Karisma (album Search)

Karisma ialah album studio kelima yang dihasilkan oleh kumpulan Search sepanjang kerjaya mereka, dan yang kedua edaran BMG Pacific. Album ini diterbitkan oleh M. Nasir, kali ini menggunakan kemudahan rakaman di Synchrosound Recording Studio, Kuching, Sarawak dan King's Studio, Kuala Lumpur dengan bantuan Roslan Aziz dan Akira Yamauchi sebagai jururakam dan juruadun. Album ini juga adalah album pertama yang tidak menggunakan tajuk berdasarkan nama trek. Selepas penerbitan album ini, Nasir meninggalkan kugiran ini untuk membuka studio rakaman sendiri, iaitu Dangaroos sebelum menyertai semula pada tahun 1995. Pada tahun 2003, album ini turut dibaik pulih dan diadun semula oleh Edrie Hashim, selepas Fenomena 2003.

Karisma
Album studio oleh
Search
Dilancarkan padaNovember 1990
GenreRock, heavy metal
Panjang57:20 (versi asal)
58:15 (versi remaster)
SyarikatBMG Pacific
PenerbitAziz Bakar (eksekutif)
M. Nasir
Kronologi Search
Fenomena
(1989)
Karisma
(1990)
Rampage
(1992)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan dan rakaman

sunting

Setelah Fenomena terjual sebanyak 200,000 salinan di Malaysia dan 700,000 salinan di Indonesia pada tahun 1989, Search telah memenangi Anugerah Juara Lagu '89 dengan lagu "Isabella" dan juga mendapat anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular oleh Berita Harian. Mereka juga telah diundang untuk berlakon dalam filem Fenomena dan Isabella. Oleh sebab itu, ramai yang menantikan album mereka yang seterusnya.

Akhirnya pada tahun 1990, Search telah mengumumkan bahawa mereka akan merakamkan Karisma dan menggunakan khidmat M. Nasir sebagai penerbit dan komposer. Untuk album ini, Search telah memfokuskan pada susunan muzik yang lebih berat dan dinamik terutamanya dari segi 'riff' dan 'sound' seperti "Melastik ke Bintang" dan "Dunia Milik Kita". Berlainan dengan album sebelum ini, terdapat hanya dua lagu balada sahaja di dalam album ini, iaitu "Teguh" dan "Sutera atau Rayon". Search berharap agar dengan keluarnya album ini, maka dapat menyedarkan pengkritik yang mendakwa 'sound' Search menjadi berbeza selepas Hillary Ang keluar. Dalam proses rakaman tersebut, hanya 11 daripada 14 lagu sahaja yang dipilih untuk album ini. Pada awalnya, album ini sepatutnya mengandungi dua lagi lagu bahasa Inggeris tetapi tidak berjaya.[1]

Album ini merupakan album pertama yang menggunakan sistem rakaman DDD, di mana semua rakaman, mastering dan adunan dilakukan dalam pita rakaman digital. Hal ini menjadikan bunyi album ini lebih jelas dan mudah didengari.

Search pada mulanya telah merancang untuk menggunakan nama Melastik ke Bintang. Dengan merasakan nama Karisma adalah lebih baik, mereka menggunakan Karisma sebagai tajuk album.

Keluaran

sunting

Karisma dikeluarkan dalam bentuk kaset dan cakera padat (CD) pada awal November 1990. Bentuk piring hitam juga dihasilkan tetapi hanya diedarkan kepada stesen-stesen radio. Cetakan CD pertama adalah tidak serupa dengan cetakan yang kemudiannya di mana kulit album ini mempunyai kesan timbul pada tulisan "KARISMA". Dalam cetakan yang seterusnya, kesan timbul tersebut tidak digunakan. Selain itu, CD cetakan pertama adalah berwarna perak manakala CD cetakan kemudiannya pula adalah berwarna hitam.

Untuk mempromosikan album ini, syarikat Go-Search telah menaja seramai 12 orang pelajar politeknik yang terletak di Jitra, Kedah untuk membuat satu ekspedisi mengelilingi Semenanjung Malaysia yang bermula di City Point, Alor Setar, Kedah. Ekspedisi yang dilancarkan oleh Amy Search dan pengurus syarikat Go-Search, Aziz Bakar ini bermula pada 8 November 1990 dan juga dibuat untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah penyalahgunaan dadah serta cetak rompak yang berleluasa pada ketika itu. Di dalam ekspedisi ini, sebanyak 1,000 salinan telah diedarkan kepada mereka yang diketuai oleh Abdul Halim Abdul Karim untuk dijual sepanjang ekspedisi tersebut. Sebanyak RM1,500 telah dibelanjakan oleh Go-Search untuk menjayakan ekspedisi ini.Ralat petik: Parameter tidak sah dalam teg <ref>

Senarai runut

sunting
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Melastik Ke Bintang"LoloqSearch4:23
2."Melayar Bahtera"Sani SudinM. Nasir5:13
3."Orang Timur"UsopM. Nasir3:40
4."Dunia Milik Kita"M. NasirM. Nasir6:17
5."Emmanuelle"M. NasirAceh5:04
6."Memandu Nafsu"BobHattan4:07
7."Teguh"BobM. Nasir4:57
8."Manusia Reptilia"S. Amin ShahabAceh6:50
9."Paranoid"M. NasirM. Nasir5:35
10."Orait Mama"BobM. Nasir5:24
11."Sutera Atau Rayon"S. Amin ShahabAceh5:50


Tenaga kerja

sunting

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album ini.[2]

Search

  • Amy – vokal, susunan muzik
  • Kid – gitar, susunan muzik
  • Din – gitar, susunan muzik
  • Nasir – bes, susunan muzik
  • Yazit – dram, susunan muzik

Penerbitan

  • Aziz Bakar – penerbit eksekutif
  • M. Nasir – penerbit, susunan muzik
  • Richard James Steward – mastering
  • Akira Yamauchi – rakaman (trek 2, 4–6, 8–10), juruadun (trek 2, 4–6, 8–10)
  • Roslan Aziz – rakaman (trek 1, 3, 7, 11), juruadun (trek 1, 3, 7, 11)
  • B.T. Tay – pembantu rakaman (Synchrosound Recording Studio) (trek 7)
  • Diadacus Hon – pembantu rakaman (Synchrosound Recording Studio) (trek 7)
  • Chong – pembantu rakaman (King's Studio) (trek 1–6, 8–11)
  • Wayne – pembantu rakaman (King's Studio) (trek 1–6, 8–11)

Karya seni

  • J. Nagoya – konsep kulit album
  • Home Studio – rekabentuk kulit album
  • Simon Chin – fotografi

Pensijilan

sunting
Negara Pensijilan Jualan/Penghantaran
Malaysia (RIM) 3x Platinum 170,000 (1991)

Rujukan

sunting
  1. ^ Lim, Elaine (1990-10-27). "Search's fifth album out next month". New Straits Times. Dicapai pada 2018-02-19.
  2. ^ Karisma (CD liner notes). Search. BMG Pacific. 1990.CS1 maint: others (link)

Pautan luar

sunting