Kepenggunaan
Kepenggunaan atau konsumerisme (bahasa Inggeris: consumerism) ialah penyamaan kebahagiaan peribadi dengan pembelian barang kebendaan serta penggunaannya. Istilah itu seringnya dikaitkan dengan kritikan tentang penggunaan, dengan perkembangan ini dimulakan oleh Karl Marx dan Thorstein Veblen.
Kelas menengah yang baru muncul pada peralihan abad ke-20, tajuk penyelidikan Veblen, tercapai menjelang akhir abad ke-20 menerusi proses globalisasi. [1]
Dalam bidang ekonomi, kepenggunaan merujuk kepada dasar ekonomi yang menekankan penggunaan. Dari segi mujarad, ia merupakan kepercayaan bahawa pilihan bebas pengguna harus menentukan struktur ekonomi sesebuah masyarakat (berbeza dengan Produserisme (kepenggeluaran), khususnya dari segi istilah British).
Sejarah
suntingKepenggunaan seringnya berkait dengan dunia Barat, tetapi sebenarnya bersifat berbilang budaya dan tidak bergantung kepada kawasan geografi. Orang yang membeli dan menggunakan barang yang melebihi keperluan asasnya adalah sesuatu perkara yang wujud sejak tamadun pertama (sila lihat Mesir Kuno, Babylon, dan Rom Kuno, misalnya). Sejak permulaan kepenggunaan, berbagai individu dan kumpulan telah sengaja mencari-cari gaya kehidupan yang alternatif menerusi kehidupan sederhana.
Penggunaan lagak, istilah dan konsep yang lebih lama, berasal pada peralihan abad ke-20 dalam karya ahli sosiologi dan ahli ekonomi, Thorstein Veblen. Istilah itu memerihalkan jenis kelakuan ekonomi yang tidak rasional dan membingungkan. Cadangan Veblen yang pedas bahawa penggunaan yang sia-sia merupakan sejenis bentuk pameran kekayaan telah dijadikan pemerhatian lucu yang samar-samar seperti yang berikut:
- "Adalah lebih benar tentang pakaian berbanding dengan kebanyakan barang penggunaan yang lain bahawa manusia sudi mengalami kekurangan keperluan hidup yang lain supaya mampu membeli apa yang dianggap mereka sebagai jumlah penggunaan sia-sia yang memuaskan; oleh itu, tidaklah jarang kejadiannya bahawa dalam keadaan iklim yang buruk, orang akan memakai pakaian yang terlalu mendedahkan supaya kelihatan berpakaian anggun." (The Theory of the Lesiure Class (Teori Kelas Mewah), 1899).
Istilah "penggunaan lagak" tersebar untuk memerihalkan kepenggunaan di Amerika Syarikat pada dekad 1960-an, tetapi tidak lama kemudian dikaitkan dengan perdebatan tentang teori media, penyesakan budaya, dan ekorannya, produktivisme.
Sedangkan kepenggunaan bukannya fenomena yang baru, ia tersebar luas pada sepanjang abad ke-20, khususnya pada dekad-dekad kebelakangan ini. Pengaruh kapitalisme neoliberal telah menyebabkan warganegara di negara-negara kapitalis menjadi terlalu kaya, berbanding dengan mereka yang hidup di bawah sistem-sistem ekonomi yang lain.
Rujukan
sunting- ^ Veblen, Thorstein (1899): The Theory of the Leisure Class: an economic study of institutions, Dover Publications, Mineola, N.Y., 1994, ISBN 0-486-28062-4. (boleh juga didapati di eteks Projek Gutenberg)
Puatan luar
sunting- : Consumed with consumption interview with Benjamin Barber, author of Consumed Diarkibkan 2007-05-27 di Wayback Machine
- "Consumerism in China" by British Photojournalist Sean Gallagher
- AdBusters, anti-consumerism magazine
- The Disaffected Individual by Bernard Stiegler
- Fifty Possible Ways to Challenge Over-Commercialism by Albert J. Fritsch, SJ, PhD
- Spiritual Materialism and the Sacraments of Consumerism: A View from Thailand Diarkibkan 2006-10-04 di Wayback Machine
- The Religion of Consumerism Diarkibkan 2007-02-09 di Wayback Machine (First Unitarian Church of Rochester sermon)
- The New Anti-Consumerism
- For teachers:Introductory lecture notes on consumerism available
- Baudrillard; Consumerism, simulacro y régimen de mortandad en el Sistema de los objetos by Adolfo Vasquez Rocca PhD | in Eikasia