Kemelut politik Ecuador 2023
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (Mei 2023) |
Suatu kemelut siasah berlaku di Ecuador sejak 17 Mei 2023 akibat perbicaraan berkenaan pemecatan terhadap Presiden Guillermo Lasso. Siasatan pemecatan itu bermula di Perhimpunan Kebangsaan pada 9 Mei dan berlangsung sehingga 17 Mei apabila Lasso membubarkan parlimen melalui peruntukan perlembagaan yang dikenali sebagai muerte cruzada ("lintas kematian"). Kejadian tersebut menyebabkan siasatan pemecatan ditamatkan kerana ia membubarkan Perhimpunan Kebangsaan dan menyebabkan pilihan raya umum yang lebih awal. Ini merupakan kali pertama presiden Ecuador menggunakan langkah perlembagaan tersebut.[1]
Nama asal | Crisis política en Ecuador de 2023 |
---|---|
Tarikh | 17 Mei 2023–kini |
Tempoh | 1 hari |
Tempat | Ecuador |
Jenis | Kemelut siasah |
Penyebab | Presiden Guillermo Lasso memutuskan muerte cruzada |
Hasil | Pembubaran Perhimpunan Kebangsaan; pilihan raya umum yang lebih awal |
Rujukan
sunting- ^ Gisela Salomon; Garcia Cano (17 Mei 2023). "Ecuador's president dismisses legislature as it tries to oust him, in a move that promises turmoil" (dalam bahasa Inggeris). AP. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2023. Dicapai pada 18 Mei 2023.