Secara licik, Sirul Azhar telah ditipu hidup-hidup bahawa bekas isteri Sirul telah membuat laporan polis. Sedangkan mereka berpisah pada 2004, 2 tahun lepas. Mengapa baru sekarang jandanya itu mahu menyamannya. Sirul Azhar semakin keliru kerana 'besarkah kesalahan dengan isterinya' hingga memalukan polis dan Unit Tindakan Khas sehingga dilucutkan tugas daripada menjadi pengiring Perdana Menteri Menteri di Pakistan.

Beban kekeliruan semakin bertambah kerana dia tidak dibenarkan membawa beg pakaiannya. Dia tidak bergari tetapi diiring hingga ke tandas oleh dua orang rakan UTK, Sarjan Jelima Tasiran dan Koperal Zamri Abu Bakar. Sebagai pegawai polis UTK yang didedahkan dengan pelbagai taktik dan teknik soal-jawab, Sirul Azhar begitu mudah dirobotkan.

Sarjan Jelima Tasiran dan Koperal Zamri Abu Bakar yang turut serta pergi ke Pakistan juga tidak dipanggil untuk menjadi saksi kerana mereka juga 'robot' dan operatif bawahan yang juga 'tidak penting'. Mereka tidak ada maklumat untuk ditanya.

Keterangan Konstabel Azura Azwa Abdul Kadir–Saksi Pendakwa Ke-12

sunting

Konstabel Azura Azwa Abdul Kadir, berumur 24 tahun, merupakan rakan setugas Rohaniza yang juga bertugas di D7 Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian di IPD Petaling Jaya.

Rohaniza pernah bertanya kepadanya sama ada Balai Polis Travers atau Balai Polis Brickfield yang lebih sibuk. Rohaniza bertanya soalan itu pada kira-kira pukul 1.30 petang, 31 Oktober 2006 semasa mereka berada di dalam pejabat. Menurut Azura Azwa, dia memberi respons dengan mengatakan Balai Polis Brickfields lebih sibuk berbanding Balai Polis Travers. Bagaimanapun, Rohaniza tidak memberitahu sebab dia bertanya dan dia (Azura) juga tidak bertanya kenapa rakannya itu bertanya demikian kerana tidak mempunyai sebarang syak.

Keterangan Lans Koperal Leena Anak Asing–Saksi Pendakwa Ke-13

sunting

Lans Koperal Leena Anak Asing, berumur 32 tahun, juga merupakan rakan setugas teman wanita Cif Inspektor Azilah Hadri, Lans Koperal Rohanzia Roslan. Dia mengesahkan bahawa dia terdengar Lans Koperal Rohaniza Roslan membuat pertanyaan di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur mengenai laporan orang hilang, mati mengejut atau Sudden Death Report (SDR) atau terjumpa mayat. Dia terdengar perbualan itu semasa Rohaniza membuat panggilan melalui telefon yang terletak di atas mejanya semasa mereka bertugas di pejabat cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada kira-kira pukul 2.30 petang, 31 Oktober 2006. Dia berkata, "Pada tarikh itu, pukul 2.30 petang, Rohaniza telah membuat panggilan telefon ke Balai Polis Brickfields dengan menggunakan telefon pejabat yang terletak di meja saya."

"Dia bertanya adakah mana-mana orang di kawasan Brickfields membuat report (laporan) tentang orang hilang, SDR atau jumpa mayat," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Rashid pada sesi pemeriksaan utama. Dia berada di mejanya yang bersambung dengan meja Rohaniza ketika rakan sekerjanya itu membuat panggilan telefon tersebut. Dia tidak tahu dengan siapa Rohaniza bercakap tetapi perbualan itu berlangsung kira-kira seminit lalu rakannya itu terus keluar dari pejabat sebaik selesai membuat panggilan.

Apabila ditanya bagaimana dia tahu Rohaniza menelefon ke Balai Polis Brickfields, dia membalas dia ternampak rakannya itu membuat panggilan dengan menggunakan speed dialing (dail pantas) yang sedia ada dalam telefon tersebut.

Keterangan Lim Meng Seah-Saksi Pendakwa Ke–14

sunting

DSP Lim Meng Seah, berumur 44 tahun, daripada Bahagian Siasatan Jenayah Utama Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau bersama bersama lapan orang anggotanya menangkap Abdul Razak pada 7 November 2007, 9.55 pagi di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Abdul Razak dibawa dengan van polis dalam keadaan tidak bergari dan tidak ganas. Abdul Razak diserahkan kepada DSP Gan Tack Guan, pegawai yang mengarahkan beliau membuat tangkapan itu.

Dua buah telefon bimbit model Palm Treo 750 dan Nokia 8280 dan sebuah komputer riba selain buku daftar pelawat bangunan itu daripada pengawal yang bertugas di bangunan itu, Mohamad Zaini Zainordin telah dirampas. Mazlinda Makhzan menyerahkan kepadanya sebuah komputer riba jenama NEC680.

Pada 9 November 2006, Abdul Razak menyerahkan kepadanya sekeping sampul surat yang disimpannya di dalam laci meja pejabatnya yang mengandungi lima keping "surat bertulisan Malaya Hotel" dan kandungan satu daripada surat itu bertulisan Inggeris berbunyi "You love money or you love your life. I came with my father, waiting outside (Kamu sayangkan duit atau kamu sayangkan nyawa kamu. Saya datang bersama bapa saya sambil menanti di luar)".

Keterangan Konstabel Fatimah Abdul Wahap–Saksi Pendakwa Ke-15

sunting

Konstabel Fatimah bertugas di bahagian persenjataan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. Tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar telah dibekalkan dengan selaras mesingan MP5 Silencer selama 26 hari mulai 4 Oktober hingga 30 Oktober 2006 untuk satu 'tugasan khas'.

Butiran mengenai pengeluaran senjata itu kepada Sirul Azhar tercatat dalam buku Daftar Keluar Masuk Senjata bagi tahun 2006. Dalam buku tersebut, senjata api yang mempunyai nombor siri S98756 dikeluarkan kepada Koperal 125591 yang dicamkan o sebagai Sirul Azhar. Buku tersebut mencatatkan bahawa senjata itu dikeluarkan pada 4 Oktober 2006 dan dikembalikan pada 8.15 pagi, 30 Oktober 2006.

Katanya lagi, dalam buku tersebut pada ruangan kenyataan ditulis bahawa ia adalah untuk tugas khas. Kenyataan mengenai tugas khas itu ditulis sendiri olehnya di dalam buku tersebut berdasarkan maklumat daripada surat sokongan pegawai kanan yang tidak diingatinya. Entri bagi kenyataan pada ruangan terakhir dalam buku daftar itu ditulis semasa senjata api itu diambil oleh Sirul Azhar.

Beliau mengakui bahawa jumlah peluru yang dikeluarkan dan dikembalikan tidak tercatat dalam buku Daftar Keluar Masuk Senjata bagi tahun 2006 ekoran kelalaian beliau dan rakan setugasnya. Dia tidak mencatatkan dalam buku daftar itu jumlah peluru yang dikeluarkan kepada Koperal Sirul Azhar Umar bagi nombor siri 0987 pada 4 Oktober tahun lalu.

"Itu atas kelalaian daripada saya sendiri," katanya sehingga menyebabkan Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menegur saksi itu mengapa kelalaian tersebut terjadi dalam tempoh yang lama iaitu sejak Februari tahun berkenaan.

Keterangan DSP M.V Srikumar Nair–Saksi Pendakwa Ke-16

sunting

DSP M.V Srikumar Nair, berumur 41 tahun, merupakan Pegawai Latihan di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman dan telah enam tahun menjadi Pegawai Pelatih di UTK. Azilah dan Sirul Azhar hanya menjalani latihan asas menggunakan bahan letupan tetapi tidak pernah mengikuti latihan-latihan lain yang melibatkan penggunaan bahan letupan. Cif Inspektor Azilah Hadri tidak pernah diarahkan membuat letupan dalam mana-mana operasi. Azilah juga tidak pernah diarahkan melakukan breaching (memecah masuk) seperti memecah tembok atau pintu kerana dia tidak memiliki kepakaran dalam bidang tersebut.

