Kapal pemerintah

(Dilencongkan daripada Kapal Laksamana)

Kapal pemerintah (flagship) (juga disebut kapal laksamana atau kapal panglima) ialah sebuah kapal yang digunakan oleh pegawai memerintah bagi sekumpulan kapal-kapal tentera laut, mencerminkan keperibadian pemerintahnya, selaku pegawai berbendera, mengibarkan bendera yang berbeza. Digunakan lebih bebas, ia merupakan kapal utama dalam sesebuah armada, biasanya yang pertama, terbesar, terpantas, paling bersenjata, atau paling dikenali.

HMS Victory, kapal pemerintah First Sea Lord Royal Navy

Selama bertahun-tahun, istilah "flagship" telahpun dipinjam dalam bentuk makna metafora oleh industri-industri seperti penyiaran, automobil, telefon bimbit, pendidikan, syarikat penerbangan negara, kilang bir dan peruncitan bagi merujuk profil tertinggi mereka atau produk dan kedai yang paling mahal.

Rujukan

sunting