Khairin-Nisa Ismail

Hjh Khairin Nisa binti Ismail merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia. Sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri Johor untuk Serom sejak 2022.

YB Hajah
Khairin-Nisa Ismail
ADN
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Menyandang jawatan
26 Mac 2022
Menteri BesarOnn Hafiz Ghazi
Didahului olehZaiton Ismail
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Serom
Menyandang jawatan
21 April 2022
Didahului olehFaizul Amri Adnan
Maklumat peribadi
Lahir
Khairun-Nisa binti Ismail @ Md On

Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikUMNO
Gabungan politik
lain
BN
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam

Kerjaya

sunting

Beliau yang juga seorang bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu membuka sebuah firma guaman yang dinamakan sempena namanya, Khairin-Nisa & Co., di Muar, Johor pada 23 Mei 1990.[1]

Pada pilihan raya negeri Johor 2022, beliau bertanding untuk Serom di bawah panji Barisan Nasional (BN) dan menewaskan 4 calon-calon lain — Rahmat Daud dari Perikatan Nasional (PN), Asim Abdullah dari Pakatan Harapan (PH), dan Azim Malek dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).[2] Dalam partinya, beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang.[3]

Beliau mengangkat sumpah sebagai salah seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Johor pada 26 Mac 2022.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Khairin-Nisa & Co., Muar". Dicapai pada 27 Mac 2022.
  2. ^ "KEPUTUSAN TERKINI DUN N.11". Dicapai pada 27 Mac 2022.
  3. ^ "Masyarakat DUN Serom mahu BN tadbir semula – Khairin-Nisa". 4 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  4. ^ "New faces make up 70% of Johor exco line-up — MB". 26 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.

Pautan luar

sunting