Kapal serangan amfibia Kelas Dokdo
Kelas Dokdo adalah sebuah kelas kapal serangan amfibia yang digunakan oleh Tentera Laut Republik Korea. Kapal sulung dari kelas ini, ROKS Dokdo (LPH 6111) telah dilancarkan pada 12 Julai 2005 di limbungan kapal milik Industri Berat Hanjin di Busan.
ROKS Dokdo (LPH 6111) berlabuh di Busan pada bulan Ogos 2009.
| |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Dokdo Class LPH |
Pembina: | Industri Berat Hanjin |
Pengguna: | Korea Selatan |
Kos: | KRW 325,770,000,000 (2005)[1] |
Jumlah dirancang: | 4 |
Jumlah aktif: | 1 |
Ciri-ciri umum | |
Berat (tan): | 14,300 tan (kosong) / 18,800 tan muatan penuh(full) |
Panjang: | 199 m (653 ka) |
Lunas: | 31 m (102 ka) |
Draught: | 7 m (23 ka) |
Jana kuasa: | 4x enjin diesel S.E.M.T. Pielstick 16 PC2.5 STC |
Halaju: |
|
Bot & lancang yang dibawa: | 2 LSF-II atau LCAC |
Kapasiti: | Sehingga 200 kenderaan |
Trup: | 720 marin, 6 kereta kebal, 7 kenderaan serangan amfibia |
Krew: | 700 |
Sistem penderia dan pemprosesan: | Radar pencari udara SMART-L,radar pencari permukaan MW08, radar navigasi AN/SPS-95K, TACAN, pajera optronik VAMPIR-MB |
Peperangan elektronik & pengumpan: | ESM/ECM:SLQ-200(v)5K SONATA, Chaff launcher |
Persenjataan: | 2x Goalkeeper CIWS, 1x RAM |
Pesawat yang dibawa: |
Sehingga 15 helikopter (15 UH-60 Black Hawk atau 10x SH-60F Ocean Hawk) 2x LCAC (LCAC) |
Kemudahan penerbangan: | Dek penerbangan dan hangar |
Kelas Dokdo telah direka oleh Hanjin bagi memenuhi keperluan untuk kapal-kapal pendaratan amfibia bagi meningkatkan keupayaan operasi Korea dari segi operasi serangan dan operasi ketenteraan selain perang (MOOTW).
Pengguna
suntingSebuah, ROKS Dokdo telah berada di dalam perkhidmatan. Sejumlah 4 buah dirancang untuk diperolehi.
Pada bulan Mei 2008, para pegawai pertahanan dari Korea Selatan dan Turki mengadakan perbincangan kerjasama pertahanan dua hala selama lima hari di Ankara. Turki sedang mencari kapal serangan amfibia berdek besar, dan berpaling ke arah Korea Selatan untuk membinanya. Turki menyatakan minat akan kelas Dokdo.
Rujukan
sunting- ^ "Cost of Republic of Korea Armed Forces Weapons". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-28. Dicapai pada 2011-02-18.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan ROKS Dokdo |