Beliau disoal oleh Hazman, "Kalau menggunakan letupan semasa operasi, siapa melakukan letupan?" Sri Kumar membalas, "Anggota yang berkemahiran dalam letupan di bawah arahan pegawai." Hazman menyoal lagi, "Sepanjang perkhidmatan kamu, adakah OKT1 pernah diarahkan membuat letupan dalam mana-mana operasi?" Sri Kumar membalas, "Pada hemat saya, tidak." Hazman tersus menyoal, "Adakah OKT1 mempunyai kemahiran dalam breaching?" Sri Kumar membalas, "'Dia tidak pernah diarahkan melakukan breaching."

Beliau mengetahui bahawa Azilah berada dalam pasukan penyelam tetapi tidak pasti sama ada ASP Awang Alfean yang dinyatakan oleh peguam bela itu ialah ketua pasukan yang disertai oleh Azilah. Bagi setiap operasi, bahan letupan yang diambil dari stor persenjataan akan dibentuk dan dibungkus dengan pita pelekat supaya mudah dilekapkan pada permukaan yang hendak diletupkan.

Menjawab soalan peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua itu tidak pernah menjalani latihan kepakaran mengenai letupan.

Dalam pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, katanya, terdapat beberapa anggota bawahannya yang menyertai latihan pengkhususan dalam breaching yang dikendalikan oleh beliau, tetapi bukan Azilah atau Sirul Azhar. Bahan-bahan letupan hanya boleh dikeluarkan dari stor atas permintaan pegawai kanan setelah mengisi borang pengeluaran yang tertera jumlah, jenis dan tujuan bahan letupan yang dipohon.

Apabila disoal oleh Hakim Mohd. Zaki sama ada operatif (anggota bawahan) boleh mengambil bahan letupan, Sri Kumar berkata mereka boleh berbuat demikian atas arahan pegawai dan menyerahkan bahan itu kepada pegawai berkenaan. Beliau menjelaskan secara terperinci rupa bentuk dan fungsi setiap bahan letupan yang digunakan dan disimpan dalam stor UTK iaitu plastic explosive, cutting linear charge (CLC), detonating cord, detonator dan beberapa sound device yang hanya mengeluarkan bunyi seperti flash bang serta bahan-bahan iringan (aksesori) seperti wayar claymore mine, clicker dan bateri.

Berhubung latihan asas bahan letupan, pada peringkat awal setiap anggota akan didedahkan kepada teori sebelum dibawa ke medan letupan. Pelatih akan dinasihatkan untuk mencatatkan setiap langkah yang diambil dari awal sehingga sempurnanya letupan. Setelah tamat latihan dan bahan letupan telah habis digunakan, ia akan berakhir di situ tetapi sekiranya dalam operasi terdapat bahan yang tidak digunakan, anggota yang bertanggungjawab mengambil bahan itu akan diminta memulangkan semula kepada stor kerana terdapat rekod pengambilan.

Noorin bertanya, "Sekiranya terdapat lebihan, adakah boleh ia diambil oleh seseorang anggota kumpulan itu tanpa disedari dan membawanya pulang? Contohnya plastic explosive sebanyak 500 gram digunakan tapi ada lebihan." Sri Kumar pula membalas, "Biasanya untuk operasi, ia tidak dibawa dalam raw form (bentuk asal) tapi telah dibentuk sebelum dibawa ke operasi. Pegawai yang mengetuai operasi akan membawa shape charge ketika operasi. Jika tidak digunakan, shape charge akan dipulangkan ke stor."

Hakim Mohd. Zaki turut bertanya sama ada terdapat kemungkinan bahan letupan boleh diambil oleh anggota UTK dalam sesuatu kumpulan tanpa disedari. Jawab Sri Kumar, "Jika diambil, jumlahnya akan berbeza dengan jumlah yang sepatutnya dipulangkan."

Noorin bertanya, "Adakah terdapat kemungkinan bahan letupan itu diambil tanpa disedari?" Jawabnya, "Di bawah pengendalian saya, tiada kemungkinan."

Noorin menyoal lagi, "Kalau di bawah penyeliaan orang lain?" Jawapan Sri Kumar ialah "Saya tidak dapat jawab untuk orang lain."

Keterangan SP Zainol Samah–Saksi Pendakwa Ke-19

sunting

SP Zainol Samah, berumur 42 tahun, merupakan Pegawai Turus Siasatan Khas, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Beliau tidak ada menerima arahan untuk menyiasat kandungan afidavit tertuduh ketiga, Abdul Razak Abdullah Baginda bagi menyokong permohonan ikat jaminnya pada Januari lalu. Beliau juga tidak mengarahkan kepada pegawai penyiasat, ASP Tonny Lunggan atau Deputi Supritendan Gan Tack Guan untuk menyiasat isi kandungan afidavit berkenaan ketika disoal balas oleh peguam bela Abdul Razak, Wong Kian Kheong yang memetik laporan sebuah akhbar bertarikh 24 Januari lalu bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah meminta siasatan dilakukan terhadap afidavit berkenaan.

Tidak sampai sejam selepas Koperal Sirul Azhar Umar ditangkap, tertuduh kedua Cif Inspektor Azilah Hadri bukan sahaja telah membuat pendedahan malah bersetuju menunjukkan kepada polis tempat kejadian pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, di kawasan Puncak Alam dekat sini. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada beliau oleh ASP Tonny Lunggan. Sebaik sahaja Zainol menyebut bahawa Sirul Azhar dan Azilah bersetuju untuk menunjukkan tempat kejadian di kawasan Puncak Alam, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin bangun membantah keterangan tersebut. Kamarul berkata, “Yang Arif, kita telah sampai kepada fakta yang dipertikaikan. Ini berkaitan dengan Seksyen 27 Akta Keterangan.” Seksyen tersebut menyatakan “Apabila sesuatu fakta telah diperoleh hasil daripada maklumat yang diterima daripada seseorang suspek yang dituduh melakukan kesalahan ketika dalam jagaan polis, maka maklumat yang jelas berkaitan dengan fakta yang diperoleh secara demikian boleh dibuktikan sama ada maklumat itu terjumlah kepada pengakuan salah atau tidak.

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Azilah juga bangun mengemukakan bantahan yang sama.

Menjawab bantahan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah terus memetik prinsip yang diputuskan dalam kes Pendakwa Raya melawan Francis Anthonysamy, iaitu biarlah semua keterangan dikemukakan terlebih dahulu lalu hakim akan membuat keputusan mengenai kebolehterimaan keterangan tersebut.

Koperal Sirul Azhar Umar, yang membawa polis ke kawasan belukar di Puncak Alam, telah menunjukkan lokasi serpihan mayat wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu diletupkan di pinggir kawasan lapang. ASP Tonny Lunggan yang membawa Sirul Azhar telah memberikan taklimat kepada beliau.

Zainol berkata, "Di pinggir kawasan lapang itu ada hutan nipis. ASP Tony membawa saya dan menunjukkan tempat kejadian di pinggir kawasan lapang itu,"

Ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri turut hadir sama. Keadaan persekitaran tempat tersebut telah gelap dan hanya bersuluhkan lampu kereta. Rombongan polis dan pasukan forensik tiba di tempat kejadian dalam pukul 7.10 malam, 6 November 2006 dan waktu sudah gelap. Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menangguhkan prosiding pukul 10 pagi bagi membolehkan persiapan dibuat untuk meninjau lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran sebenar kawasan pembunuhan Altantuya.

Keterangan Cif Inspektor Koh Fei Cheow–Saksi Pendakwa Ke-20

sunting

C/Insp Koh Fei Cheow, 38 merupakan Pegawai Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Utama IPK KL.S Disebabkan oleh namanya, beliau sering dipanggil "KFC" oleh rakan-rakan sekerjanya. Beliau berkata bahawa Cif Inspektor Azilah Hadri secara sukarela memberi maklumat tentang lokasi tempat kejadian pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Beliau menyatakan tiada sebarang kekerasan digunakan oleh beliau atau anggota yang lain ke atas tertuduh semasa dia ditemu bual di pejabatnya pada kira-kira pukul 5.20 petang, 6 November 2006.

