Jeffrey Kitingan

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan daripada Jeffrey G. Kitingan)

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari @ Geoffrey Kitingan (lahir pada 22 Oktober 1948)[1] juga dikenali sebagai "DDJK" (dikenali ramai sebagai DSPDJK sejak 2021 atau Tuan Jeffrey Kitingan) merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah, Malaysia juga ahli Parlimen bagi Keningau dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I (dari 2020-2023, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II). Beliau merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah. Pada tahun 2020, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sebelum meletak jawatan selepas dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah. Beliau juga ialah bekas Pengarah Yayasan Sabah pada 1987 hingga 1994.

Jeffrey Kitingan
PJN; SPDK, PGDK (Sabah)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P180 Keningau, Sabah
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (BN)
Majoriti13,286 (45)
Timbalan Ketua Menteri Sabah
Menyandang jawatan
29 September 2020
Berkhidmat with
Bung Moktar Radin (2020–23)
Joachim Gunsalam
Shahelmey Yahya (2023–kini)
Didahului oleh
Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah
Menyandang jawatan
29 September 2020
Didahului olehJunz Wong Hong Jun
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Tambunan
Menyandang jawatan
10 Mei 2018
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor
Didahului oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (BN)
Majoriti6,136(1,037)
Timbalan Pengerusi
Gabungan Rakyat Sabah
Menyandang jawatan
11 Mac 2022
PengerusiHajiji Noor
Presiden
Parti Solidariti Tanah Airku
Menyandang jawatan
2016
TimbalanJalumin Bayogoh
Kong Fui Seng
Ellron Alfred Angin
Fung Len Fui
Robert Tawik @ Nordin
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional
Dalam jawatan
8 September 2020 – 10 Disember 2022
PengerusiMuhyiddin Yassin
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 29 September 2020
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
Menteri Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri
Didahului oleh Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)
Digantikan oleh Guan Dee Koh Hoi
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Bingkor
Dalam jawatan
2013 – 10 Mei 2018
Didahului oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (BN)
Digantikan olehDatuk Robert Tawik @ Nordin (STAR)
Majoriti5,350 (456)
Maklumat peribadi
Lahir
Gapari bin Kitingan @ Geoffrey Kitingan

(1948-10-22) 22 Oktober 1948 (umur 76)
Kota Marudu, Borneo Utara, Empayar British (kini Sabah, Malaysia)
Parti politik PBS (1990-1995, 1995-2000)
AKAR (1995)
PBRS (2001)
PKR (2006-2011)
STAR Cawangan Sabah (2011-2016)
STAR SABAH (2016-kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (1990-1995, 1995-2000, 2002)
PN (2020-2022)
GRS (2020-kini)
PasanganDatin Seri Panglima Cecilia Edwin Yatam-Kitingan
PertalianJoseph Pairin Kitingan (abang)
James Ongkili
(anak saudara)
Queenera Xavery
(anak saudara)
Maximus Johnity Ongkili (anak saudara)
PekerjaanAhli Parlimen
Dikenali denganPengasas dan presiden pertama untuk Parti STAR SABAH pada tahun 2016
Laman webJeffrey Kitingan Biodata Pilihan Raya

Latar belakang

sunting

Dilahirkan pada 22 Oktober 1948 di daerah Kota Marudu, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia); Jeffrey merupakan anak kepada pasangan Datuk Francis Xavier Kitingan Sabanau (1895–1996), seorang pegawai polis bersara dan isteri keduanya, Datin Lucia Laimah Imbayan (24 Februari 1913–11 Mac 2011), kedua-duanya berasal dari daerah Tambunan di sebelah pedalaman negeri Sabah.[2] Beliau juga merupakan anak kesembilan dari 19 adik-beradik (11 lelaki, 8 perempuan).[3]

Ayahnya, Datuk Francis Xavier Kitingan Sobunau dilahirkan di Kampung Karanaan, Tambunan, Borneo Utara pada 1895, anak ketiga kepada Konsuoi dan Sobunau.[4] Manakala ibunya, Datin Lucia Laimah Imbayan dilahirkan pada 24 Febuari 1913 di Keningau tetapi berasal dari Kampung Nambayan, Tambunan.[5] Kedua-dua mendiang ibu bapa beliau ialah berbangsa Dusun serta anak jati daerah Tambunan dari kampung yang berlainan.

