Kelayakan Piala Dunia FIFA 1966

Sebanyak 74 pasukan memasuki pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1966, bersaing untuk sejumlah 16 tempat di dalam pusingan akhir. England, sebagai tuan rumah, dan Brazil, sebagai juara bertahan, layak secara automatik, meninggalkan 14 tempat-tempat terbuka untuk pertandingan.

Kelayakan Piala Dunia FIFA 1966
Perincian kejohanan
Pasukan74 (dari 5 konfederasi)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan127
Jaringan gol393 (3.09 per perlawanan)
1962
1970

16 tempat disediakan di Piala Dunia 1966 akan diagihkan kepada zon Eropah seperti berikut:

  • Eropah (UEFA): 10 tempat, 1 daripada layak secara automatik ialah England, manakala 9 tempat-tempat lain yang dipertandingkan oleh 32 pasukan (termasuk Israel dan Syria).
  • Amerika Selatan (CONMEBOL): 4 tempat, 1 daripada layak secara automatik ialah Brazil, manakala yang lain 3 tempat dipertandingkan sebanyak 9 pasukan.
  • Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF): 1 tempat, ditandingi oleh 10 pasukan.
  • Afrika dan Asia (CAF/AFC): 1 tempat, ditandingi oleh 18 pasukan (termasuk Australia dari Oceania).

Sebanyak 51 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Seramai 127 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 393 gol dijaringkan (purata 3.09 satu perlawanan).

Senarai di bawah adalah tarikh dan keputusan pusingan kelayakan.

Zon Benua

sunting

Untuk melihat tarikh dan keputusan pusingan kelayakan bagi setiap zon Eropah, klik pada artikel berikut:

Kumpulan 1 - Bulgaria layak.
Kumpulan 2 - Jerman Barat layak.
Kumpulan 3 - Perancis layak.
Kumpulan 4 - Portugal layak.
Kumpulan 5 - Switzerland layak.
Kumpulan 6 - Hungary layak.
Kumpulan 7 - Kesatuan Soviet layak.
Kumpulan 8 - Itali layak.
Kumpulan 9 - Sepanyol layak.
Kumpulan 1 - Uruguay layak.
Kumpulan 2 - Chile layak.
Kumpulan 3 - Argentina layak.
Mexico layak.
Korea Utara layak.

Pasukan layak

sunting
 
Status kelayakan Akhir
  Negara layak ke Piala Dunia
  Negara tidak layak ke Piala Dunia
  Negara tidak menyertai Piala Dunia
  Negara bukan ahli FIFA

Berikut 16 pasukan layak ke Piala Dunia FIFA 1966:

Pasukan Kemunculan Catatan Kemunculan Terakhir
  Argentina 5 kali 3 1962
  Brazil (Juara bertahan) 8 kali 8 1962
  Bulgaria 2 kali 2 1962
  Chile 4 kali 2 1962
  England (tuan rumah) 5 kali 5 1962
  Perancis 6 kali 1 1958
  Hungary 6 kali 4 1962
  Itali 6 kali 2 1962
  Korea Utara 1 kali 1
  Mexico 6 kali 5 1962
  Portugal 1 kali 1
  Sepanyol 4 kali 2 1962
  Switzerland 6 kali 2 1962
  Uruguay 5 kali 2 1962
  Kesatuan Soviet 3 kali 3 1962
  Jerman Barat 6 kali 4 1962
  • Setelah tiada pasukan dari Afrika atau Asia layak bagi dua Piala Dunia sebelumnya, FIFA memutuskan untuk memperuntukkan tempat tunggal kepada pemenang empat cara play-off antara pemenang tiga kumpulan Afrika dan pemenang zon Asia. Walau bagaimanapun, pasukan Afrika percaya dengan memenangi zon mereka sepatutnya sudah cukup untuk mereka layak terus ke kejohanan akhir, akhirnya semua mereka menarik diri sebagai tanda protes.
  • Pembaharuan dalam menjelang Piala Dunia 1966 termasuk pengenalan kawalan dadah, dan larangan mengenai penaturalisasian seseorang pemain bola sepak, dua isu yang telah mempunyai kesan negatif semasa kejohanan terakhir tahun 1962.[1]
  • Beberapa negara yang lemah menarik diri daripada pertandingan itu, tetapi negara yang lebih kuat masih lagi turut serta. Skuad pasukan kebangsaan Sepanyol telah diberi rangsangan oleh nafas baru Real Madrid, dan pemain-pemain Jerman meraih ganjaran daripada liga kebangsaan Bundesliga, serta pengenalan sepenuh masa bola sepak profesional.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "England 1966". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-24. Dicapai pada 20 June 2014.

Pautan luar

sunting