Kempen kepresidenan Ganjar Pranowo 2024

Kempen pilihan raya untuk presiden Indonesia 2024 bagi calon ketiga iaitu Ganjar Pranowo telah dilancarkan secara rasmi pada April 2023, selepas partinya iaitu Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) telah mengesahkan pencalonannya pada 21 April 2023. Sebelum dicalonkan sebagai calon presiden, Ganjar Pranowo merupakan gabenor Jawa Tengah selama dua penggal. Pada 18 Oktober 2023, parti PDI-P telah mengesahkan bahawa Mahfud MD menjadi calon naib presiden dan akan berpasangan dengan Ganjar Pranowo untuk bertanding dalam pilihan raya.[1]

Ganjar Pranowo sebagai Presiden
Berkempen untukPilihan raya umum presiden Indonesia 2024
CalonGanjar Pranowo
Gabenor Jawa Tengah (2013–2023)
Mahfud MD
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang, dan Keselamatan Indonesia (2019–2024)
GabunganGabungan parti politik yang menyokong Ganjar Pranowo
StatusDidaftarkan:
19 Oktober 2023
Disahkan:
13 November 2023
Ibu pejabatGedung High End, Kebon Sirih, Menteng, Jakarta
Orang pentingCEO:
Arsjad Rasjid
Setiausaha:
Hasto Kristiyanto
SloganGerak Cepat, Indonesia Raya, Indonesia Unggul, Indonesia Lebih Baik!
Laman webganjarmahfud03.id

Latar belakang

sunting

Ganjar Pranowo telah terpilih sebagai gabenor Jawa Tengah, iaitu salah satu provinsi yang terdapat di Indonesia pada tahun 2013. Selepas dipiluh menjabat jawatan gabenor selama dua penggal, kebolehan pencalonan Ganjar sebagai Presiden Indonesia diapungkan dengan penyandang semasa, Joko Widodo (atau Jokowi) mencapai dua penggal. Walaupun begitu, ada beberapa pegawai kerajaan yang mencadangkan lanjutan kepada had penggal, namun isu itu digantung.[2] Sejurus selepas pilihan raya umum presiden Indonesia 2019, sebilangan pengundi mula menganggapi bahawa Ganjar merupakan calon yang berpotensi bertanding dalam pilihan raya seterusnya,[3] dan menjelang tahun 2020, Ganjar merupakan calon dengan pengundian tertinggi. Menjelang pertengahan tahun 2022, media Indonesia mula menafsirkan tindakan Jokowi sebagai bentuk sokongan kepada Ganjar.[4]

Garis masa

sunting

Mencalonkan diri dalam parti PDI-P

sunting

Ganjar buat pertama kalinya secara terbuka menyatakan kesediaanya untuk bertanding sebagai calon presiden yag disokong sepenuhnya oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dalam wawancara dengan BeritaSatu pada 18 Oktober 2022.[5] Dalam parti tersebut, Ganjar selalu bersaing untuk mendapatkan pengesahan parti dengan Puan Maharani, selaku Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia dan anak perempuan pemimpin parti tersebut ialah, Megawati Sukarnoputri.[6] Parti Solidariti Indonesia (PSI), merupakan sebuah parti yang tidak diwakili dalam Dewan Perwakilan Rakyat telah mengisytiharkan mereka menyokong terhadap pencalonan Ganjar pada 3 Oktober 2022.[7]

Sokongan parti

sunting

Ganjar secara rasmi telah diisytiharkan sebagai calon dari PDI-P pada 21 April 2023 semasa acara parti yang dihadiri oleh Jokowi, Megawati, dan para elit parti lain.[8] Beberapa hari kemudian, Partai Persatuan Pembangunan (PPP) mengikutinya.[9] Selain itu juga parti yang tidak mempunyai dalam Dewan Perwakilan Rakyat iaitu, Parti Persatuan Indonesia (Perindo) dan Partai Hati Nurani Rakyat (Hanura), juga mengisytiharkan sokongan mereka terhadap pencalonan Ganjar pada Jun dan Ogos 2023, masing-masing.[10][11] Walaupun begitu, Parti Solidarati Indonesia (PSI) telah menarik balik sokongannya untuk Ganjar pada Ogos 2023.[12]

Pencalonan rakan timbalan

sunting

Beberapa ahli politik yang dicalonkan oleh pasukan kempen sebagai rakan timbalan untuk Ganjar, Ia merangkumi lim orang iaitu, Sandiaga Uno selaku Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia—dia juga merupakan rakan timbalan Prabowo Subianto untuk pilihan raya 2019, Mahfud MD selaku Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang, dan Keselamatan Indonesia, Andika Perkasa selaku mantan Panglima Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, Ridwan Kamil selaku mantan Gabenor untuk Jawa Barat (2018–2023) dan Muhammad Zainul Majdi selaku mantan Gabenor untuk Nusa Tenggara Barat (2008–2018).[13] Pada 19 Oktober 2023, telah diumumkan bahawa Mahfud MD layak menjadi rakan timbalan kepada Ganjar seterusnya ke calon naib presiden.[14] Keesokan harinya pasangan itu mendaftar secara rasmi bahawa mereka akan bertanding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum.[15]

