E-2 Hawkeye
Grumman E-2 Hawkeye adalah sebuah pesawat Kawalan dan Amaran Awal Udara yang beoperasi di atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat. Pesawat turbin bebaling berkembar ini telah dibangunkan pada tahun 1950-an oleh Grumman untuk Tentera Laut A.S bagi mengantikan penggunaan pesawat E-1 Tracer. Pesawat milik Tentera Laut A.S telah dipertingkatkan secara progresif dengan versi terbarunya E-2D, telah melakukan penerbangan sulung pada tahun 2007. Sejumlah kecil pesawat ini juga telah digunakan oleh beberapa buah negara lain dengan Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun menjadi pengguna terbesarnya.
E-2 Hawkeye | |
---|---|
| |
Peranan | Kawalan dan Amaran Awal Udara |
Pengeluar | Grumman Northrop Grumman |
Penerbangan sulung | 1960 |
Diperkenalkan | Januari 1964 |
Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Laut Perancis Tentera Udara Mesir Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun |
Kos seunit | AS$80 juta |
Kelainan | C-2 Greyhound |
Pesawat ini mendapat gelaran sebagai "Super Fudd"[1] disebabkan ia mengantikan "Willy Fudd" (E-1 Tracer). Pada hari ini, Hawkeye lebih dikenali sebagai "Hummer" disebabkan kelainan bunyi yang dihasilkan oleh enjin bebalingnya.
Pengguna
sunting- Memiliki empat buah E-2T dan dua buah E-2K.[2]
- Memiliki enam buah pesawat, naik taraf kepada standard E-2 Hawkeye 2000 sedang dilakukan.
- Memiliki tiga buah E-2 2000, dan merancang untuk memiliki pesawat ke-4.
- Memiliki empat buah pesawat sehingga tahun 1994.
- Memiliki 13 buah E-2C.
- Memiliki tiga buah E-2C yang dibeli daripada Israel.
- Memiliki empat buah E-2C.
Spesifikasi (E-2C)
suntingCiri umum
- Anak kapal: 5 (2 juruterbang, 3 pegawai penerbangan tentera laut - pegawai pusat maklumat tempur, pegawai kawalan udara, operator radar)
- Panjang: 57 kaki 7 in (17.56 m)
- Rentang sayap: 80 kaki 7 in (24.58 m)
- Tinggi: 18 kaki 4 in (5.58 m)
- Sayap luas: 700 kaki² (65 m²)
- Berat kosong: 37,678 lb (17,090 kg)
- Berat berisi: 55,000 lb (23,391 kg)
- Berat berlepas maksimum: 55,000 lb (23,391 kg)
- Loji kuasa: 2× Allison T56-A-425 atau -427 turbin bebaling, 5100 shp (-427) (3,800 kW) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 375 bsj (604 km/j)
- Jarak: 1,605 batu (2,583 km)
- Lelangit khidmat 30,800 ft (9,300 m)
- Kadar kenaikan: 2,515 kaki/min (13 m/s)
- Beban sayap: 72.7 lb/kaki² (355 kg/m²)
- Kuasa/jisim: 0.19 hp/lb (0.32 kW/kg)
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Rujukan
sunting- ^ Koppmann, George C. Carrier Airborne Early Warning. George C. Koppmann (LT, USNR - inactive)home page. [1] Retrieved: 13 December 2006.
- ^ E-2 Hawkeye