Menjawab soalan Timbalan pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, katanya, Azilah dalam keadaan sihat dan normal serta tidak membuat apa-apa aduan berhubung layanan yang diterima sebelum mereka bertolak ke tempat kejadian di Puncak Perdana, Shah Alam. Ketika beliau ditanya oleh Tun Abdul Majid adakah dia memukul, bercakap kasar, menyeksa, membuat apa-apa janji dan dorongan serta mengugutnya Cif Inspektor Azilah Hadri, Fei Cheow menjawab tidak. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mencelah, “Masa kamu temu bual, dia masih bergari? Jawab Fei Cheow, "Ya."

Walaupun dia dan Azilah mempunyai pangkat yang sama tetapi dia lebih kanan daripada tertuduh pertama itu. Sementara dua orang anggota polis yang membantu beliau dalam temu bual itu pula berpangkat lebih rendah daripada Azilah. Anggota-anggota polis itu diarah membantu beliau dalam temu bual itu kerana mereka tahu sedikit sebanyak sedangkan dia langsung tidak tahu tentang fakta kes pembunuhan tersebut kerana baru pulang dari bercuti.

Cif Inspektor Azilah Hadri yang memberikan pandu arah kepada sebuah kenderaan yang dinaikinya bersama sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengambil masa hampir satu setengah jam untuk sampai ke tempat pembunuhan Altantuya Shaariibuu iaitu di atas bukit antara Puncak Perdana dan Puncak Alam. Tempoh masa yang lama itu diambil kerana Azilah sendiri tidak begitu pasti jalan menuju ke tempat tersebut dan beliau sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenai jalan berkenaan. Kenderaan mereka beberapa kali berhenti kerana tersilap jalan.

Beliau bertolak dari IPK Kuala Lumpur pada pukul 5.26 petang bersama tiga anggota polis setelah mendapat maklumat hasil daripada siasatan terhadap Azilah di pejabatnya.

Beliau berkata, "Selepas mendapat maklumat tersebut iaitu pada pukul 5.26 petang, saya bersama pasukan saya serta OKT1 (Azilah) telah memulakan tugas untuk cuba mencari tempat kejadian. Kami bertolak dari IPK dengan menggunakan kenderaan pajero biru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan nombor pendaftran WKN 7008, dan menghala ke tempat kejadian."

Apabila disoal oleh Tun Abdul Majid ke manakah mereka berlima menghala, Fei Cheow menjawab, "Kami telah ditunjukkan jalan oleh OKT1 menghala ke tol Jalan Duta. Selepas itu, kami masuk tol Jalan Duta dan keluar tol Kota Damansara. Selepas keluar tol Kota Damansara, oleh kerana saya tidak familiar (biasa) [akan] tempat itu, kami telah melalui Jalan Persiaran Surian, Jalan Kampung Subang, kawasan Bukit Jelutong dan Jalan Puncak Perdana."

Apabila Tun Abdul Majid menyoal, "Siapa yang tunjukkan arah jalan?", Fei Cheow menjawab, "Kesemua jalan ini adalah dipandu arah dan ditunjukkan oleh OKT1."

Setibanya di sebuah simpang empat di Puncak Perdana, katanya, Azilah telah mengarahkan kenderaan membelok ke kanan memasuki satu kawasan yang terdapat papan tanda yang tertera perkataan Puncak Niaga, Empangan Tasik Subang.

Apabila Tun Abdul Majid menyoal, "Kamu masuk jalan tersebut?" Fei Cheow menjawab, "Ya, perjalanan menghala ke dalam adalah teruk dan kawasan sekitar adalah hutan belukar."

Kira-kira pukul 6.50 petang, mereka sampai di tempat kejadian iaitu satu kawasan lapang di atas bukit dan ketika itu, jarak penglihatan tidak begitu baik kerana keadaan sekeliling mulai gelap. Di situ, terdapat jalan tanah merah yang dikelilingi hutan di sebelah kanan dan kiri kawasan lapang itu serta terdapat sebatang jalan lagi menghala ke atas bukit itu. Kata Fei Cheow lagi, mereka berhenti di situ kerana Azilah meminta beliau memberhentikan kenderaan untuk melihat sekeliling kawasan tersebut. Pasukannya telah membawa OKT1 turun dari kenderaan untuk memerhatikan keadaan sekeliling kawasan tersebut. Kemudiannya, OKT1 telah membawa Fei Cheow masuk ke dalam hutan tidak berapa jauh dari kawasan lapang. Ketika dalam kawasan hutan itu, OKT1 telah perhatikan sekeliling tempat tersebut dan kemudian memberitahu Fei Cheow, "Inilah tempatnya".

Di peringkat ini, peguam Hazman Ahmad bangkit membuat bantahan tetapi Tun Abdul Majid meneruskan soalan dengan bertanya, "Ada kamu tanya tempat apa?" Fei Cheow menjawab, "Ada." Tun Abdul Majid menyoal "Apa kamu tanya?" lalu Fei Cheow membalas, "Saya tanya dia adakah ini tempat kejadian. OKT1 telah beritahu saya, 'ya'." Koperal Sirul Azhar Umar telah menunjukkan kepada pihak polis beberapa barang kemas dan seutas jam tangan milik perempuan Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang disimpan dalam almari pakaian di rumahnya di Kota Damansara, Sungai Buloh. Barang kemas bersama jam milik Altantuya yang diletakkan di bahagian poket sebelah dalam sehelai jaket ditunjukkan oleh Sirul Azhar ketika membawa polis ke rumahnya di No.5-3-7, Chamar 4/1, Gugusan Semarak, Seksyen 4, sehari selepas dibawa ke lokasi kejadian pembunuhan perempuan Mongolia itu.

Keesokan harinya iaitu pada pukul 2 petang, 7 November 2006, beliau telah menemu bual Sirul Azhar lalu tertuduh kedua itu telah memberikan maklumat itu.

Sirul Azhar telah mendedahkan maklumat berkenaan barang-barang kemas Altantuya kepada seorang pegawai polis. Selepas menerima maklumat tersebut, beliau bersama Sirul Azhar dan beberapa anggota polis telah bertolak ke rumah tersebut dengan dipandu oleh tertuduh kedua itu. Mendengarkan jawapan tersebut, Hakim Mohd. Zaki Md. Yasin bertanya, "Dipandu apa ni? Tertuduh kedua memandu keretakah?" Fei Cheow menjawab, "Yang Arif, Sirul Azhar telah menunjukkan arah jalan menuju ke rumahnya."

Beliau bersama pasukannya telah tiba di rumah Sirul Azhar pada pukul 4.15 petang, 7 November 2006. Setibanya di rumah Sirul Azhar, seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Sarjan Rosli Ibrahim menyerahkan kunci rumah tertuduh itu kepada beliau. Sirul Azhar kemudiannya telah membawa beliau dan pasukan masuk ke rumahnya iaitu rumah rumah pangsa dua bilik. Fei Cheow berkata, "Tertuduh kedua itu telah membawa kami ke bilik tidurnya yang tidak berkunci, terletak berhampiran ruang tamu. Sirul Azhar telah membuka almari pakaiannya dan menunjukkan sehelai jaket hitam. Saya nampak Asisten Supritendan Zulkarnain telah mengeluarkan jaket tersebut dan meletakkannya di atas katil." Beliau nampak pegawai polis itu mengeluarkan barang-barang kemas dan jam dari poket jaket bahagian dalam. Kemudiannya, bilik dan bahagian lain dalam rumah Sirul Azhar telah diperiksa selain merampas barang bukti, iaitu barang kemas serta jam. Barang kemas itu ialah sebentuk cincin dan sepasang subang (satu daripadanya mengalami kerosakan). Mengesahkan[nyatakan menurut siapa?] bahawa gambar barang kemas dalam ID60A yang dikemukakan oleh Tun Abdul Majid adalah sama dengan barang kemas yang dirampas.