Antara saudara-saudara kandung beliau ialah empat orang abang sebapanya mengikut urutan umur iaitu Tan Sri Joseph Pairin (lahir 17 Ogos 1940), Petrus Paimil (22 April 1942–24 Mei 2013), OKK Philip Pilim (lahir 29 Mei 1944) serta David Lini (lahir 24 Mei 1946), dan selepas kelahiran beliau pada tahun 1948, urutan itu diikuti oleh adik-adiknya yang lain iaitu Justin Joparin (lahir 1950), Dionysia Duin (lahir 1952), Jovinia (Januari 1954–1968), Laurentius Lejius (lahir Disember 1954), Wina (lahir 1956), Crispin (lahir 1958), Joanna (lahir 1960), Juliana (lahir 1962), Francis Sales, Jr. (lahir 1964) dan Victor Nelson (lahir 1966), tetapi beliau juga mempunyai adik beradik sebapa yang lain (melalui perkahwinan pertama bapanya dengan mendiang Datin Sodiom Rampan) seperti Charles Abbie (1925–2017), Suzana Ahag (1927–2019); yang juga kakak angkat tunggal beliau, Lotuin (lahir 1930) dan Hilda Sainam (1935–2015). Keluarga Kitingan juga mempunyai pertalian dengan dua keluarga besar dan ternama di Tambunan iaitu keluarga Ongkili (tetapi keluarga Ongkili juga mempunyai darah pertalian dengan keluarga Kinsik, salah satu sebuah keluarga besar dan ternama daerah itu melalui sebelah bapa, iaitu melalui keluarga Indoh dan keluarga Sundiman, manakala pertalian mereka dengan keluarga Kitingan ialah melalui ibu kepada mendiang Datuk James Ongkili serta Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili iaitu mendiang Battindoi Kondilab Komboon, yang juga merupakan sepupu pangkat pertama kepada adik-beradik Kitingan) dan juga keluarga Imbayan.[6]

Beliau juga merupakan seorang saudara yang mesra dan baik serta sangat rapat terhadap adik-beradiknya (tidak kira yang seibu sebapa mahupun yang sebapa lain ibu). Dari cara bersosial dan pergaulan beliau adalah amat mudah bagi menjalinkan hubungan dan senang untuk berurusan dengannya. Beliau mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap orang ramai, disayangi oleh ramai penyokongnya kerana kemurahan hatinya dan nasihat serta input yang tidak ternilai dalam banyak urusan mereka. Dr Jeffrey telah berkahwin dengan Datin Susan dan mempunyai 5 orang anak (tetapi kini berpisah dan berkahwin semula dengan Datin Cecilia Edwin, seorang anak jati daerah Tambunan yang berasal dari Kampung Monsok) dan mempunyai 2 orang anak daripada perkahwinannya yang terkini.[7]

Pendidikan

sunting

Jeffrey Kitingan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Curtin pada tahun 1974. Lapan tahun kemudian, beliau telah diberikan ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam sekaligus menamatkan pengajian di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Universiti Harvard pada 1982 dan menamatkan pengajian di Sekolah Undang-undang dan Diplomasi Fletcher, Harvard-Tufts pada 1984[8] dan memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) di universiti tersebut.

