Kakawin Nagarakretagama

Kakawin Nagarakretagama boleh dikatakan kakawin Jawa Kuno yang termasyhur. Kakawin ini merupakan karya yang sering dibincangkan dengan teliti.

Nagarakretagama.

Kandungan

sunting

Kakawin ini menerangkan keadaan di kraton Majapahit ketika tempoh pemerintahan prabu Hayam Wuruk, raja agung di tanah Jawa dan juga Nusantara. Beliau bertakhta dari tahun 1350 sampai 1389 Masihi. Pada kemuncak kegemilangannya, kerajaan Majapahit merupakan kerajaan terbesar yang pernah ada di Nusantara.

Sebahagian besar teks menceritakan perjalanan sang raja ke daerah Blambangan dan Singosari. Teks Kakawin Nagarakretagama turut mencatatkan kisah kematian patih Gajah Mada.

Bahagian terpenting teks ini ialah penguraian daerah-daerah "wilayah" kerajaan Majapahit yang harus menghantar ufti. Penafsiran kandungan ini masih dipertikaikan sehingga hari ini.

Makna judul

sunting

Judul kakawin ini, Nagarakretagama bererti "Negara dengan Tradisi (Agama) yang suci". Tetapi pengarangnya juga menyebutnya sebagai Desawarnana, yang bererti "Penulisan tentang Daerah-Daerah". Seluruh Semenanjung detik itu bernama Hujung Medini, sebagai daerah Majapahit.

Pengarang

sunting

Nagarakretagama digubah oleh Empu Prapañca pada tahun 1365 Masihi (tahun 1287 Saka). Sewaktu menulis Nagarakretagama, Prapanca masih belum bergelar empu kerana masih seorang calon pujangga. Ayahnya bernama empu Nadendra dan memegang jawatan Dharmadyaksa ring Kasogatan, atau Ketua dalam urusan agama Buddha.

Naskah manuskrip

sunting

Keseluruhan teks ini merupakan daripada sebuah naskah manuskrip tunggal yang diselamatkan oleh Brandes, seorang ahli Sastera Jawa Belanda, yang turut bersama semasa serangan terhadap istana Raja Lombok pada tahun 1894. Ketika penyerbuan ini dilaksanakan, anggota tentera KNIL membakar istana, tetapi Brandes berjaya menyelamatkan isi perpustakaan raja yang berisikan ratusan naskah lontar. Salah satunya ialah lontar Nagakretagama ini. Semua naskah dari Lombok ini dikenali dengan nama lontar-lontar Koleksi Lombok yang sangat terkenal. Koleksi Lombok disimpan di perpustakaan Universiti Leiden Belanda.

Nasib naskah sekarang

sunting

Naskah Nagarakretagama disimpan di Leiden dan diberi nombor kod L Or 5.023. Ketika kunjungan Ratu Juliana dari Belanda ke Indonesia pada tahun 1973, naskah Nagarakretagama ini diserahkan kepada Republik Indonesia. Kononnya naskah ini langsung disimpan oleh Ibu Tien Soeharto di rumahnya, namun khabar angin ini tidak benar. Naskah tersebut telah disimpan di Perpustakaan Nasional RI dan diberi kod NB 9.[perlu rujukan]

Bacaan lanjutan

sunting
  • J.L.A. Brandes, Nāgarakrětāgama; Lofdicht van Prapanjtja op koning Radjasanagara, Hajam Wuruk, van Madjapahit, naar het eenige daarvan bekende handschrift, aangetroffen in de puri te Tjakranagara op Lombok 1902
  • H. Kern & N.J. Krom, Het Oud-Javaansche lofdicht Nāgarakŗtāgama van Prapañca (1365 AD), 1919
  • Slametmuljana (dkk.), Prapantja:Nagarakretagama, diperbaharui kedalam bahasa Indonesia, 1953
  • C.C. Berg, Het Rijk van de Vijfvoudige Buddha, 1962.
  • Th. Pigeaud, Java in the Fourteenth Century, 1960-'63.
  • S.O. Robson, Desawarnana (Nagarakrtagama), 1995.

Lihat juga

sunting