Kerajaan Am
Kerajaan Am (General Government) (Jerman: Generalgouvernement , Poland: Generalne Gubernatorstwo , Bahasa Ukraine: Генеральна губернія), juga dirujuk sebagai Wilayah Gabenor Jeneral (General Governorate), adalah zon pendudukan Jerman yang ditubuhkan selepas pencerobohan bersama Poland oleh Jerman Nazi dan Kesatuan Soviet pada tahun 1939 di awal Perang Dunia II. Republik Poland Kedua yang baru diduduki ini telah dipecah kepada tiga zon: Kerajaan Am di bahagian tengah, kawasan Poland yang diilhak oleh Jerman Nazi di bahagian barat, dan kawasan Poland yang diilhak oleh Soviet Union di bahagian timur. Wilayah ini diperbesarkan lagi pada tahun 1941 dengan kemasukkan Daerah Galicia yang baru.[2]
Kerajaan Am | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1939–1945 | |||||||||||
| |||||||||||
Status | Komponen pentadbiran berautonomi Jerman[1] | ||||||||||
Ibu negara | Litzmannstadt (12 Okt – 4 Nov 1939) Krakau (4 Nov 1939 – 1945) | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman (rasmi) Poland Ukraine Yiddish | ||||||||||
Kerajaan | Pentadbiran awam | ||||||||||
Gabenor Jeneral | |||||||||||
• 1939–1945 | Hans Frank | ||||||||||
Setiausaha Negara | |||||||||||
• 1939–1941 | Arthur Seyss-Inquart | ||||||||||
• 1941–1945 | Josef Bühler | ||||||||||
Era Sejarah | Pendudukan Poland dalam Perang Dunia II | ||||||||||
12 Oktober 1939 | |||||||||||
2 Februari 1945 | |||||||||||
Keluasan | |||||||||||
1939 | 95,000 km2 (37,000 bt2) | ||||||||||
1941 | 142,000 km2 (55,000 bt2) | ||||||||||
Populasi | |||||||||||
• 1941 | 12000000 | ||||||||||
Mata wang | złoty Reichsmark | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Poland Slovakia Ukraine |
Asas pembentukan Kerajaan Am merupakan tuntutan Jerman-Soviet terhadap keruntuhan menyeluruh negara Poland, diumumkan oleh Adolf Hitler pada 8 Oktober 1939 melalui apa yang disebut Dekri Pengilhakan ke atas Pentadbiran Wilayah Taklukan Poland. Rasional ini digunakan oleh Mahkamah Agung Jerman untuk menukar identiti semua warganegara Poland kepada rakyat tanpa negara, dengan pengecualian etnik Jerman di zaman antara perang Poland, menamakan hanya warganegara yang sah dari Reich Ketiga dengan membelakangkan undang-undang antarabangsa.[2]
Kerajaan Am diuruskan oleh Jerman Nazi sebagai sebuah unit pentadbiran berasingan untuk tujuan logistik. Apabila Wehrmacht menyerang kedudukan Soviet di Kresy pada Jun 1941 semasa kejayaan awal Operasi Barbarossa, kawasan Kerajaan Am telah diperbesarkan dengan kemasukan wilayah-wilayah Poland yang diduduki oleh Tentera Merah sejak tahun 1939.[3] Dalam beberapa hari, Galicia Barat telah ditakluki dan dinamakan semula Distrikt Galizien. Sehingga tahun 1945 Kerajaan Am merangkumi seluruh bahagian tengah, selatan, dan tenggara Poland diantara sempadan sebelum perang (dan Ukraine Barat moden), termasuk bandar-bandar utama Poland iaitu Warsaw, Kraków, Lwów (sekarang Lviv, dinamakan semula Lemberg), Lublin (lihat Tanah rizab Lublin), Tarnopol (lihat sejarah Ghetto Tarnopol), Stanisławów (sekarang Ivano-Frankivsk, dinamakan semula Stanislau; lihat Ghetto Stanisławów), Drohobycz, dan Sambor (lihat Drohobycz dan Ghetto Sambor) dan lain-lain. Lokasi geografi telah dinamakan semula dalam bahasa Jerman.[2]