Keterangan DSP Zainudin Abdul Samad–Saksi Pendakwa ke-21

sunting
 
Nor Azila Baharudin, 29, tunang Cif Inspektor Azilah Hadri
  • Zainudin memegang jawatan Ketua Cawangan Soal Siasatan Bukit Aman sejak 1 April 2005.
  • Zainudin memberitahu bahawa beliau telah menerima Azilah (ketika itu seorang suspek tahanan reman) pada pukul 2.40 petang 2 November 2006 di IPK KL. Beliau menerima arahan untuk menjalankan soal siasat ke atas Azilah daripada Datuk Syed Ismail Syed Azizan yang ketika itu Timbalan Pengarah Siasatan dan Pendakwaan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.
  • Sebaik sahaja menerima tertuduh pertama itu, beliau bersama empat orang anggotanya telah pergi ke pejabat D9 di IPK KL. Azilah disoal siasat mulai 2 hingga 6 November 2006 di IPK KL. Selepas tarikh tersebut soal siasat dibuat di pejabatnya di Bukit Aman.
  • Meskipun beliau menjalankan soal siasat ke atas Azilah setiap hari, beliau mengikut segala peraturan yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan lokap, misalnya apabila tiba waktu makan Azilah akan berhenti makan. Tiada soal siasat selepas pukul 6.30 malam, katanya.
  • Disoal mengenai perubahan tempat soal siasat dari IPK KL ke Bukit Aman, saksi memberitahu bahawa Bukit Aman lebih selesa berbanding IPK KL yang mempunyai terlalu ramai tahanan.
  • Pada 6 November 2006, lebih kurang pukul 4.15 petang, Azilah telah memberitahunya yang dia (Azilah) ingin menunjukkan tempat kejadian secara agak-agak kepada pegawai penyiasat.
  • Tun Abdul Majid dalam satu soalan lain bertanya kepada Zainudin sama ada beliau pernah mengenali Azilah sebelum ini. Dengan, ringkas dia menjawab bahawa beliau pernah melihat Azilah kerana pernah sama-sama bertugas di Pulau Pinang.
  • Dalam satu soalan lain, Zainudin memberitahu bahawa beliau hanya sembang-sembang (berbual) biasa sahaja (tidak melibatkan kes) dengan Azilah ketika dalam perjalanan ke tempat kejadian yang dipandu arah oleh tertuduh itu.
  • Dia menggunakan pendekatan 'lemah lembut' sehingga suspek sendiri bersedia menceritakan apa yang berlaku dalam setiap kes yang disiasatnya.
  • Kaedah mendekati suspek yang dilakukannya semasa soal siasat semua kes jenayah menjurus ke arah membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab setiap individu terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan negara.
  • Bagaimanapun pendekatan yang dilakukannya itu bukan satu bentuk kaunseling tetapi lebih kepada ceramah kesedaran.
  • Menjawab soalan Hazman, beliau berkata, beliau tidak tahu bagaimana pegawai penyiasat lain menjalankan soal siasat dan jika ada yang menggunakan kekerasan fizikal, ia di luar pengetahuannya.
  • Dia berkata dia tidak pernah menghadiri kursus dan latihan khas menyoal siasat tetapi belajar melalui pengalaman sebagai pegawai penyiasat sejak 31 tahun lalu.Tambahnya, ada juga soal siasat dijalankan menggunakan pendekatan psikologi. Pendekatan itu dilakukan dengan menghormati dan mengenali suspek secara mendalam serta ‘cakap yang benar'.
  • Bermula dengan mengenali latar belakangnya, dia mendapatkan segala butiran diri dan keluarga suspek serta segala yang ada hubung kait dengan suspek termasuk apa yang dia suka dan tidak suka.
  • Mengenai ‘cakap yang benar’, beliau akan meminta suspek menceritakan secara jujur dan tidak berselindung tentang apa yang telah dilakukannya.
  • Tidak pernah memarahi apatah lagi memaki hamun tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri ketika berada di tempat wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditembak dan diletupkan.
  • Juga menafikan bahawa kononnya beliau sangat gembira setelah tempat kejadian di atas bukit antara Puncak Alam dan Puncak Perdana dekat sini berjaya ditemui.
  • Beliau pergi ke lokasi tersebut untuk melihat tempat kejadian.
  • Menurut Zainudin, Fei Cheow telah membawa Azilah keluar dari kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero. Kemudian, Azilah bersama Fei Cheow telah melihat-lihat atas jalan tanah merah iaitu tempat wanita Mongolia itu dikatakan ditembak. Selepas itu, mereka berdua telah masuk ke dalam belukar iaitu tempat wanita Mongolia dikatakan telah diletupkan.
  • Dia hanya mengekori Azilah dan Fei Cheow melihat kawasan lapang (tempat Altantuya ditembak). Ketika mereka berdua masuk ke dalam belukar, dia tidak ikut, katanya dengan nada lemah lembut.
  • Ditanya oleh Tun Abdul Majid mengapakah kamu tidak ikut mereka? Dia menjawab, ia tidak membantu dalam tugasannya kerana tugasnya tidak memerlukan dia untuk ikut sama. Memadailah baginya untuk melihat tempat kejadian.Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin mencelah dengan berkata 'tidak membantu kamu dalam soal siasat?' Saksi menjelaskan bahawa beliau hanya perlu mengetahui di mana tempat kejadian.
  • Setelah melihat kenderaan yang dinaiki oleh ASP Tonny Lunggan bersama tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar tiba di lokasi,beliau telah turun berjalan kaki meninggalkan lokasi sebelum menumpang kenderaan lain (kereta anggota polis) untuk balik ke IPK KL.
  • Beliau menafikan bahawa beliau sebenarnya telah mengetahui latar belakang kejadian sebelum ikut serta ke lokasi berkenaan.
  • Sebenarnya, kata Zainudin, Azilah hanya memberitahu yang dia boleh membawa polis untuk cuba mencari tempat kejadian pada 6 November 2006. Sepanjang perbualan dengan Azilah sebelum tarikh tersebut, Azilah tidak pernah memberitahu tentang tempat kejadian.
  • Dia menafikan bahawa Azilah telah disoal siasat dengan cara penderaan fizikal dan ugutan.Dia juga menafikan bahawa antara ugutan yang dibuatnya termasuklah dengan mengatakan "Azilah kalau kamu tidak mahu bercakap, kami akan tuduh Ani (teman wanita Azilah, Lans Koperal Rohaniza Roslan).Katanya, Azilah hanya disoal dengan menggunakan kaedah berlemah lembut.
  • Katanya, Azilah dilahirkan di Sarikei dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sarawak. Azilah berasal dari keluarga miskin dan mempunyai adik-beradik yang ramai sehingga terpaksa membawa ibu bapanya pindah ke Semenanjung dan menyewa rumah di Sepang.
  • Azilah memberitahu beliau yang dia mempunyai seorang kekasih bernama Ani (Rohaniza Roslan) yang kini bertugas di Cawangan Pentadbiran (D1) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dia bagaimanapun tidak tahu bahawa Azilah mempunyai seorang lagi kekasih yang mempunyai nama seakan-akan namanya iaitu Azila sehinggalah peguam Azilah, Hazman Ahmad mendedahkannya pada hari ke-25. Katanya lagi, Azilah tidak pernah memberitahunya yang tertuduh mempunyai seorang lagi kekasih bernama Azila. Menurutnya, Azilah hanya menyebut nama Rohaniza yang kerap disebt sebagai 'Ani'.
  • Azilah juga memberitahunya bahawa dia (Azilah) mempunyai seorang anak angkat. Namun dia tidak tahu lelaki atau perempuan dan berapa umurnya. Tetapi anak kecil.
  • Cif Inspektor Azilah Hadri adalah seorang yang bijak dan suka berpuasa. Dia memberitahu sifat peribadi Azilah, 31, itu diketahuinya setelah dimaklumkan sendiri oleh Azilah ketika melakukan soal siasat selama lima hari.
  • Selain itu Azilah juga gemar berhibur dan "window shopping". Ketika ditanya peguam Hazman Ahmad yang mewakili Azilah mengenai apakah perkara yang dibenci tertuduh itu, Zainudin berkata Azilah memberitahunya yang dia (Azilah) tidak suka bercakap bohong.

