Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga

(Dilencongkan daripada IAIN Sunan Kalijaga)

Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga

Diasaskan 1 Julai 1965 sebagai IAIN Sunan Kalijaga
Jenis Universiti awam
Rektor Prof. Dr. H.M. Amin Abdullah
Lokasi Yogyakarta
Laman web rasmi www.uin-suka.ac.id

Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta ialah hasil daripada perjuangan panjang umat Islam di Indonesia untuk menyediakan pendidikan yang boleh melahirkan intelektual-intelektual Muslim yang unggul. Dengan 24 buah jurusan dan kurikulum yang terus dinilai serta disempurnakan agar semakin relevan dengan tuntutan zaman, UIN Sunan Kalijaga membekalkan mahasiswa yang siap terjun ke dalam dunia pekerjaan dan sektor swasta.

Sejarah

sunting

UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta bermula sebagai "Sekolah Tinggi Islam" pada 8 Julai 1945. Dalam perkembangannya, STI dijadikan Universitas Islam Indonesia (UII) pada bulan Februari 1948. Pada tahun 1950, Fakulti Agama UII menjadi salah satu Kolej Agama Islam Negeri (PTAIN), dengan jurusan Dakwah dan Qadla. Di Jakarta, didirikan juga Akademi Dinas Ilmu Agama (ADIA) sebagai kelanjutan usaha mendirikan Sekolah Guru Agama Atas (PGAA) dan Sekolah Guru dan Hakim Agama (SGHAA).

Berdasarkan Ketetapan Menteri Muda Agama No. 41 tahun 1959, PTAIN dan ADIA digabungkan menjadi Institut Agama Islam Negeri "Al-Jami'ah Al-Islamiyyah Al-Hukumiyyah" yang berpusat di Yogyakarta dan dirasmikan kemudian pada 24 Ogos 1960, berdasarkan Ketetapan Menteri Agama No. 35 tahun 1960. Pada saat dirasmikan, IAIN "Al-Jami'ah" ini terdiri daripada empat buah fakulti, iaitu Fakulti Ushuluddin dan Fakulti Syari'ah di Yogyakarta, serta Fakulti Tarbiyah dan Fakulti Adab di Jakarta.

Dalam perkembangan selanjutnya, setelah diterbitkan Peraturan Pemerintah No. 27 tahun 1963, terdapat 14 buah IAIN. Akhirnya sejak 1 Julai 1965, IAIN Al-Jami'ah Yogyakarta secara rasmi mempergunakan nama "IAIN Sunan Kalijaga", berdasarkan surat keputusan Menteri Agama No. 26 yang bertarikh 15 Julai 1965.

IAIN Sunan Kalijaga kini telah berubah menjadi UIN Sunan Kalijaga.

Pusat pengajian

sunting

Universitas ini memiliki sebuah kursus lepas ijazah serta 7 buah "fakultas" seperti yang berikut:

  1. Fakultas Adab
  2. Fakultas Dakwah
  3. Fakultas Syari'ah
  4. Fakultas Tarbiyah
  5. Fakultas Ushuluddin (24 Jurusan/Kursus)
  6. Fakultas Sains dan Teknologi
  7. Fakultas Sains Sosial dan Kemanusiaan

Pautan luar

sunting