9 Januari
tarikh
(Dilencongkan daripada Januari 9)
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
9 Januari merupakan hari kesembilan dalam kalendar Gregory. Tinggal 356 hari (atau 357 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Syahid di Panama (1964) dan Perayaan Nasrani Hitam di Filipina.
Peristiwa
sunting- 475 - Basiliscus menjadi Maharaja Byzantine selepas Zeno diusir dari ibu kota Constantinople.
- 1349 - Kaum Yahudi di Basel, Switzerland, yang dipercayai membawa wabak bubonik, dihimpunkan lalu dibakar hidup-hidup.
- 1431 - Siasatan hakim bagi perbicaraan Jeanne d'Arc bermula di Rouen, Perancis, di mana duduknya kerajaan penduduk Inggeris.
- 1760 - Kaum Afghan menumpaskan kaum Maratha di Pertempuran Barari Ghat.
- 1768 - Philip Astley mempersembahkan sarkas moden yang pertama di London.
- 1788 - Connecticut menjadi negeri kelima Amerika Syarikat.
- 1793 - Jean-Pierre Blanchard menjadi orang pertama yang terbang menaiki belon udara di Amerika Syarikat.
- 1799 - Perdana Menteri Britain William Pitt memulakan sistem cukai pendapatan untuk mengumpul dana peperangan menentang Napoleon.
- 1816 - Sir Humphry Davy menguji lampu Davy bagi para pelombong di Lombong Arang Batu Hebburn.
- 1822 - Putera Portugis Pedro I menetap di Brazil meskipun dilarang titah Raja João VI, lalu melancarkan proses kemerdekaan Brazil.
- 1833 - Termeterai satu perjanjian sempadan Rembau dan Melaka yang ditandatangani di Naning di antara Ketua Pemerintah Rembau dan pembesar-pembesarnya dengan wakil-wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- 1839 - Akademi Sains Perancis mengumumkan Daguerreotaip, satu proses fotografi yang dinamakan bersempena perekanya, Louis Daguerre (gambar).
- 1857 - Berlakunya gempa bumi Fort Tejon di California yang mencatat magnitud kira-kira 7.9.
- 1858 - Anson Jones, Presiden terakhir Republik Texas, membunuh diri.
- 1861 - Perang Saudara Amerika: Insiden "Star of the West" berlaku berhampiran Charleston, Carolina Selatan, dianggap oleh ahli sejarah sebagai "Tembakan Pertama Perang Saudara Amerika".
- 1861 - Mississippi menjadi negeri kedua yang berpisah dari Kesatuan sebelum terletusnya Perang Saudara Amerika.
- 1878 - Umberto I menjadi Raja Itali selepas kemangkatan ayahandanya Vittorio Emanuele II.
- 1894 - New England Telephone and Telegraph memasangkan papan suis telefon berkuasa bateri pertama di Lexington, Massachusetts.
- 1903 - Hallam Tennyson, 2nd Baron Tennyson, anak kepada penyajak masyhur Alfred Tennyson, menjadi Gabenor Jeneral kedua Australia.
- 1905 - Menurut takwim Julius yang dipakai ketika itu, golongan buruh Rusia yang mengadakan perarakan di Istana Musim Sejuk dibunuh beramai-ramai oleh askar Tsar, maka melancarkan Revolusi Rusia 1905.
- 1916 - Perang Dunia Pertama: Empayar Uthmaniyyah menewaskan gabungan tentera British dan Perancis dalam Pertempuran Canakkale di Gallipoli.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Pertempuran Rafa terjadi berhampiran sempadan Mesir dengan Palestin.
- 1923 - Autogiro, sejenis kenderaan berotor ciptaan jurutera awam dan juruterbang Juan de la Cierva, berjaya terbang di Madrid, Sepanyol.
- 1941 - Penerbangan pertama Avro Lancaster.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Kapal Triton (S.112) Greece mengelamkan kapal selam Neghelli Itali di Otranto.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Bandar Jesselton, ibu negeri Sabah yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu telah jatuh ke tangan Jepun.
- 1945 - Tentera Amerika Syarikat menyerang Luzon di Filipina.
- 1947 - Elizabeth "Betty" Short yang dikenali sebagai Black Dahlia, ditemui hidup buat kali terakhir.
- 1951 - Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dibuka secara rasmi di Bandar Raya New York.
- 1964 - Hari Syahid di Panama: Rusuhan empat hari meletus atas sebab pertikaian kedaulatan Zon Terusan Panama.
- 1968 - Salji turun di Bandar Mexico buat sekali sahaja selama tiga hari berturut-turut.
- 1972 - Kapal RMS Queen Elizabeth diranapkan api di Pelabuhan Victoria, Hong Kong.
- 1986 - Setelah kalah dalam perebutan paten kepada Polaroid, Kodak terpaksa menghentikan niaga kamera segeranya.
- 1991 - Pihak Kesatuan Soviet menyerbu kota Vilnius untuk menghalang kemerdekaan Lithuania.
- 1997 - A Comair Embraer EMB 120 crashes during approach into Detroit Metro Airport, mengorbankan 29 orang.
- 2001 - Shenzhou 2, kapal angkasa lepas tanpa manusia buatan China, dilancarkan.
- 2005 - Perjanjian Naivasha ditandatangani kerajaan Sudan dan pihak pemberontak Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan di Naivasha, Kenya.
- 2005 - Pilihan raya diadakan untuk mencari pengganti Yasser Arafat sebagai ketua Pertubuhan Pembebasan Palestin. Arafat diganti oleh Rawhi Fattouh.
- 2007 - CEO Apple Inc., Steve Jobs memperkenalkan iPhone.
- 2011 - Penerbangan 277 Iran Air terhempas berhampiran Lapangan Terbang Urmia, Azarbaijan Barat, Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 maut.
- 2011 - Undian diteruskan dalam sebuah pungutan suara untuk menentukan sama ada Sudan Selatan patut merdeka daripada Sudan.
- 2012 - Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dalam kes liwat yang membabitkannya dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.
- 2017 - Mohd Faiz Subri memenangi FIFA Puskás Awards 2016 (baca disini).
Kelahiran
sunting- 1913 - Richard Nixon, Presiden Amerika Syarikat ke-37
- 1978 - Ustaz Dr. Idris Sulaiman, Ulama dan pendakwah Malaysia
- 1988 - Laura Basuki, pelakon wanita Indonesia
Kematian
sunting- 1878 - Victor Emmanuel II, Raja Itali
- 2011 - Malam Bacai Sanhá, Presiden Guinea-Bissau
- 2015 - Abdul Rahman Ya'kub, Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat