Kelayakan Piala Dunia FIFA 2030

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2030 adalah edisi kelayakan yang akan dilangsungkan dari September 2027 hingga Mac 2030. 6 konfederasi mewakili setiap benua memberikan slot untuk ahli mereka iaitu 8 untuk AFC, 9 untuk CAF, 16 untuk UEFA, 4 untuk CONCACAF, 6 untuk CONMEBOL & 1 untuk OFC. Manakala 1 negara dari AFC, CAF, CONMEBOL, OFC & 2 negara dari CONCACAF akan menyertai play-off antara konfederasi. Pemenang akan mendapat slot Piala Dunia FIFA 2030 yang akan berlangsung di 3 negara iaitu Portugal, Sepanyol & Maghribi.

Pasukan-pasukan AFC akan merebut 8.5 slot (8 untuk keseluruhan, 0.5 untuk play-off antara-konfederasi) untuk menampilkan diri di Piala Dunia FIFA 2030. Terdapat 6 pusingan terdapat dalam proses kelayakan ini, pusingan pertama & kedua juga digunakan untuk kelayakan Piala Asia AFC 2031.

Format yang digunakan adalah 20 pasukan kedudukan terakhir di AFC akan bermain di pusingan pertama, dan 10 pemenang pusingan ini layak ke pusingan kedua di mana terdapat 26 pasukan yang mendapat bye di pusingan pertama. Di pusingan kedua, 2 pasukan tertinggi (juara & naib juara) setiap 9 kumpulan kepada 4 pasukan, akan layak ke pusingan ketiga, seterusnya mengisi 18 slot Piala Asia secara automatik. Tempat ketiga dan keempat pula mara ke pusingan ketiga Piala Asia. Di pusingan ketiga, terdapat 6 slot untuk Piala Dunia FIFA (iaitu pusingan ketiga dibahagikan kepada 3 kumpulan) untuk juara & naib juara setiap kumpulan. Manakala tempat ketiga & keempat akan layak di pusingan keempat yang akan terbahagi menjadi 2 kumpulan, setiap kumpulan ada tiga pasukan. Di pusingan keempat, juara setiap kumpulan akan mengisi 2 lagi slot Piala Dunia FIFA 2030 untuk pasukan-pasukan ahli AFC, manakala naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan kelima. Di pusingan kelima, akan ada 2 pasukan yang menjadi naib juara pada setiap kumpulan. Pemenang pusingan kelima akan mara ke pusingan keenam ataupun play-off antara konfederasi dan pemenang pusingan keenam ataupun play-off antara konfederasi layak ke Piala Dunia FIFA 2026.

CONCACAF

sunting

CONMEBOL

sunting