Elmina (Malaysia)
Bandar Elmina ialah sebuah penempatan di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Sebelum ini ia dikenali dengan Ladang Elmina yang dimiliki oleh Guthrie Berhad (kini Sime Darby), ia kemudiannya bertukar menjadi sebuah penempatan yang dibangunkan oleh Sime Darby Properties.
Elmina | |
---|---|
Pemukiman | |
Bandar Elmina | |
Koordinat: 3°11′57″N 101°30′02″E / 3.19917°N 101.50056°EKoordinat: 3°11′57″N 101°30′02″E / 3.19917°N 101.50056°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Petaling |
Zon waktu | UTC+8 (MYT) |
Postal code | 47000 |
Pembinaan
suntingPembinaan Elmina bermula pada tahun 2012 oleh Sime Darby Property. Ia merupakan projek perumahan terbesar yang pernah dihasilkan oleh Sime Darby Property[perlu rujukan]. Kawasan ini dirancang untuk menjadi sebuah bandar pintar yang berintegrasi, dengan konsep pembangunan yang mampan dan mesra alam.
Peristiwa
suntingKemalangan pesawat 2023
suntingPada 17 Ogos 2023, sebuah pesawat Beechcraft Premier I Model 390 yang berdaftar sebagai N28JV dimiliki ValetJet terhempas di lebuh raya berhampiran penempatan ini.[1] Peristiwa ini membunuh 8 orang penumpang dan seorang penunggang motorsikal dan seorang pemandu kereta yang berada di tempat kemalangan.[2] CAAM sedang menyiasat kemalangan tersebut.
Capaian
suntingKereta
suntingLebuh Raya Koridor Guthrie Lebuhraya Koridor Guthrie ada di sepanjang sempadan barat penempatan ini.
Pengangkutan awam
suntingStesen kereta api terdekat ialah SBK2 MRT Kwasa Damansara, kira-kira 6.7 km arah timur.
Rujukan
sunting- ^ "Elmina plane crash: Dashcam shows plane nose-diving into a vehicle on the highway [WATCH]". New Straits Times.
- ^ "Elmina plane crash: Ten confirmed dead, politician among them [NSTTV]". New Straits Times. August 17th 2023, 5:42 PM. Check date values in:
|date=
(bantuan)