Motif kempen

sunting

Sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya presiden Indonesia 2024, PDI-P telah menyokong calon presiden, Ganjar Pranowo dengan memperagakan pakaian serba hitam dan tabik hormat tiga jari sebagai motif kempen dan isyarat tangannya,[16] menggantikan simbol tangan rock n' roll yang ditandatangani oleh Ganjar semasa nombor calon didedahkan kepada awam.[17] Pada 20 November 2023, sebuah video yang dikongsi secara meluas di akaun Twitternya, Ganjar dilihat mengangkat tangannya sambil memberi hormat tiga jari di tengah-tengah kumpulan penyokongnya, dan berpakaian serba hitam.[16][18] Hormat tiga jari itu merujuk kepada itu menandakan "Tiga jari tiga janji: Taat pada Tuhan, patuh pada hukum, dan setia pada rakyat; yang bermaksud "Tiga jari tiga janji: Taat kepada Tuhan, taat kepada undang-undang, dan setia kepada rakyat".[19] Dalam berkempen, Ganjar mengikuti jejak langkah Jokowi dengan meninjau beberapa pasar-pasar tradisional. Ganjar juga menampilkan diri dengan berjoging di beberapa kawasan; salah-satunya di kawasan Jakarta.[20] Dengan memilih joging di waktu itu sebagai kaedah berkempen, Ganjar berpendapat bahawa imejnya bakal diketahui oleh masyarkat setempat.[21]

Parti-parti gabungan

sunting

Sokongan ditarik balik:

Rujukan

sunting
  1. ^ "Resmi, Mahfud MD Bakal Cawapres Ganjar Pranowo". kompas.com (dalam bahasa Indonesia). 18 October 2023. Dicapai pada 2023-10-18.
  2. ^ "Indonesia's ruling party backs Ganjar for 2024 presidency". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 21 April 2023. Dicapai pada 21 April 2023.
  3. ^ "Disebut Jadi Kandidat Capres 2024, Begini Jawaban Ganjar Pranowo". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). 4 July 2019. Dicapai pada 21 April 2023.
  4. ^ Sutrisno, Elvan Dany (25 May 2022). "Gestur Jokowi Dukung Ganjar, Megawati Jadi Kunci". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 21 April 2023.
  5. ^ "Saat PDI-P "Bela" Ganjar yang Nyatakan Siap Maju Capres..." KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). 20 October 2022. Dicapai pada 21 April 2023.
  6. ^ McBeth, John (29 May 2022). "Widodo gives a nod to his preferred successor". Asia Times. Dicapai pada 25 April 2023.
  7. ^ "Deklarasi PSI buat Ganjar Maju Pilpres Dinilai Hanya untuk Cari Perhatian". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). 4 October 2022. Dicapai pada 7 September 2023.
  8. ^ "Resmi, Ganjar Pranowo Capres PDI-P". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). 21 April 2023. Dicapai pada 7 September 2023.
  9. ^ "PPP Resmi Usung Ganjar Pranowo Jadi Capres 2024". CNBC Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 26 April 2023. Dicapai pada 7 September 2023.
  10. ^ "Perindo Resmi Dukung Ganjar Pranowo Capres di Pilpres 2024". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 8 June 2023. Dicapai pada 7 September 2023.
  11. ^ "Partai Hanura Resmi Nyatakan Dukung Ganjar Pranowo di Pilpres 2024". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 28 August 2023. Dicapai pada 7 September 2023.
  12. ^ "Batal Dukung Ganjar, PSI Diprediksi Merapat ke Koalisi Prabowo". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). 24 August 2023. Dicapai pada 7 September 2023.
  13. ^ "Adu Kuat Lima Nama Bacawapres Versi TPN untuk Ganjar di Pilpres 2024". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 18 September 2023. Dicapai pada 18 September 2023.
  14. ^ "Mahfud MD resmi menjadi bakal cawapres pendamping Ganjar Pranowo". BBC News Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 18 October 2023. Dicapai pada 20 October 2023.
  15. ^ "Pilpres 2024: Anies-Muhaimin dan Ganjar-Mahfud MD daftar capres-cawapres ke KPU". BBC News Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 19 October 2023. Dicapai pada 20 October 2023.
  16. ^ a b Trianita, Linda novi (2023-11-24). "Arti Salam 3 Jari Ganjar Pranowo, Mirip Adegan di Film The Hunger Games". Tempo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-30.
  17. ^ Arjanto, Dwi. "Nomor Urut Capres-cawapres Ganjar-Mahfud 3, Begini Muasal Salam 3 Jari Identik Musik Metal". Tempo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-01.
  18. ^ Dzulfaroh, Ahmad Naufal; Pratiwi, Inten Esti (2023-11-21). "Mengenal "Three Finger Salute", Salam Tiga Jari ala The Hunger Games yang Digunakan Ganjar". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-11-30.
  19. ^ Pranowo, Ganjar (20 November 2023). "Tiga jari tiga janji: Taat pada Tuhan, patuh pada hukum, dan setia pada rakyat" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-30 – melalui X (sebelumnya Twitter).
  20. ^ "Jogging di GBK, Ganjar Pranowo Dikerubungi Warga". Kontan (dalam bahasa Indonesia). Jakarta. 30 April 2023. Dicapai pada 30 November 2023.
  21. ^ "Ini Alasan Ganjar Rutin Lari Pagi di Berbagai Kota Usai Jadi Bacapres PDI-P". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Serang. 30 Mei 2023. Dicapai pada 30 November 2023.