Pentadbiran Kerajaan Am diisi sepenuhnya oleh para pegawai Jerman dengan tujuan bahawa kawasan itu akan dijajah oleh peneroka-peneroka berbangsa Jerman yang akan mengurangkan penduduk tempatan ke tahap hamba sebelum pengusiran dan pemusnahan akhir mereka. Para penguasa Jerman Nazi dari Generalgouvernement tidak mempunyai niat untuk berkongsi kuasa dengan penduduk tempatan disepanjang peperangan, tanpa mengira etnik dan orientasi politik mereka. Pihak berkuasa jarang menyebut nama "Poland" dalam hal surat-menyurat. Satu-satunya pengecualian untuk ini ialah Bank Percetakan di Poland (bahasa Poland: Bank Emisyjny w Polsce Kerajaan Am, bahasa Jerman: Emissionbank in Polen ).[4][5]
Lihat juga
suntingNota
sunting- a. ↑ The RKF (also RKFDV) stands for the Reichskommissar für die Festigung des deutschen Volkstums, or the Reich Commissioner for the Consolidation of German Nationhood, an office in Nazi Germany held by Reichsführer-SS Heinrich Himmler. Meanwhile, the HTO stands for Haupttreuhandstelle Ost, or the Main Trustee Office for the East, a Nazi German predatory institution responsible for liquidating Polish and Jewish businesses across occupied Poland; and selling them off for profit mainly to the SS, or the German Volksdeutsche and war-profiteers if interested. The HTO was created and headed by Nazi potentate Reichsmarschall Hermann Göring.[6]
Petikan
sunting- ^ Diemut 2003, page 268.
- ^ a b c Diemut Majer (2003). "Non-Germans" Under the Third Reich: The Nazi Judicial and Administrative System in Germany and Occupied Eastern Europe with Special Regard to Occupied Poland, 1939–1945. With contribution from the United States Holocaust Memorial Museum. JHU Press. m/s. 236–246. ISBN 0801864933.
- ^ Piotr Eberhardt, Jan Owsinski (2003). Ethnic Groups and Population Changes in Twentieth-century Central-Eastern Europe: History, Data, Analysis. M.E. Sharpe. m/s. 216. ISBN 9780765606655.
- ^ Keith Bullivant, Geoffrey J. Giles, Walter Pape (1999). Germany and Eastern Europe: Cultural Identities and Cultural Differences. Rodopi. m/s. 32.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ Adam D. Rotfeld, Anatolij W. Torkunow (2010). White spots–black spots: difficult issues in Polish–Russian relations 1918–2008 [Białe plamy–czarne plamy: sprawy trudne w polsko-rosyjskich stosunkach 1918–2008] (dalam bahasa Poland). Polsko-Rosyjska Grupa do Spraw Trudnych, Polski Instytut Spraw Międzynarodowych. m/s. 378.CS1 maint: uses authors parameter (link).
- ^ Mirosław Sikora (16 September 2009), “Aktion Saybusch” na Żywiecczyźnie. Regional branch of the Institute of National Remembrance IPN Katowice. Reprint. Retrieved 24 August 2015.
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kerajaan Am |
- Kochanski, Halik. The Eagle Unbowed: Poland and the Poles in the Second World War (2012)
- Generalgouvernement on the Yad Vashem website
- Testimony of Frank at Nuremberg, examined by his defense attorney, Dr. Alfred Seidl, 4/18/1946.
- General Government NAZI occupied Poland, the CIH World War II Pages. Retrieved 24 August 2015.
- Collections of civilian testimonies from Nazi-occupied Poland in testimony database "Chronicles of Terror"
Templat:Nazi Gaue Templat:German administrative territories Templat:Holocaust Poland