Kepulauan Cocos (Keeling)
Wilayah Kepulauan Cocos (Keeling) (juga dipanggil sebagai Kepulauan Cocos dan Kepulauan Keeling) merupakan sebuah teritori kepulauan yang merupakan sebahagian daripada wilayah Australia. Kepulauan ini terletak berdekatan dengan negara Indonesia di Lautan Hindi. Ia terdiri daripada dua buah atol dan 27 buah pulau batu karang.
Wilayah Kepulauan Cocos (Keeling) (ولايه کڤولاوان کوکوس (کيليڠ | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Ibu negara | Pulau Panjang | ||||
Kampung | Bantam (Pulau Selma) | ||||
Bahasa | |||||
Demonim | Orang Pulau Cocos | ||||
Kerajaan | Raja berpelembagaan persekutuan | ||||
• Ratu | Elizabeth II | ||||
Jon Stanhope | |||||
Mohammad Said Chongkin | |||||
Wilayah Australia | |||||
• Diilhakkan oleh Empayar British | 1857 | ||||
• Dipindahkan ke kerajaan Australia | 1955 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 14 km2 (5.4 bt2) | ||||
0 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2009 | 596[1] | ||||
Mata wang | Dolar Australia ( AUD ) | ||||
Zon waktu | () | ||||
Kod panggilan | 61 891 | ||||
Kod ISO 3166 | CC | ||||
DPT internet | .cc |
Sejarah
suntingGeografi
suntingKepulauan Cocos (Keeling) mengandungi dua dataran batu karang yang rendah dengan lebarnya 14.2 kilometer persegi (5.4 batu persegi), 2.6 kilometer (1.6 batu persegi) di pinggir laut suatu ketinggian tertinggi lima meter (16 kaki) dan diliputi dengan pokok kelapa dan tumbuhan lain. Cuacanya yang nyaman dan mengalami tukaran angin tenggara dalam sembilan bulan setahun serta dengan hujun yang sederhana. Siklon mungkin juga muncul pada awal bulan setiap tahun.
Pulau Keeling Utara
suntingPulau Keeling Utara merupakan atol yang terdiri daripada sebuah pulau berbentuk C iaitu sebuah bulatan atol berhampiran dengan suatu pembukaan kecil ke dalam lagun kira-kiranya 50 meter (165 kaki) lebar di sebelah timur. Pulau ini berukuran 1.1 kilometer persegi (272 ekar) pada kawasan tanah dan pulau ini tidak berpenghuni. Lagunnya mempunyai keluasan kira-kira 0.5 kilometer persegi (124 ekar).
Kepulauan Keeling Selatan
suntingPulau Keeling Selatan merupakan atol yang terdiri daripada 26 pulau kecil dimana atol itu membentuk seolah-olah sebuah bulatan atol yang tidak lengkap dengan keluasan kawasan tanah 13.1 kilometer persegi (5.1 batu persegi). Di kepulauan ini, hanya Pulau Selma (Home Island) dan Pulau Panjang (West Island) diduduki. Penduduk Melayu Cocos masih menetap dan tinggal di pondok terutama di pantai lagun Pulau Atas (South Island) dan di beberapa pulau kecil yang lain.
No. | Pulau (Nama Melayu) | Nama Inggeris | Kawasan (km²) |
---|---|---|---|
1 | Pulau Luar | Horsburgh Island | 1.04 |
2 | Pulau Tikus | Direction Island | 0.34 |
3 | Pulau Pasir | Workhouse Island | 0.00 |
4 | Pulau Beras | Prison Island | 0.02 |
5 | Pulau Gangsa | Woeplace Islets | <0.01 |
6 | Pulau Selma | Home Island | 0.95 |
7 | Pulau Ampang Kechil | Scaevola Islet | <0.01 |
8 | Pulau Ampang | Canui Island | 0.06 |
9 | Pulau Wa-idas | Ampang Minor | 0.02 |
10 | Pulau Blekok | Goldwater Island | 0.03 |
11 | Pulau Kembang | Thorn Island | 0.04 |
12 | Pulau Cheplok | Gooseberry Island | <0.01 |
13 | Pulau Pandan | Misery Island | 0.24 |
14 | Pulau Siput | Goat Island | 0.10 |
15 | Pulau Jambatan | Middle Mission Isle | <0.01 |
16 | Pulau Labu | South Goat Island | 0.04 |
17 | Pulau Atas | South Island | 3.63 |
18 | Pulau Kelapa Satu | North Goat Island | 0.02 |
19 | Pulau Blan | East Cay | 0.03 |
20 | Pulau Blan Madar | Burial Island | 0.03 |
21 | Pulau Maria | West Cay | 0.01 |
22 | Pulau Kambling | Keelingham Horn Island | <0.01 |
23 | Pulau Panjang | West Island | 6.23 |
24 | Pulau Wak Bangka | Turtle Island | 0.22 |
Jumlah keluasan | 13.1 |
Kepulauan Cocos (Keeling) tidak mempunyai sungai atau tasik. Ini menyebabkan sumber air tawar hanya boleh didapati daripada tadahan air hujan dan air bawah tanah. Kepulauan ini juga bertentangan dengan Pulau Cocos di Costa Rica jika dilihat melalui glob.