Pendidikan Awal

sunting

Pendidikan Peringkat Tinggi

sunting
  1. Ijazah Sarjana ‘Sains dan Teknologi,’ Institusi Teknologi Curtin (kini Curtin University), Western Australia (1974);
  2. Kursus Certificate in Management Consultancy di University of Surrey, United Kingdom pada tahun (1979);
  3. Master of Public Administration (MPA), Harvard University, Massachusetts, Cambridge, Amerika Syarikat (1982);
  4. Master of Arts in Law & Diplomacy (M.A.I.D), Tufts University, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (1984); dan
  5. Doctor of Philosophy (PhD) ‘Political Stability & Economic Development,’ Tufts University, Somerville, Massachusetts, Amerika Syarikat (1984).

Kerjaya Awal

sunting

Jeffrey Kitingan memulakan kerjayanya sebagai ketua kerani di Jabatan Pertanian Sabah pada tahun 1969 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pentadbir luar bandar dan kerani mahkamah di Lahad Datu dan memegangnya selama setahun.

Pada tahun 1975, Jeffrey adalah pegawai eksekutif dan penganalisis pengurusan pada tahun 1976 di jabatan yang sama. Beliau bekerja sebagai penolong pengarah utama di Jabatan Penubuhan Sabah pada 1977-1978.

Pada tahun 1978, beliau memegang jawatan sebagai pengarah Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Sabah. Tujuh tahun kemudian beliau menjadi pengerusi di Institut Kajian Pembangunan.[10]

Pada tahun 1990, beliau memulakan kerjaya politiknya.

Politik

sunting

Jeffrey memulakan kerjaya politik dengan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah parti yang ditubuhkan oleh abangnya, Joseph Pairin Kitingan[11]. Beliau meninggalkan PBS pada 1994 sebelum kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS tumbang. Kemudian beliau menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebelum menyertai Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).[12]

Jeffrey meninggalkan AKAR ekoran pertelingakahan kepimpinan parti tersebut pada tahun 1999, dan menyertai semula PBS sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri Sabah 1999.[11] Jeffrey bertanding dalam pilihan raya tersebut dan menang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Jeffrey keluar dari PBS[12] dan menyertai semula PBRS dan bertahan kurang dari dua tahun berikutan pertelingkahan kepimpinan parti berkenaan[11]. Selepas itu, beliau menjadi ahli politik bebas, bertanding dan menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.

Jeffrey menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas pilihan raya umum Malaysia 2004 dan dilantik menjadi Naib Presiden[12]. Jeffrey telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden pada 28 Oktober 2009.[13] dan keluar parti tersebut pada 1 Januari 2011.[14]

Pada tahun 2011, beliau kemudiannya menyertai Parti Reformasi Negeri dan mengetuai cawangan parti tersebut untuk negeri Sabah. Pada tahun 2016,[15] beliau telah melakukan penjemanaan semula STAR Chapter Sabah menjadi parti tunggal iaitu Parti Solidariti Tanah Airku. Partinya kini merupakan parti komponen dalam Parti Perikatan Nasional yang membentuk gabungan parti pemerintah, Gabungan Rakyat Sabah.

Dilantik sebagai Senator

sunting

Jeffrey pernah dilantik sebagai ahli Dewan Negara (Senator) pada 11 Ogos 1994[16] dan menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan[17] di bawah kepimpinan Mahathir Mohamad.

Menggangotai kabinet persekutuan

sunting

Pada 11 Ogos 1994, Jeffrey telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan[17] di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[18] Pada 25 Februari 2020, parti pimpinannya membuat penggabungan sebagai pihak keyakinan dan perbekalan dengan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baharu dan menumbangkan kerajaan pada ketika itu di bawah pimpinan Pakatan Harapan. Upacara mengangkat sumpah jawatan dilakukan pada 10 Mac 2020.

Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri

sunting

Jeffrey bersama enam orang pemimpin dari Parti Bersatu Sabah telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1991 kerana disyaki merancang untuk memisahkan Sabah daripada persekutuan Malaysia. Mereka ditahan selama dua tahun[19].