Keterangan ASP Zulkarnain Samsudin–Saksi Pendakwa Ke-23

sunting
  • Pegawai Penyiasat dari cawangan D9, Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur.
  • Menyatakan bahawa tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar boleh menunjukkan tempat mangsa diletupkan ketika dibawa mencari lokasi pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Ketrengan tersebut bagaimanapun tidak direkod oleh Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin.
  • Memberitahu bahawa beliau telah mengikuti sepasukan anggota polis yang diketuai oleh ASP Tonny Lunggan bersama beberapa anggota dan Sirul Azhar pergi ke lokasi kejadian pada pukul 5.30 petang, 6 November 2006. Sebaik sahaja melepasi simpang empat dan satu lorong, Sirul Azhar ada menyatakan: “Bukan ini lorongnya.”
  • memberitahu yang Cif Inspektor Azilah Hadri ditahan untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu semasa tertuduh pertama itu datang menyerah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 1 November tahun lalu.
  • Beliau yang mendapat arahan daripada Pegawai Turus Siasatan Khas, IPK Kuala Lumpur, SP Zainol Samah bertindak menangkap Azilah sebaik tertuduh tiba pada kira-kira pukul 11 pagidi pejabat D9 (Cawangan Jenayah Utama).
  • Bertindak merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia model 6680 berserta satu kad sim milik Azilah sebaik selepas tertuduh ditahan. Beliau turut memeriksa dompet Azilah dan merampas dua lagi sim kad pra bayar Celcom serta Explorer yang dijumpai di dalam dompet tertuduh.Barang-barang yang dirampas itu diserahkan kepada pegawai penyiasat kes itu, ASP Tonny Lunggan pada pukul 6 petang dan ia turut disertai dengan borang serah menyerah bertarikh 1 November 2006.
  • Beliau turut meminta bantuan seorang pegawai dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk menjalankan kawad cam terhadap Azilah selepas menerima arahan daripada Zainol dan turut melakukan soal siasat terhadap Azilah selama kira-kira dua jam. Namun, tiada apa-apa keterangan yang direkodkan daripada soal siasat tersebut.
  • Beliau telah maklumkan hasil soal siasat terhadap tertuduh kepada DSP Gan Tack Guan.Pada hari yang sama, beliau mengarahkan Sarjan Amran Abdul Aziz untuk membuat tangkapan terhadap seorang anggota polis di cawangan D7 Ibu pejebat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang juga teman wanita Azilah, Lans Koperal Rohaniza Roslan.
  • Beliau bersama dua anggota juga telah pergi ke kawasan letak kereta berdekatan kuarters polis di IPD Petaling Jaya dan merampas sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna merah dengan nombor pendaftaran WMV 8523 pada pukul 11.45 malam. Kereta kepunyaan Rohaniza itu dibawa balik ke IPK KL dan diletakkan di kawasan letak kereta di perkarangan IPK sebelum diserahkan kepada Tonny pada 2 November 2006.
  • Anggota Unit Pemusnah Bom turut diarahkan menyertai pasukannya pergi ke rumah tertuduh kedua pada 7 November tahun lalu.
  • Pendedahan Sirul Azhar itu dibuat semasa Sirul Azhar ditemu bual oleh beliau dan Cif Inspektor Koh Fei Cheow di pejabatnya di IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 2 petang 7 November 2006, iaitu sehari selepas tertuduh itu dibawa ke tempat kejadian.
  • Semasa Sirul Azhar ingin membuat pendedahan, beliau telah membacakan amaran seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 113 Kanun Prosedur Jenayah.
  • Beliau kemudian bersama Sirul Azhar dengan ditemani oleh Fei Cheow dan empat anggotanya pergi ke rumah tertuduh kedua itu yang terletak di flat perumahan di Jalan Camar 4/1, Gugusan Semarak, Seksyen 4, Kota Damansara.
  • Perjalanan ke rumah tertuduh dipandu arah oleh Sirul Azhar sendiri dan rombongan mereka bertemu dengan pasukan Unit Pemusnah Bom selepas melalui Plaza Tol Kota Damansara. Setibanya di tempat letak kereta blok lima kawasan perumahan tersebut, beliau telah berjumpa dengan sekumpulan lelaki dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan seorang daripadanya memaklumkan mereka datang ke situ untuk mengambil barang-barang pasukannya dari rumah Sirul Azhar.
  • Selepas masuk ke rumah Sirul Azhar di unit bernombor 5-3-7 yang terletak di tingkat tiga flat tersebut dengan menggunakan serangkai anak kunci yang diserahkan oleh Fei Cheow,tertuduh telah menunjukkan bilik tidurnya yang terletak di hujung sekali.
  • "Dalam bilik itu, OKT2 (orang kena tuduh kedua) telah membuka pintu almari pakaian yang tidak berkunci. Setelah pintu (almari) dibuka, OKT2 telah menunjukkan jaket berwarna hitam. Jaket itu dikeluarkan dari dalam almari oleh OKT2,” katanya.
  • Hasil maklumat tertuduh,beliau telah memeriksa jaket hitam itu dan menemui seutas jam tangan jenama Larmes, sebentuk cincin emas berbatu permata, sepasang subang yang satu daripadanya telah rosak dalam poket di bahagian dalam jaket berkenaan.
  • Jaket hitam berjenama Yorn dan tertulis leather and furs bersama tiga jenis barang itu kemudian telah dibawa balik ke pejabat sebagai barang bukti.
  • Selepas pasukannya selesai membuat pemeriksaan selama 15 minit di dalam rumah tersebut,beliau telah memanggil anggota Unit Pemusnah Bom untuk melakukan pemeriksaan selama 20 minit dan ini disusuli pula oleh pasukan UTK.
  • Koperal Sirul Azhar memberitahunya yang dia boleh menunjukkan barang kemas milik Altantuya yang didakwa ditembaknya di kawasan hutan kerana ia disimpan di rumahnya di Kota Damansara.
  • Maklumat tersebut diperoleh daripada Sirul Azhar ketika beliau menemu bual tertuduh kedua itu pada 7 November 2006. Sebelum itu beliau memohon kebenaran untuk merujuk diari siasatannya kerana beliau tidak ingat sepenuhnya perkataan tertuduh. Hakim Mohd. Zaki Md. Yasin selepas itu membenarkan Zulkarnain merujuk laporan polis Tun H.S. Lee Repot 028948/06 yang dibuat olehnya pada pukul 2.30 petang hari yang sama.
  • Menyatakan bahawa Sirul Azhar ada memberitahu: “Saya boleh tunjukkan barang kemas milik perempuan yang saya tembak. Ada saya simpan di dalam rumah saya di Kota Damansara.”
  • Beberapa maklumat berkaitan Abdul Razak Abdullah Baginda dan juga bilik bernombor 823 Hotel Malaya (bilik Altantuya Shaariibuu menginap) serta nama Amina telah dijumpai dalam sebuah beg biru yang diambil dari ruang pejabat Cif Inspektor Azilah Hadri, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Beliau telah membawa Azilah pergi ke bahagian ruang pejabatnya di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.
  • Tujuannya ke sana pada pukul 1.30 tengah hari, 12 November 2006 untuk membuat pemeriksaan keseluruhan ruang partisyen tersebut dan menjumpai sebuah beg berwarna biru yang di dalamnya, mengandungi maklumat iaitu Datuk Abdullah Malim Baginda (bapa Abdul Razak) dan alamat kediamannya di No.22, Jalan Setiajaya Damansara Heights, 50690 Kuala Lumpur. Turut tertulis perkataan:"Ho 50-an.
  • Beliau juga menjumpai nombor telefon iaitu 017-3271 703 dan 017-3992 411 yang ditulis dalam sekeping kertas, dikeluarkannya daripada beg bertulis Liga Sukan Komuniti NFC Belia Benci Dadah.
  • "Dalam kertas tersebut juga tertulis room 823, Hotel Malaya, Jalan Hang Lekir dan di bawahnya pula bertulis Amina dan bergaris,".
  • Butiran lain yang terkandung ialah:Nama ASP Suresh 016-9939423 014-6383835, SB Bala 012-2409 311, G8.
  • Di bawah butiran tersebut pula ada ditulis, 9 Oktober 2006–Isnin datang pejabat. Di bawah tulisan tersebut ada ditulis nombor 5787 digaris, dan 9885 juga bergaris," ujarnya lagi.
  • Memberitahu bahawa tidak terdapat barang-barang peribadi Cif Inspektor Azilah Hadri dalam sebuah beg mengandungi beberapa maklumat berkaitan Abdul Razak Abdullah Baginda dan Altantuya Shaariibuu yang dirampas dari pejabat tertuduh pertama tersebut. Beg tersebut dijumpai di atas lantai di ruang pejabat tertuduh berkenaan ketika beliau pergi ke pejabat Azilah di UTK Bukit Aman pada 12 November tahun lalu.
  • Pejabat tertuduh berkeadaan berpetak-petak (partition) dengan satu petak bagi seorang pegawai dan boleh dikatakan ia merupakan pejabat terbuka.
  • Barang rampasan itu kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat ASP Tonny Lunggan pada pukul 11 malam, hari yang sama.
  • Keesokannya, pada pukul 3 petang, beliau bersama dua anggota dan Abdul Razak telah pergi ke pejabat tertuduh ketiga itu di Tingkat 10, Bangunan Lembaga Getah Asli Malaysia, Kuala Lumpur.
  • Beliau turut merampas beberapa barang kepunyaan Abdul Razak, antaranya ialah sehelai kertas berwarna merah jambu yang tertulis beberapa perkataan dan nombor telefon; "Mr Razak please contact me. 017-3992 411. Amin atau Amina. Nombor 012-3122 303 dan 012-2409 311.
  • Selain kertas itu,beliau turut merampas dua buah buku nota kecil; satu berkulit hitam bertulis Team A Zone di muka hadapan dan satu buku nota berkulit gambar lelaki menunggang kuda, serta sebuah PDA model Palm One.
  • Terdapat beberapa perbezaan dalam laporan polis yang dibuat oleh ASP Zulkarnain Samsudin berhubung pendedahan Koperal Sirul Azhar Umar yang disoal siasat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang menjadi persoalan dan agak "mengelirukan" serta melucukan.
  • Kekeliruan dalam laporan polis Tun H.S. Lee 029374/06 bertarikh 7 November 2006, pukul 2.30 petang,dibangkitkan oleh peguam Kamarul Hisham Kamaruddin.
  • Perbezaan yang terkandung dalam laporan tersebut antaranya:

