Kapal pengangkut pesawat Kelas Kitty Hawk
USS Kitty Hawk (CV-63) (dahulunya CVA-63) adalah merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat super milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Kitty Hawk merupakan kapal tentera laut kedua yang dinamakan bersempena Kitty Hawk, Carolina Utara, satu tapak di mana Wright Bersaudara' menerbangkan kapal udara pertama. Kitty Hawk juga merupakan kapal pertama dan terakhir aktif di dalam kelasnya, selain kapal pengangkut pesawat terakhir yang menggunakan bahan api konvensional yang digunakan di dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat.
USS Kitty Hawk
| |
Sejarah | |
---|---|
US | |
Nama: | USS Kitty Hawk |
Bersempena dengan: | Kitty Hawk, Carolina Utara |
Dipesan: | 1 Oktober 1955 |
Pembina: | New York Shipbuilding Corporation |
Dibaringkan: | 27 Disember 1956 |
Dilancarkan: | 21 Mei 1960 |
Ditauliah: | 29 April 1961 |
Dibersarakan: | 12 Mei 2009 |
Ditarik keluar dari perkhidmatan: | 31 Januari 2009 |
Reclassified: | CV-63 |
Pelabuhan asal: | Limbungan Tentera Laut Puget Sound |
Status: | Dilucut tauliah |
Ciri-ciri umum [1] | |
Kelas dan jenis: | kelas-Kitty Hawk |
Sesaran: |
|
Panjang: | 1,068.9 kaki (325.8 m) LOA |
Lunas: |
|
Draught: | 40 kaki (12 m) |
Draft: | 38 kaki (12 m) |
Jana kuasa: | Turbin stim bergear Westinghouse,8x dandang stim, 4x aci; 280,000 shp |
Halaju: | 33 knot (61 km/j) |
Anak kapal: | 5,624 pegawai dan anak kapal |
Persenjataan: | Peluru berpandu permukaan ke udara RIM-7 Sea Sparrow, 2 RIM-116 RAM, 2x anti peluru berpandu/ pesawat automatik Phalanx CIWS |
Pesawat yang dibawa: |
|
Kitty Hawk telah ditempatkan selama 10 tahun di Pangkalan Tentera Laut Yokosuka di Yokosuka, Jepun sebelum khidmatnya diambil alih George Washington pada bulan Oktober 2008. Kitty Hawk kemudian belayar pulang ke Amerika Syarikat dan menjalani majlis pelucutan tauliahnya pada 31 Januari 2009. Ia secara rasminya dilucut tauliah pada 12 Mei 2009 selepas hampir 49 tahun berkhidmat.[2] Peranan Kitty Hawk kini diambil alih oleh George H. W. Bush.
Rujukan
sunting- ^ Naval Vessel Registry: Kitty Hawk
- ^ http://www.navy.mil/search/display.asp?story_id=45202 Navy Decommissions USS Kitty Hawk]
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kapal pengangkut pesawat Kelas Kitty Hawk |