Menyertai Kabinet Negeri Sabah

sunting

Pasca pilihan raya negeri Sabah 2020, Jeffrey telah memenangi kerusi DUN Tambunan untuk kali kedua selepas memenanginya pada 2018. Dalam pilihan raya tersebut, STAR Sabah bersama-sama parti politik yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah telah memperoleh kemenangan. Jeffrey telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Pertanian Sabah.

Kontroversi

sunting

Isu MA63

sunting

Jeffrey kitingan dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara tentang 20 Perkara, sehinggakan terjadinya kesalahfahaman politik antara Tun Dr Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Dinamakan sebagai 'Operasi Talkak' 1990-1991, ketika itu DDJK dituduh sebagai dalang untuk memisahkan Sabah daripada Persekutuan Malaysia.[20] Kata beliau,

Mahathir bertujuan manghapuskan 20 Perkara yang menjadi asas utama persetujuan Sabah untuk menjadi salah satu ahli Persekutuan Malaysia. Rancangan tersebut adalah sengaja dibuat untuk mengurangkan status rakan kongsi (partner) menjadi tanah jajahan Malaya sahaja.

— Jeffrey Kitingan, facebook

Beliau pernah bertemu dengan Tun Dr Mahathir pada Mei 1990, Pertemuan itu adalah untuk membincangkan beberapa isu-isu yang berkaitan dengan hubungan persekutuan negeri dan bukanlah isu pribadi. Namun beliau membalas komen saya akan 20 perkara adalah :

“Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20 Perkara, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…”

— Tun Dr Mahathir

Menurut pandangan Ketua Program Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata:

Jeffrey diperlukan sebagai penggerak sebenar PKR di Sabah dan Sarawak kerana mereka melihat peluang untuk merampas kedua-dua negeri di Borneo itu masih ada dan potensi penggeraknya ialah adik Joseph itu sendiri.

[21][22]

Sewaktu perbahasan sulung beliau di Parlimen, beliau pernah menyatakan secara terbuka

28 tahun yang lalu, pada 13hb. Mei 1991, saya ditahan dibawah ISA kerana menyentuh Hak-hak Sabah dalam 20-Perkara. Apabila saya masuk Politik selepas itu, saya dipanggil “ORANG GILA” kerana berani [Gila] Menuntut Hak-hak Sabah yang pada waktu itu di “haramkan” tetapi dalam PRU-14 semua pemimpin jadi “Gila” kerana dah ikut cakap orang gila dan memasukkan Isu MA63 dan Hak-hak Sabah Sarawak dalam Manifesto Mereka. Jangan “JANJI TERANG BULAN” Sekarang PH dah jadi Kerajaan dan Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri yang Kedua kali. Janganlah jadikan Janji dalam Manifesto “MENGEMBALIKAN HAK DAN STATUS SABAH SARAWAK DALAM 100 HARI” sebagai hanya “JANJI TERANG BULAN” kami bilang kalau di Sabah. Sepertimana yang telah berlaku kepada MA63 selama 55 tahun.[23][24][25]

Isu Pendatang Tanpa Izin

sunting

Keputusan Lompat parti

sunting

Isu PRU-14

sunting

Isu Kredit Karbon

sunting

Pada akhir 2021, Mongabay melaporkan bahawa Kitingan terlibat dalam perjanjian kredit karbon yang ditandatangani pada Oktober 2021 yang mengisytiharkan 2 juta hektar sebagai kawasan perlindungan, tanpa perundingan orang asli yang tinggal di sana .[26][27] Kumpulan masyarakat sivil dan pemimpin orang asli adalah kritikal terhadap kerahsiaan perjanjian dan sama ada akreditasi karbon syarikat, Hoch Standard, mempunyai pengalaman terdahulu untuk melaksanakannya.[28]