Dalam salinan asal polis: i.nama bapanya ialah Samsudin. ii. pangkatnya ditaipkan ASP iii. tarikh lahirnya ialah pada 5 Oktober 1973.

Dalam salinan yang dibekalkan kepada hakim dan pihak pendakwa: i. nama bapanya ialah Shamsuddin. ii.pangkatnya ditaipkan Cif Inspektor iii. tarikh lahirnya ialah pada 5 Oktober 2073.

Keterangan Primulapathi a/l Jaya Krishnan–Saksi Pendakwa ke-39

sunting

Primulapathi a/l Jaya Krishnan (54 tahun) ialah Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor. Beliau adalah pakar DNA juga ahli kimia yang menganalisis profil asid deoksiribonukleik Altantuya:

  • DNA ke-1 pada cebisan spesimen dan serpihan tulang yang ditemui di Shah Alam itu ialah anak kandung Setev Shaariibuu dan S. Altantsetseg.
  • DNA ke-2 pada tisu badan spesimen berlabel "unknown" saling berpadanan dengan spesimen darah berlabel Altantsetseg (sebelah ibu)
  • DNA ke-3 pada kesan darah pada selipar, rambut dan kesan calitan berlabel K1 hingga K4 iaitu pada jam tangan jenama Larmes, anting-anting, cincin dan jaket hitam adalah sepadan dengan tisu badan spesimen berlabel "unknown".
  • DNA ke-4 pada sehelai rambut yang dijumpai di celah tempat duduk hadapan penumpang dalam jip Sirul Azhar Umar didapati berbeza dengan spesimen berlabel 'Setev Shaariibuu', 'S. Altantsetseg', 'Sirul Azhar', 'Abdul Razak', 'Azilah Hadri' dan 'Rohaniza Roslan'.[25]

Keterangan Mohd. Izwan Azir Mohad Saleh–Saksi Pendakwa Ke-57

sunting
 
Mohd. Izwan Azir Mohad Saleh
  • Mohd. Izwan, 26, merupakan pembaca berita di Sistem Televisyen Malaysia Berhad(TV3).
  • Beliau dipanggil menjadi saksi untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul apabila saksi pendakwa ke-56, A. Regina memberitahu mahkamah bahawa nombor 012-9042042 (yang sebelum ini dikatakan oleh saksi pendakwa ke-52, Dr. Aswami Fadillah Mohd. Ariffin milik Razak Baginda) adalah milik Mohd. Izwan sebenarnya.
  • Pada pemeriksaan utama oleh DPP Noorin Badarudin, beliau ditanya adakah dia boleh mengingati pemilik nombor 019-3636153 dan adakah masih menyimpan nombor itu lagi.
  • Mohd. Izwan kemudiannya menjawab dia tidak ingat pemilik nombor tersebut tetapi boleh memeriksa nombor tersebut di dalam telefon bimbitnya.
  • Setelah disemak, beliau memberitahu mahkamah bahawa nombor itu masih lagi ada dan disimpan atas nama 'Adi UTK'.
  • Tambahnya lagi, beliau menyimpan nombor itu sejak berkenalan dengan Azilah pada penghujung tahun 2005.
  • Bila ditanya oleh DPP apakah nama penuh 'Adi UTK' itu, sambil memandang Azilah, saksi menjawab Azilah Hadri.
  • Saksi sebelum ini kerap dilihat di mahkamah untuk bertemu sahabatnya itu selain untuk membuat liputan terhadap kes tersebut.
  • Cerita Mohd. Izwan, dia telah menghubungi Azilah menerusi panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 18 Oktober 2006 untuk mempelawa Azilah keluar berbuka puasa bersama.
  • Diminta supaya meneliti dokumen log Maxis (P12), Mohd. Izwan mengesahkan bahawa beliau memang ada menelefon Azilah pada pukul 6.14 petang hari tersebut untuk memberitahu tertuduh bahawa beliau agak lewat tiba disebabkan hujan lebat.
  • Ditanya oleh Noorin di manakah mereka berpuasa, jawab Mohd. Izwan: “Saya dan Azilah berbuka puasa di Restoran Sri Melayu di Jalan Conlay di Kuala Lumpur.”
  • Selesai sahaja berbuka,tambahnya, Azilah telah mengajaknya pergi ke mes pegawai di Bukit Aman untuk berkaraoke selama sejam.
  • Walaupun selepas itu mereka tidak lagi berjumpa namun saksi ada menghantar SMS kepada Azilah pada 19 Oktober 2006.
  • Disoal balas oleh Datuk Hazman Ahmad yang mewakili sahabatnya, saksi memberitahu bahawa pihak polis telah datang ke rumahnya semalam(Isnin, 26 Nov 2007) dan meninggalkan pesan supaya beliau hadir di mahkamah hari ini untuk merakam percakapannya.
  • Beliau sebenarnya mendapat tahu bahawa nombor telefonnya disebut dalam perbicaraan Altantuya semalam melalui rakan wartawan.
  • Ditanya oleh Hazman adakah kad sim beliau pernah disita pihak polis, saksi menjawab tidak pernah.
  • Ditanya lagi oleh Hazman apakah soalan yang diajukan oleh ASP Tonny anak Lunggan ketika merakam percakapannya hari ini di mahkamah, Mohd. Izwan berkata:“IO (pegawai penyiasat) bertanya banyak soalan antaranya di manakah saya membeli nombor talian itu dan sejak bilakah saya berkenalan dengan Azilah. Adakah saya mengetahui apa-apa mengenai Altantuya dan kisah berbuka puasa saya dengan Azilah.”
  • Perkara tersebut sebelum ini, menurut Mohd. Izwan, tidak pernah disiasat oleh polis.

