Jabatan Peguam Negara Malaysia
agensi kerajaan di Malaysia
(Dilencongkan daripada Jabatan Peguam Negara)
Jabatan Peguam Negara (Tulisan Jawi: جابتن ڤڬوام نڬارا) adalah agensi kerajaan yang dipimpin oleh Peguam Negara, bertanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan, mengendalikan pendakwaan jenayah, menyediakan draf undang-undang, dan mengurus kes-kes sivil di mana kerajaan terlibat.
جابتن ڤڬوام نڬارا | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 1946 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No. 45, Persiaran Perdana, Precint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya |
Kakitangan | 1,827 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 148,892,100 (2018) |
Eksekutif kerajaan | |
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Laman sesawang | www |
Objektif Jabatan Peguam Negara Malaysia
suntingMemberi perkhidmatan dan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.
Fungsi Jabatan Peguam Negara Malaysia
sunting- Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
- Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
- Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
- Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
- Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang.
Peranan dan tanggungjawab
suntingPeguam Negara Malaysia ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia. Peranan dan tanggungjawab beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan:
- Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri Malaysia, melantik seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan .
- Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
- Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
- Undang-undang persekutuan boleh memberi Peguam Negara kuasa untuk menentukan mahkamah yang di dalamnya atau tempat apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa untuk memulakannya di bawah Fasal(3) itu hendaklah dimulakan atau mahkamah yang kepadanya prosiding itu hendaklah dipindahkan.
- Pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu.
- Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
- Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.