Isu Kehadiran Jeffrey di Parlimen

sunting

Pada 25 November 2020 yang lalu, kehadiran Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Dewan Rakyat mengundang pertikaian sesama pembahasan dijalankan setelah disyaki positif Covid-19,[29] antara yang menimbulkan persoalan dan protes adalah Teo Nie Ching (DAP-Kulai), Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai), Datuk Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) dan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka). [30] Peristiwa ini  dibangkitkan dengan kehadiran Jeffrey di Dewan Rakyat yang disifatkannya bertentangan dengan arahan kuarantin wajib 14 hari ditetapkan Kementerian Kesihatan terhadap mereka yang datang dari Sabah melalui kenyataan Datuk Mohd Azis Jamman. [31]

Kenyataan itu dibalas beliau dengan tenang,[32] setelah beliau merujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk melakukan beberapa ujian calitan Covid-19 dan darah terhadapnya sejak ketibaannya di Kuala Lumpur pada 12 November lalu. Berikutan itu, Beliau menafikan dakwaan yang turut mengatakan beliau masih berada di Kota Kinabalu pada 13 November lalu. Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan berniat jahat bertujuan merosakkan reputasinya sebagai pemimpin. [33][34][35][36][37]

Pilihan raya

sunting

Keputusan pilihan raya

sunting
Parlimen Malaysia[38][39]
Tahun Kawasan Nama Undian Peratus Lawan Undian Peratus Jumlah undian Majoriti Peratus turun mengundi
1995 P147 Bandau, Sabah Jeffrey Kitingan (AKAR) 5,851 34.98% Maximus Ongkili (PBS) 10,716 64.06% 16,927 4,865 69.72%
Jomilon Mojuntin (Bebas) 162 0.97%
2008 P180 Keningau, Sabah Jeffrey Kitingan (PKR) 10,334 40.53% Joseph Pairin Kitingan (PBS) 14,598 57.27% 25,926 4,264 72.96%
Peter Kodou (DAP) 560 2.20%
2013 Jeffrey Kitingan (STAR) 11,900 33.48% Joseph Pairin Kitingan (PBS) 15,818 44.50% 36,098 3,918 82.73%
Stephen Sandor (PKR) 7,825 22.02%
2018 Jeffrey Kitingan (STAR Sabah) 13,286 33.09% Jake Nointin (WARISAN) 13,241 32.98% 40,671 45 79.02%
Daniel Kinsik (PBS) 12,742 31.74%
Jius Awang (PCS) 433 1.08%
Maimin Rijan (Bebas) 248 0.62%
Justin Guka (Bebas) 199 0.50%
Dewan Undangan Negeri Sabah[40]
Tahun Kawasan Nama Undian Peratus Lawan Undian Peratus Jumlah undian Majoriti Peratus turun mengundi
1994 N25 Bingkor, P156 Kinabalu Jeffrey Kitingan (PBS) 6,408 68.57% Injon Sedomon (PBRS) 2,249 24.07% 9,415 4,159 78.06%
Ayub Aman (Bebas) 688 7.36%
1999 N28 Bingkor, P157 Keningau Jeffrey Kitingan (PBS) 8,339 61.19% Joseph Kurup (PBRS) 4,871 35.75% 13,744 3,468 72.30%
Kuilan Anggau (BERSEKUTU) 395 2.90%
Peter Kodou (Bebas) 22 0.16%
2004 N37 Sook, P182 Pensiangan Jeffrey Kitingan (Bebas) 3,578 45.83% Joseph Kurup (PBRS) 3,973 50.90% 7,984 395 70.53%
Yapilin Nawawi (IND) 255 3.27%
2008 N33 Bingkor, P180 Keningau Jeffrey Kitingan (PKR) 4,418 47.51% Justin Guka (UPKO) 4,589 49.34% 9,455 171 70.88%
Uling Anggan (Bebas) 164 1.76%
Victor Leornadus (Bebas) 129 1.39%
2013 Jeffrey Kitingan (STAR) 5,350 42.05% Kennedy Jie John (UPKO) 4,894 38.47% 12,908 456 81.40%
Ahmad Shah Hussein Tambakau (PKR) 2,368 18.61%
Ricky Sedomon (Bebas) 111 0.87%
2018 N32 Tambunan, P180 Keningau Jeffrey Kitingan (STAR) 6,136 46.78% Joseph Pairin Kitingan (PBS) 5,099 38.86% 13,322 1,037 82.00%
Justin Alip (WARISAN) 1,427 10.88%
Nestor Joannes (PCS) 456 3.48%
2020 N39 Tambunan, P180 Keningau Jeffrey Kitingan (STAR) 8,691 75.21% Laurentius Nayan Yambu (UPKO) 1,899 16.44% 11,555 6,792 69.98%
Silverius Bruno (PBS) 439 3.80%
Damian Richard Marcus Podtung (PCS) 326 2.82%
Nordin Jaini (GAGASAN) 140 1.21%
Jimmy Palikat (Bebas) 60 0.52%