Bukti Azilah terbabit

sunting
  • 7 November 2006 : Polis merampas sekeping nota dari pejabat Azilah. Nota itu tercatat nama pegawai penyiasat persendirian tertuduh ketiga, alamat tempat tinggal Altantuya, nombor telefon dan namanya.
  • Keterangan saksi-saksi yang melihat pada malam Altantuya dibawa dari rumah Abdul Razak.
  • Rakaman televisyen litar tutup (CCTV) di lobi Hotel Malaya, CCTV di lobi bangunan Getah Asli dan komunikasi melalui telefon.
  • Lokasi letupan ditunjuk sendiri oleh Cif Inspektor Azilah Hadri
  • Keterangan saksi-saksi bahawa Azilah Hadri bersama Sirul Azhar Umar, adalah orang terakhir dilihat bersama dengan Altantuya.
  • Polis merampas beberapa barang milik Altantuya daripada Sirul Azhar. Sepasang selipar Sirul Azhar ada kesan darah si mati.
  • Altantuya ada memberitahu rakannya jika dia ' hilang' 2 atau 3 jam pada 19 Oktober 2006, cepat-cepatlah buat laporan polis dan carilah 'Razak Baginda'.

Keterangan Cif Inspektor Azilah Hadri – tertuduh pertama

sunting
  • Beliau memberi keterangan dalam prosiding bicara dalam bicara bagi menentukan sama ada keterangan saksi ke-20 kes itu, Cif Inspektor Koh Fei Cheow yang mendakwa dia menunjukkan tempat kejadian boleh diterima sebagai bukti atau tidak.

Keterangan Pada Hari Rabu, 11 Jun 2008

  • “Mereka (polis) seolah-olah sudah tahu di mana tempat kejadian!,” kata Cif Inspektor Azilah Hadri.
  • Beliau menafikan bahawa ada memberitahu pegawai penyiasat(IO) dalam kes ini mahu menunjukkan tempat kejadian secara ‘agak-agak’.
  • Menjawab soalan peguam belanya, Datuk Hazman Ahmad, Azilah menafikan bahawa dia ada memberitahu sebarang maklumat berhubung kedudukan lokasi kejadian kepada DSP Zainuddin Abdul Samad.
  • Ditanya oleh Datuk Hazman,pada 6 November 2006, jam lebih kurang 4 petang, apa yang terjadi kepada dia dan Zainudin, Azilah menjawab:Ketika itu saya sedang disoal siasat. Dia datang duduk di hadapan saya sambil berkata “Azilah, hari ini saya sangat gembira. Awak tidak perlu beritahu di mana tempat kejadian. Kita sudah dapat maklumat tempat kejadian’. Sirul (Koperal Sirul Azhar Umar) pun sudah balik. Nanti awak ikut seorang pegawai berbangsa Cina (selepas itu dikenal pasti sebagai Koh) pergi ke tempat kejadian”.
  • Apabila Zainuddin beritahu bahawa pegawai Cina ini akan bawanya ke tempat kejadian,Azilah beritahu Zainuddin, "Jika mereka sudah tahu lokasi tempat kejadian, buat apa mahu bawa saya(Azilah) pergi. Saya tidak rela mengikut mereka."
  • Jawabnya, reaksi Zainuddin ialah:"Zainuddin marah saya dan dia kata, “Azilah, awak kena dengar dan ikut apa kita cakap. Tak payah nak tunjuk kepala angin awak. Awak kena dengar dan ikut apa kita cakap”. Selepas itu mereka hantar saya masuk lokap D9 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (IPKKL).
  • Beliau tidak ingat jam berapa, Koh datang ke lokap dan kemudian bawanya menaiki kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran WKN 7008.
  • Beliau tidak kamu memberi sebarang maklumat berhubung tempat kejadian kepada Cif Insp Koh Fei Cheow.
  • Katanya lagi, dia diarahkan duduk di bahagian belakang dan diapit oleh Koh, dan seorang detektif manakala Zainuddin duduk di sebelah pemandu.Kenderaan itu kemudian keluar dari IPKKL dan diikuti satu van polis.
  • Ketika dalam perjalanan, dia tidak bercakap atau beri maklumat kepada Zainuddin, Koh atau anggota lain yang berada dalam kenderaan itu. Sebaliknya,dalam perjalanan dia banyak mendiamkan diri. Mereka membawanya keluar dari IPKKL seolah-olah mereka tahu ke mana mahu bawanya pergi. * Dia sering memerhati kawasan sekeliling dan berfikir ke mana mereka nak bawanya pergi.
  • Tambahnya lagi,mereka(polis) tiada bertanya kepadanya mengenai arah. Sewaktu dalam perjalanan, Pajero itu ada sesat jalan dan Zainuddin ada membuat dan menerima panggilan telefon. Daripada siapa dia tidak tahu. Apa yang dia dengar seolah-olah untuk mendapat panduan pergi ke tempat kejadian. Pajero tersebut berhenti dua kali di tepi jalan. Waktu itu dia tidak nampak van yang ikut kami.
  • Selepas itu Pajero meneruskan perjalanan dan berhenti di sebelah kiri jalan di simpang. Saya nampak di seberang jalan ada van polis warna putih. Zainuddin dan Koh keluar dari kenderaan dan hisap rokok di luar. Saya nampak Zainuddin ada bercakap dengan seseorang menerusi telefon bimbit.
  • Tidak lama selepas itu, mereka berdua masuk semula ke dalam kenderaan dan Zainuddin beritahu pemandu supaya menunggu arahan selanjutnya. Dia kemudian nampak Pajero lain berwarna perang berhenti di satu simpang di hadapan van polis itu. Zainuddin mengarahkan pemandu ikut Pajero itu.
  • Kenderaan yang membawanya membuat pusingan U dan mengikut Pajero itu masuk ke satu simpang dan naik ke kawasan bukit. Dalam perjalanan naik, Pajero itu berhenti di tepi jalan, diikuti Pajero yang membawanya.
  • Pada waktu itu,Azilah nampak seorang lelaki menunggang motosikal turun dari atas bukit itu dan berselisih dengan mereka.
  • Lelaki itu mengangkat tangan apabila nampak mereka dan terus turun ke bawah. Kemudian mereka tiba di kawasan lapang. Dia lihat seorang lelaki membawa alat perakam video kecil keluar dari Pajero satu lagi. Zainuddin dan Koh juga keluar dari Pajero dan pergi ke tepi belukar di hujung tanah lapang itu sebelum berpatah semula ke kenderaan yang mereka naiki.
  • Zainuddin mengarahkannya keluar dan dia mengikuti arahannya (DSP Zainuddin). Dia keluar sambil memerhati kawasan sekeliling dan berfikir di mana dia berada. Dia juga tidak tahu tempat itu. * Zainuddin marah dan bawanya pergi ke kawasan belukar yang dia nampak ada kesan pokok terbakar. Beliau (DSP Zainuddin) suruhnya jalan depan lagi dan tunjuk. Azilah jawab “Tunjuk apa tuan? Saya tidak tahu tempat ini“.
  • Zainuddin marah dan menengkingnya. Dia (Zainuddin) kata, “Bukankah ini tempatnya? Kita dapat maklumat inilah tempatnya. Baik kamu dengar dan ikut apa kita cakap. Kalau tidak apa-apa boleh jadi pada Rohaniza dan kamu boleh dituduh!“
  • Dia keliru dengan ugutan itu dan mereka menengkingnya. Mereka suruh tunjuk tapi dia tidak tunjuk.
  • Tidak lama kemudian, sebuah lagi Pajero yang membawa Sirul tiba di situ. Dia pula dibawa semula ke kenderaan dan tidak dibenarkan melihat apa yang mereka buat.
  • Azilah menjelaskan bahawa dia tidak ada memberitahu Koh atau Zainuddin bahawa kawasan belukar itu adalah tempat wanita Mongolia itu ditembak dan diletupkan.
  • Sewaktu dalam perjalanan balik, Koh menerima atau membuat panggilan telefon dan beliau bertanyakan kepada Zainuddin sama ada mahu masukkan nama beliau (Zainuddin) ke dalam laporan jumpa tempat kejadian. Azilah lihat mereka berbisik.
  • Menjawab soalan balas Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Azilah yang berwajah serius itu berkata dia mengenali Sirul Azhar sejak 2003 di Unit Tindakan Khas (UTK).
  • Dia mengakui bahawa Rohaniza Roslan adalah kekasihnya yang dikenali sejak 1998 hingga kini.
  • TUN MAJID: Kamu baik dengan Rohaniza Roslan?
  • AZILAH: Sebagai kawan.
  • TUN MAJID: Kawan biasa atau kekasih?
  • AZILAH: “Kira awek (kekasih) lah.”
  • TUN MAJID: Mengapa kamu fikir Zainuddin berkata “Jika tidak, apa-apa boleh terjadi kepada Rohaniza dan kamu boleh dituduh”. Adakah Rohaniza terbabit sama?
  • AZILAH: Tidak.
  • TUN MAJID: Terbabit dengan apa?
  • AZILAH: Dia tidak ada apa-apa.

