Kenderaan tempur ekspedisi
Kenderaan tempur ekspedisi atau Expeditionary Fighting Vehicle (EFV) adalah kenderaan amfibia terkini Kor Marin Amerika Syarikat. Ia dirancang akan sedia untuk diatur gerak pada tahun 2015.[1] EFV telah dinamakan semula daripada Kenderaan Serbuan Amfibia Termaju atau Advanced Amphibious Assault Vehicle pada akhir tahun 2003. Oleh sebab kenaikan kos seunit, Kor Marin A.S telah mengurangkan jumlah perolehan daripada 1,013 buah kepada 573 buah AAAV sehingga tahun 2015.[2]
Kenderaan Tempur Ekspedisi Kenderaan Serbuan Amfibia Termaju | |
---|---|
Jenis | Kenderaan serbuan amfibia |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 2015 (dirancang).[1] |
Digunakan oleh | Kor Marin Amerika Syarikat |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | General Dynamics |
Aneka | EFVP EFVC |
Spesifikasi | |
Berat | 34,473 kg. (38 tan) |
Panjang | 10.67 m (35 kk) |
laras | 9.33 m (30.6 kk) |
Lebar | 3.66 m (12 kk) |
Tinggi | 3.28 m (10.7 kk) (bumbung turet) |
Krew | 3+17 |
Armor | seramik/komposit |
Senjata pertama | 1 x meriam 30 mm/40 mm MK44 |
Senjata kedua | 1 x mesingan 7.62 mm |
Enjin | enjin diesel MTU MT 883 Ka-523 2,702 hp (air), 850 hp (darat) |
Kuasa/berat | 34.48 bhp/tan |
Jarak operasi | darat: 523 km (325 batu) air: 120 km (74 batu) |
Kelajuan | jalan: 72.41 km/j (45 bsj) air: 46 km/h (28.6 bsj) (air) |
Kenderaan ini merupakan sejenis pengangkut anggota berperisai amfibia; dilancarkan di laut, daripada sebuah kapal penyerang amfibia melangkaui kaki langit, boleh mengangkut skuad raifal Marin lengkap ke pantai. Ia akan dikendalikan merentasi jalan desa dengan lincah dan pergerakkanna menyamai atau lebih baik berbanding M1 Abrams.
EFV telah direka untuk mengantikan kenderaan serbuan amfibia (AAV) usang yang digunakan sejak tahun 1972[3], dan keutamaan nombor satu Kor Marin adalah memperoleh sistem senjata darat. Kelajuannya di dalam air adalah tiga kali lebih laju dan perisai dua kali lebih tebal berbanding AAV, selain kuasa tembak yang lebih baik.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b U.S. Marine EFV Delivery Delayed to 2015 and Costs Double - defensenews.com[pautan mati kekal]
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRS22947
- ^ "EFV Marine Corps amphibious assault vehicle replacement details - Army Technology".
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kenderaan tempur ekspedisi. |