Kesihatan

sunting

Dari Disember 2007 hingga Mei 2008, selama enam bulan beliau terlantar di katil akibat kemalangan dan hampir lumpuh[41].

Pada 3 Januari 2021, Jeffrey Kitingan didapati positif penyakit Coronavirus (COVID-19) dan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah[42]. Dia dan isterinya pulih dari Covid-19 pada 16 Januari 2021[43].

Penulisan

sunting
  • Pembangunan Insan: Pendekatan Baru Yayasan Sabah dalam Pembangunan Luar Bandar (1990) ISBN 967-9910-21-0
  • Justice for Sabah

Jawatan

sunting

Anugerah dan penghargaan

sunting

Malaysia

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Portal Resmi Alhi Parlimen Malaysia, biodata Jeffrey Kitingan.
  2. ^ Jeffrey Kitingan is a Malaysian politician. He is a Leader of Homeland Solidarity Party. Biodata Jeffrey Kitingan.
  3. ^ "Information of Kitingan Clan" Laman web keluarga Kitingan yang diciptakan oleh adiknya, Laurentius Kitingan.
  4. ^ Geni Website "Profile Kitingan Sabandau" di kemaskini pada 25 March 2021.
  5. ^ Geni Website "Datin Lucia Laimah"
  6. ^ Website Kitingan Clan, Perenggan Pertama.
  7. ^ Gapari Life Biografi dan Biodata.
  8. ^ Marion B. Gammill (10 Februari 1992). "Kennedy School Graduate Held Prisoner". The Harvard Crimson. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-25. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  9. ^ "SK Pekan Tambunan". 2016-09-27.
  10. ^ Lihat bahagian Career. klik sini
  11. ^ a b c Ruben Sario (30 Oktober 2009). "Jeffrey invited to rejoin PBS". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-12. Dicapai pada 12 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  12. ^ a b c Bernama (27 Jun 2012). "Lompat parti: Justifikasi Jeffrey Kitingan tidak boleh diterima". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-17. Dicapai pada 12 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  13. ^ "Dr Jeffrey letak jawatan Naib Presiden PKR tetapi kekal anggota parti". mStar. 28 Oktober 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-12. Dicapai pada 12 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ "Dr Jeffrey Kitingan Keluar Parti". mStar. 2 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-12. Dicapai pada 12 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  15. ^ Jenne Lajiun (15 Julai 2016). "Reformed, rebranded STAR now Sabah-based party". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-01. Dicapai pada 12 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  16. ^ "Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara Parlimen Kelapan Penggal Keempat" (PDF). Parlimen Malaysia. 14 Disember 1994. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-02-12. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  17. ^ a b "Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara Parlimen Kelapan Penggal Keempat" (PDF). Parlimen Malaysia. 15 Disember 1994. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-02-12. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  18. ^ "Nancy menteri pelancongan". Berita Harian. 9 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-02. Dicapai pada 11 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  19. ^ "Human Rights Undermined: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy". Amnesty International. 1 September 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-08-24. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  20. ^ Lihat Video Kepulangan Jeffrey Disini