Keterangan Pada Khamis, 12 Jun 2008

  • Azilah mendakwa dia diugut dan diancam akan dipukul selain ditengking ketika disoal siasat DSP Zainudin Abdul Samad.
  • Azilah mendakwa, dia yang ketika itu dalam keadaan keliru, tidak tahu langsung mengapakah polis membawanya ke lokasi tersebut (kawasan belukar di atas bukit antara Puncak Alam dengan Puncak Perdana).
  • Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dalam pemeriksaan balas sama ada Azilah melihat kesan pokok terbakar atau tulang-tulang berserakan ketika berada di situ, tertuduh berkata: ‘‘Tidak nampak.’’
  • Pada hari Rabu(11 Jun) Azilah memberitahu bahawa DSP Zainudin pernah mengatakan kepadanya, jika dia enggan bekerjasama, apa-apa pun boleh terjadi kepada Aniza ((Lans Koperal Rohaniza Roslan) dan dia sendiri (Azilah) boleh dituduh.
  • Tetapi selepas beberapa soalan susulan mengenainya diajukan, Azilah tiba-tiba menyebut Rohaniza tidak terlibat.
  • Mendengarkan kenyataan tersebut, Tun Abdul Majid bertanya mengapakah Azilah mengatakan Rohaniza tidak terlibat.
  • Azilah memberitahu, sebenarnya dia hairan mengapa DSP Zainudin mengaitkan nama Rohaniza sedangkan teman wanitanya ketika itu tidak dibawa ke tempat kejadian.
  • Tun Abdul Majid bertanya, adakah hanya disebabkan itu membuatkan tertuduh merasa hairan, Azilah dengan ringkas mengiyakan.

Tun Abdul Majid: “Jadi apa pula kena mengena dengan kamu boleh dituduh?" Azilah yang bertugas dengan Unit Selam Tempur di Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman menjawab: “Saya tidak tahu.”

  • Tun Abdul Majid sambil tergelak kecil berkata, beliau sendiri pun sebenarnya tidak tahu tetapi, tidakkah Azilah bertanyakan perkara itu kepada DSP Zainuddin.
  • Azilah mendakwa, tidak bertanya DSP Zainuddin kerana keliru apatah lagi dia tidak tahu apakah tempat tersebut.

Kredibiliti Sirul Azhar

sunting

Seksyen 27 Akta Keterangan berkaitan kredibiliti keterangan saksi. Pegawai atasan Koperal Sirul Azhar Umar bukan Cif Inspektor Azilah Hadri tetapi sebagai polis yang berpangkat pegawai, Azilah boleh memberikan arahan kepada Sirul walaupun dia bukan pegawai (ketua) terdekat kepada Sirul dan Sirul pula wajib patuhi segala arahan tanpa sebarang persoalan..

Pembebasan

sunting

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya. Tiga anggot panel hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.

Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka. Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan. Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert. Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara III, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar. Menurut Hakim Tengku Maimun:

  • mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.
  • Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini.
  • Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu. Ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan.
  • Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.
  • Amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh.
  • Mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa.
  • Hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
  • Hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.
  • Mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen 27.
  • Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan sebarang kaitan antara selipar dengan kesan darah Altantuya yang ditemui dalam jip Sirul Azhar, dengan beliau (Sirul Azhar).
  • Pihak pendakwa tidak menutup jurang dalam kesnya dalam isu itu.
  • Serupa juga dengan katrij yang ditemui dalam kereta Sirul Azhar yang merupakan tertuduh kedua, mahkamah mendapati wujud jurang dalam kes pendakwa di mana hakim perbicaraan gagal memberikan perhatian.
  • Akhir sekali, mahkamah memutuskan kegagalan pihak pendakwa memanggil atau menawarkan pemeriksaan balas ke atas DSP Musa Safri yang ketika itu pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin mencetuskan inferens berbeza di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, terhadap pihak pendakwa.
  • "Ingin dinyatakan, dengan tidak memanggil DSP Musa, mengenai fakta kes ini, sedangkan keterangan DSP Musa amat penting untuk mendedahkan naratif bahawa kes pendakwa berdasarkan apa,"

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.[26]

Penutupan kes

sunting

Pada 13 Januari 2015, kes ini ditamatkan dengan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; kerana didapati bersalah terhadap pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.[27]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "PI points finger at Malaysia No. 2 leader in new twist to Mongolian's murder". International Herald Tribune. 3 July 2008. Dicapai pada 3 July 2008.
  2. ^ "Policemen to die in Malaysian case". BBC News. 9 April 2009. Dicapai pada 9 April 2009.
  3. ^ Tariq, Qishin. "Altantuya murder: Court of Appeal frees cops - Nation - The Star Online".
  4. ^ "Federal Court overturns acquittal of two policemen for murder of Altantuya".
  5. ^ "IGP says waiting for Australia's reply on Sirul's extradition". 16 January 2015.
  6. ^ Pendedahan mengejutkan dari Azilah - ‘Najib arah saya bunuh Altantuya'
  7. ^ "Prosecution closes its case on Altantuya murder trial". New Sabah Times. 24 June 2008. Dicapai pada 24 June 2008.
  8. ^ "Malaysian justice put on trial". Asia Times. 12 July 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-30. Dicapai pada 12 July 2007.
  9. ^ "Altantuya married twice, had two kids". TheStar. 15 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2007. Dicapai pada 15 November 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Chua, Eddie (16 November 2006). "Altantuya was never a fashion model but was aspiring to be, says mum". The Star, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2007. Dicapai pada 25 September 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "PP v. Azilah Hadri & Ors" (PDF). Malaysian Law Review. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-07-25. Dicapai pada 15 March 2013.
  12. ^ "Acquittal in Malaysia murder saga". BBC News. 31 October 2008. Dicapai pada 19 May 2010.
  13. ^ John Berthelsen (5 December 2007). "Who was Altantuya Shaariibuu?". Asia Sentinel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-03. Dicapai pada 5 December 2007.
  14. ^ "The Altantuya Shaaribuu Case: How and why she was killed". The Nation. 13 March 2009. Dicapai pada 14 January 2010.
  15. ^ "Photos of Altantuya in Paris add to mystery". Free Malaysia Today. 26 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-22. Dicapai pada 23 February 2013.
  16. ^ "Yes, PM, Let's really send Altantuya's murderers to hell, shall we?". Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-30. Dicapai pada 2018-02-18.
  17. ^ Bunuh Altantuya: Najib Tidak Terlibat
  18. ^ Raja Petra lied again and amazingly some people believe it Diarkibkan 7 September 2013 di Wayback Machine
  19. ^ "Some seriously troubling questions in Malaysia". Malaysia Sentinel. 3 July 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-14. Dicapai pada 3 July 2007.
  20. ^ "Picture causes ruckus in court". TheStar Online. 30 Jun 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 31 Januari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ "Karpal Wants Najib To Testify In Altantuya Murder Trial". Bernama. 21 July 2008. Dicapai pada 21 July 2008.
  22. ^ "Notice filed to summon Najib to Altantuya trial". The Edge Daily. TheEdge Daily. 22 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2008. Dicapai pada 22 July 2008.
  23. ^ "Malaysian High Court rejects move to summon DPM Najib to testify in court". Channel NewsAsia. 24 July 2008. Dicapai pada 24 July 2008.
  24. ^ "Opposition Lawyer Loses Bid To Summon Malaysia's Deputy Leader As Murder Trial Witness". Sin Chew. SinChew. 23 July 2008. Dicapai pada 23 July 2008.
  25. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm
  26. ^ Hafiz Yatim (23 Ogos 2013). "Mahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya". Malaysiakini. Dicapai pada 24 Ogos 2013.
  27. ^ "Kes Altantuya: Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul". Berita Harian. 13 Januari 2015. Dicapai pada 14 Januari 2015.

Pautan luar

sunting