Muammar Z.A.

Qari', Ustad, dan Hafiz nasional dan antarabangsa
(Dilencongkan daripada K.H Muammar ZA)

Qari Muammar Zainal Asyikin (Arab: معمر زين العاشقين; lahir di Pemalang, Jawa Tengah, 14 Jun 1954; umur 70 tahun) merupakan seorang Qari senior dan Hafiz dari Indonesia yang dikenali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau pemenang pertandingan membaca al-Quran yang dikenali dengan "Musabaqah Tilawatil Quran" ("MTQ") pada tahun 1980-an di Indonesia dan di luar negeri. Bakatnya sudah terlihat sejak kecil pada masa mengikuti pertandingan membaca Quran di Pemalang pada tahun 1962 mendapat juara di umur 7 tahun.[2]

H. Muammar Z.A
Kelahiran
Muammar Zainal Asyikin

(1954-06-14) 14 Jun 1954 (umur 70)[1]
Warganegara Indonesia
KerakyatanJawa
PekerjaanQari dan Ustaz
Terkenal keranaPembaca Al Quran (Qari) legendaris Indonesia
PangkatKiai, Haji, Ustaz, Hafiz
PasanganImass Rizqy Fauziah
Anak-anakIzza Syaulia Salsabila
Isy Qarina Latansa
Nur Anjani Raehana
Muammar Syifa'ul Ainain
Ibu bapaH. Zainal Asyikin
Hj. Mu'minatul Afifah
SaudaraImron Rosyadi Z.A.

Beliau dikenali memiliki pelbagai prestasi yang berhubungan dengan dunia qiraah al-Quran. Antaranya, beliau pernah menjadi juara 1 MTQ Se-Provinsi DIY tahun 1967. Selain itu, selama tiga kali berturut-turut (1967, 1972, 1973) menjuarai MTQ peringkat kebangsaan mewakili Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY). Tahun 1979 dan 1986 menjadi juara dalam pertandingan qari peringkat antarabangsa. Atas pelbagai kejayaannya, beliau kerap diundang keliling di pelbagai belahan dunia. Antaranya, beliau diundang mengaji di Istana Raja Hasanah Bolkiah (Brunei), Istana Yang di-Pertuan Agong Malaysia hingga ke semenanjung Arab.[3]

Qari Muammar ZA pernah diundang ke Pakistan untuk melantunkan ayat suci al-Quran di sana pada tahun 2009.[4][5][6] Beliau juga pernah diundang untuk melantunkan ayat suci al-Quran di Turki pada tahun 2004.[7]

Pendidikan

sunting

Usai SD, Muammar pondok di Kaliwungu, Kendal, Jawa Tengah. Kaliwungu dikenali sebagai kota santri. Di sana puluhan pesantren berdiri. Selepas pondok, Muammar belajar di PGA di Yogyakarta. Sempat pula beliau belajar di IAIN Sunan Kalijaga. Selagi kuliah beliau masih juara dunia qari. Mengikuti MTQ peringkat Provinsi DIY tahun 1967, beliau berjaya mendapat juara pertama peringkat remaja. Selepas itu langganan tetap menjadi kontinjen DIY di MTQ Nasional. Dari Yogyakarta, Muammar ZA pindah ke Jakarta melanjutkan kuliah di Perguruan Tinggi Ilmu Al-Qur'an (PTIQ), Ciputat.[8]

Latar belakang

sunting

H. Muammar ZA. ialah anak lelaki ketujuh dari sepuluh adik-beradik (hanya sembilan yang mencapai dewasa) dari pasangan H. Zainal Asyikin dan Hj. Mu’minatul Afifah, yang juga merupakan tokoh agama di desanya. Beliau dilahirkan di Dusun Pamulihan, Warungpring, Kecamatan Moga, kurang lebih 40 km selatan ibu kota Kabupaten Pemalang. Adik beliau yang bernama Imron Rosyadi ZA., juga mengikuti jejaknya menjadi qari negara selepas menjuarai MTQ. Qari Muammar dengan berkahwin dengan seorang wanita Aceh yang bernama Syarifah Nadiya pada tahun 1984 dan dikurniai seorang puteri dan 4 putera.[2]

Pada tahun 2002, beliau mendirikan Pesantren "Ummul Quro" (Arab: أم القرى) yang berada di Cipondoh, Tangerang untuk menciptakan qari dan qariah muda berkelas antarabangsa sejak dini.[9]

Rujukan

sunting
  1. ^ "H. Muammar ZA; Qari dan Penghapal al-Quran", Muslihin, 25 Jun 2013, diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02, dicapai pada 23 Januari 2017
  2. ^ a b "Biografi H. Muammar ZA.", AR, Pecinta Qiro'ah Indonesia, 25 Mac 2013, dicapai pada 23 Januari 2017
  3. ^ "[Video] Qori' Internasional KH Muammar ZA: Baca Al-Qur'an Langgam Jawa Dilarang Nabi", Cholis Akbar, Panji Islam, 22 Mei 2015, dicapai pada 23 Januari 2017
  4. ^ Qari Muammar di Pakistan
  5. ^ Qari Muammar di Pakistan
  6. ^ Qari Muammar di Pakistan
  7. ^ Qari Muammar reciting in Turkey
  8. ^ "H. Muammar ZA: Tokoh Legendaris", Asrul Sani, nu.or.id, 29 Mac 2014, dicapai pada 27 Januari 2017
  9. ^ Pondok Pesantren Qari dan Qari'ah di Indonesia, rejekinomplok.net, dicapai pada 23 Januari 2017

Pautan luar

sunting