  21. ^ 'Yang dikatakan Politik sebenar', diterbitkan oleh m-Star pada rabu, 16 Disember 2009. Lihat Perenggan 20
  22. ^ PKR Sabah akan pertahankan Jeffrey Kitingan, diterbitkan dari Malaysia Kini pada 10 oktober 2006 dan dikemas-kini pada 29 Januari 2008 oleh Tony Thein.
  23. ^ Media Solidariti (27 Julai 2018) "28 tahun yang lalu pada 13 Mei 1991, saya telah ditahan di bawah Akta ISA kerana menyentuh hak-hak Sabah di dalam 20 Perkara..." melalui aplikasi Facebook, dicapai pada 4 Januari 2022.
  24. ^ Penerangan Parti StarSabah (25 Julai 2018) "Ucapan Sulung DDJK di Parlimen" Facebook, Ucapan penuh. Durasi pada 3.13 minit
  25. ^ "LIVE: Sidang Dewan Rakyat, sesi pagi 25 Julai 2018" oleh KiniTV melalaui medium Youtube pada 25 Julai 2018.
  26. ^ "Bornean communities locked into 2-million-hectare carbon deal they don't know about". Mongabay Environmental News (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-09. Dicapai pada 2022-02-14.
  27. ^ "Malaysian officials dampen prospects for giant, secret carbon deal in Sabah". Mongabay Environmental News (dalam bahasa Inggeris). 2022-02-10. Dicapai pada 2022-02-14.
  28. ^ "Indigenous leader sues over Borneo natural capital deal". Mongabay Environmental News (dalam bahasa Inggeris). 2021-12-17. Dicapai pada 2022-02-14.
  29. ^ "Timbalan menteri Sabah Positif Covid-19" sinar harian
  30. ^ "Kecoh pertikai kehadiran Jeffrey ke parlimen" dari metrotv bertarikh 24 November.
  31. ^ "Dewan kecoh pembangkang persoal kehadiran Jeffrey ke-sidang parlimen" dari astroawani
  32. ^ "Ahli parlimen Star Sabah tenang sahaja" daripada utusan malaysia bertarikh 30 Julai 2021 oleh SURAIDAH ROSLAN.
  33. ^ "KKM beri pelepasan awal kepada Jeffrey." dari harian metro Disiarkan pada: November 24, 2020
  34. ^ "Kehadiran Jeffrey Kitingan cetus bantahan MP" Diterbitkan oleh malaysiakini pada Nov 24, 2020.
  35. ^ "Jeffrey Kitingan ada pelepasan, kekecohan terjawab" diterbitkan oleh Harakah daily pada November 25, 2020
  36. ^ "Jeffrey diberi pelepasan awal oleh Kementerian Kesihatan" ditulis oleh ASYIKIN ASMIN bertarikh 25 November 2020 di Sinar Harian.
  37. ^ "Pelepasan awal dari kuarantin tidak bersifat politik " oleh Wartawan SuaraMerdeka pada 26 November 2020.
  38. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
  39. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018.
  40. ^ "N32 Tambunan". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 May 2020.
  41. ^ BERNAMA (19 Disember 2007). "Jeffrey Kitingan Seriously Injured In Car Crash". Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-12. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  42. ^ Izwan Abdullah (4 Januari 2021). "Jeffrey Kitingan positif COVID-19". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-06. Dicapai pada 12 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  43. ^ "Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang". Borneo Today. 16 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-16. Dicapai pada 12 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  44. ^ MANTAN-MANTAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH INNOPRISE CORPORATION SDN. BHD.
  45. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Dicapai pada 2021-11-13.
  46. ^ "Hamzah Zainudin, Ismail Sabri antara empat dapat Datuk Seri Panglima Sabah". Berita Harian. 2 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Oktober 2020.