Demografi
suntingSetakat tahun 2004, terdapat 629 orang penduduk di Kepulauan Cocos (Keeling).[2] Penduduknya tinggal di dua buah pulau utama yang dipisahkan melalui jurang bangsa iaitu masyarakat Eropah di Pulau Panjang (ang. populasi 120 orang) dan masyarakat Melayu di Pulau Selma (ang. populasi 500). Bahasa Melayu dialek Cocos dan Bahasa Inggeris adalah bahasa utama di kepulauan itu dan 80 peratus penduduknya beragama Islam yang mengikut fahaman Ahli Sunah Waljamaah (Sunni Islam).
Kerajaan
suntingIbu negeri Kepulauan Cocos (Keeling) adalah Pulau Panjang manakala petempatan penduduk terbesar adalah kampung Bantam (Pulau Selma). Pemerintahan kepulauan ini berasaskan kepada Akta Pulau Cocos (Keeling) 1955 dan ia bergantung kepada undang-undang Australia. Kepulauan ini ditadbirkan dari Canberra oleh Jabatan Peguam Negara[3] (sebelum 29 November 2007, pentadbiran dijalankan di bawah Jabatan Infrastruktur dan Pengangkutan), melalui pentadbir bukan pemastautin yang dilantik Gabenor Jeneral.[4] Pentadbir terkini adalah Neil Lucas, yang telah dilantik pada 30 Januari 2006 dan beliau juga merupakan Pentadbir bagi Pulau Krismas. Kedua-dua Wilayah ini adalah sebahagian daripada Wilayah Luar Negeri Australia.
Majlis Wilayah Kepulauan Cocos (Keeling) terdiri daripada dengan tujuh buah kerusi. Tempoh penuh bagi memegang kerusi di majlis itu ialah selama empat tahun, walaupun pilihan raya diadakan setiap dua tahun dan dianggarkan beberapa orang ahli bersara pada setiap dua tahun itu. Penduduk Kepulauan Cocos (Keeling) kebiasaanya mengundi bagi kawasan parlimen Lingiari bersama-sama dengan penduduk Pulau Krismas dan pendalaman Wilayah Utara.
Kepulauan ini juga mempunyai angkatan polisnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, aspek pertahanan di kepulauan itu masih dibawah tanggungjawab kerajaan Australia.[2]
Ekonomi
suntingEkonomi utama Kepulauan Cocos (Keeling) ialah pertanian. Tanaman kopra dan kelapa segar merupakan sumber eksport utama di situ. Aktiviti perikanan juga dijalankan dan ia merupakan sumber makanan utama penduduknya. Kebanyakkan makanan dan keperluan lain diimport dari tanah besar Australia. Industri pelancongan juga dijalankan secara kecil-kecilan dan ia kian berkembang. Kadar pengangguran di kepulauan ini adalah rendah iaitu kira-kira 11.3% pada tahun 2006.[5]
Pengangkutan
suntingTerdapat sebuah lapangan terbang berturap di Kepulauan Cocos (Keeling) iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kepulauan Cocos (Keeling). Syarikat penerbangan Virgin Australia menyediakan perkhidmatan jet dari Perth, Australia Barat ke kepulauan ini. Sebuah lagun telah dijadikan sebagai tempat berlabuh bagi kapal terbang.
Budaya
suntingMedia dan komunikasi
suntingKepulauan ini berhubung melalui sistem telekomunikasi Australia dengan rangkaian nombor +61 8 9162 xxxx dan sistem pos (poskod: 6799). Di kepulauan ini disediakan juga telefon awam di Pulau Panjang dan Pulau Selma serta rangkaian telefon bimbit GSM.
Internet domain peringkat tinggi bagi kepulauan ini adalah .cc.
Galeri
sunting-
Peta Kepulauan Cocos (Keeling) pada tahun 1889.
-
Bendera Kepulauan Cocos (Keeling).
-
Kepulauan Cocos Selatan
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Cocos (Keeling) Islands Diarkibkan 2019-01-10 di Wayback Machine, The World Factbook, CIA. Dicapai pada 14 April 2009.
- ^ a b "CIA World Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-10. Dicapai pada 2009-04-14.
- ^ First Assistant Secretary, Territories Division (30 Januari 2008). "Territories of Australia". Attorney-General's Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-06. Dicapai pada 7 Februari 2008.
The Federal Government, through the Attorney-General's Department administers Ashmore and Cartier Islands, Christmas Island, the Cocos (Keeling) Islands, the Coral Sea Islands, Jervis Bay, and Norfolk Island as Territories.
- ^ Department of Infrastructure, Transport, Regional Development and Local Government. "Territories of Australia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-16. Dicapai pada 7 Februari 2008.
As part of the Machinery of Government Changes following the Federal Election on 29 November 2007, administrative responsibility for Territories has been transferred to the Attorney General's Department.
CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ 2006 Census, Australian Bureau of Statistics
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kepulauan Cocos (Keeling) |
- Buletin Penyelidikan Atol Jilid 403 - botany.hawaii.edu
- Laman sesawang pelancongan Kepulauan Cocos (Keeling) - cocos-tourism.cc
- Kemasukan Kepulauan Cocos (Keeling) Diarkibkan 2007-04-11 di Wayback Machine di Buku Fakta Dunia CIA - cia.gov
- Laman web wilayah: Kepulauan Cocos (Keeling) - shire.cc
- Pemberotakan di Kepulauan Cocos Diarkibkan 2001-09-11 di Wayback Machine - awm.gov.au
- Sejarah Kepulauan Cocos (Keeling) - historyofnations.net
- Keluasan pulau-pulau kecil