Jawatankuasa Wanita Negeri
Jawatankuasa Wanita Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pembangunan masyarakat termasuk wanita terletak di bawah bidang kuasa bersama antara persekutuan dan negeri[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi membantu urusan pembangunan wanita di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Senarai
suntingBerikut merupakan senarai jawatankuasa dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti politik | Dilantik pada |
---|---|---|---|---|---|
Persekutuan | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | Nancy Shukri | GPS (PBB) | 2 Disember 2022[2] | |
1 | Sarawak | Kementerian Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat | Fatimah Abdullah | GPS (PBB) | 30 Disember 2021[3] |
2 | Johor | Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | Khairin Nisa Ismail | BN (UMNO) | 26 Mac 2022[4] |
3 | Perak | Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan | Salbiah Mohamed | BN (UMNO) | 24 November 2022[5] |
4 | Perlis | Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | Wan Badariah Wan Saad | PN (PAS) | 25 November 2022[6] |
5 | Pahang | Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga | Sabariah Saidan | BN (UMNO) | 14 Disember 2022[7] |
6 | Sabah | Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat | James Ratib | BN (UMNO) | 11 Januari 2023[8] |
7 | Melaka | Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti | Kalsom Noordin | BN (UMNO) | 5 April 2023[9] |
8 | Terengganu | Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional | Maliaman Kassim | PN (PAS) | 16 Ogos 2023 |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam | Lim Siew Khim | PH (DAP) | 16 Ogos 2023 |
10 | Kedah | Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat; dan Perpaduan | Halimaton Shaadiah Saad | PN (Bersatu) | 21 Ogos 2023[10] |
11 | Kelantan | Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita | Rohani Ibrahim | PN (PAS) | 23 Ogos 2023[11] |
12 | Selangor | Jawatankuasa Pemberdayaan Wanita dan Keluarga | Anfaal Saari | PH (Amanah) | 23 Ogos 2023[12] |
13 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat | Noorzunita Begum Mohd Ibrahim | PH (Keadilan) | 24 Ogos 2023[13] |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.
- ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-02. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Kabinet Abang Jo ada 10 menteri, 26 menteri muda". Malaysiakini. 2021-12-30. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Senarai portfolio Exco Johor". Harian Metro. 26 Mac 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ IDRIS, SAYED HESHAM (2022-11-24). "Saarani umum senarai portfolio Exco Perak". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ JAMALUDIN, SITI NURAZLINA (2022-11-25). "Perlis kecilkan saiz Exco". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". Berita Harian. 14 Disember 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ ROSLAN, SURAIDAH (2023-01-11). "Bung Moktar digugurkan, tiga menteri baharu dilantik, Shahelmey timbalan ketua menteri baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-11.
- ^ "10 EXCO angkat sumpah, Kerajaan Perpaduan di Melaka". Berita Harian. 5 April 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
- ^ AZIMI, MOHD RAFIE (2023-08-21). "10 ADUN Kedah selesai angkat sumpah Exco". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-08-21.
- ^ "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ JAAFAR, NORAFIZA (2023-08-23). "Amirudin pegang lima, umum portfolio 10 Exco Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ "Senarai penuh EXCO Negeri Sembilan, Aminuddin terajui 3 portfolio". Berita Harian. 24 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.