Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu
Kampung Padang Midin merupakan sebuah kampung yang terletak di Bukit Payong, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.
Kampung Padang Midin | |
---|---|
Kampung | |
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu" | |
Lagu: Negaraku | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu Darul Iman |
Daerah | Bukit Payong |
Kampung | Kampung Padang Midin |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Yang di-Pertuan Agong | Sultan Ibrahim |
• Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
• Timbalan Perdana Menteri | Ahmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof |
Penduduk ( N/A ) | |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 21400 |
Kod kawasan | +609 |
Lokasi Kampung Padang Midin di Peta Google |
Padang Midin terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu (lazim dikenali sebagai "KT") dan terletak di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Keluasan kampung ialah sekitar dalam 2 km persegi dan kepadatan penduduk dianggarkan antara 100 ke 500 orang/km2.
Bersempadan dengan Bukit Payong dan Pengadang Baru, Kampung Padang Midin menjadi laluan utama pelancong ke pusat-pusat pelancongan yang terkenal iaitu Kuala Berang, Sekayu dan Tasik Kenyir. Kampung ini juga merupakan jalan darat yang utama yang menghubungkan kampung-kampung kecil di pedalaman seperti Kampung Tok Hakim dan Kampung Kubang Panjang.
Sejarah
suntingPadang Midin mendapat namanya daripada dua unsur iaitu padang dan pokok.
Nama 'Padang' adalah kerana kawasan ini dahulunya adalah sebuah padang rumput luas yang dipenuhi dengan belukar, semak samun dan juga paku-pakis liar terutamanya Paku Midin.
Manakala nama 'Midin' pula diambil daripada Pokok Midin, Paku Midin atau Pucuk Midin (nama saintifik; Stenochlaena palustris) iaitu sejenis tumbuhan seperti paku-pakis yang boleh dimakan sebagai sayur atau dibuat ulam yang banyak tumbuh meliar di kawasan ini pada suatu masa dahulu. Tumbuhan paku ini juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.
Terdapat sumber lain yang mengatakan bahawa asal usul kampung ini juga mendapat namanya dari seorang saudagar luar yang bernama Pak Midin yang datang dan dikenali oleh kebanyakan penduduk di sini.
Ekonomi
suntingMajoriti pekerjaan dan ekonomi utama kampung ini ialah petani dan bercucuk tanam kerana jika dilihat pemandangan sawah padi adalah sekitar 20-30% dari keluasan kampung.
Walau bagaimanapun industri kecil dan sederhana (IKS) di kampung ini membuktikan bahawa tidak semua penduduk kampung terdiri dari golongan petani kerana ekonomi di kampung ini juga disokong oleh perniagaan seperti kilang perabot, kilang batik & fabrik/pakaian, dan penternakan keli. Hampir 75% daripada penduduk sini masih bergantung kepada petanian dan hasil tanaman dipasarkan di kedai borong berhampiran.
Walaupun berada di kawasan luar bandar, jika dilihat, Padang Midin juga semakin maju sejak Kuala Terengganu dinaik taraf sebagai "Bandaraya Warisan Pesisir Air" pada 1 Januari 2008. Begitu banyak kemajuan yang dicapai dan semenjak itu, kawasan ini yang dahulunya dipenuhi dengan semak samun telah dibersihkan menjadi rumah kediaman dan rumah kedai setinggi 4 tingkat. Selain itu juga, pintu gerbang jalan raya yang besar terletak di hadapan SMK Padang Midin yang memaparkan 'Selamat Datang Ke Bandaraya KT' merupakan salah satu tanda kemajuan yang dicapai di kampung tersebut.
Kemudahan asas & infrastruktur
suntingYang banyak dilihat ketika melalui jalan besar di kampung ini ialah kedai makan, restoran dan warung-warung.
Kedai-kedai menjahit pakaian juga banyak di kampung ini.
Kemudahan lain
sunting- Kem Tentera Padang Midin,Rejimen 512 Askar Wataniah
- Klinik Desa
- Kedai-kedai runcit, di Taman Padang Midin
- Sekolah memandu, Institut Memandu Bitara (Bintang Timur dan Utara Sdn Bhd)
- Bestari.Comm (Bestari Community Centre) cawangan Padang Midin, Bangunan Umno, Tingkat 2, Wisma Halal
- Balai Penghulu
- Bengkel kenderaan dan motosikal
- Cybercafe (perkhidmatan yang disediakan internet, servis laptop/komputer, fotostat, pencetakan, pencetakan gambar, penjilidan, kad telefon pra-bayar dan lain-lain)
Kemudahan asas
suntingPendidikan
suntingTerdapat 2 buah sekolah rendah dan menengah yang utama disini iaitu
- Sekolah Kebangsaan Padang Midin, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai & IQ Terengganu /Maahad Tahfiz Padang Midin dan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, berhampiran Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Padang Midin, juga sekolah yang pernah Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran (AKMP) 2009.
Tempat beribadat
suntingPoskod
suntingPoskod yang digunakan di Kampung Padang Midin, Bukit Payong, Terengganu adalah 21400.[1]