Jampuk pulau kecil Filipina
Jampuk pulau kecil Filipina (Otus mantananensis),[3] turut dikenali sebagai hantu Mantani,[4] ialah burung hantu kecil dalam genus jampuk, iaitu Otus yang dijumpai di pulau-pulau kecil di antara Borneo dan Filipina. Ia disenaraikan sebagai "hampir terancam" oleh IUCN lantaran julatnya yang terbatas dengan populasi terpecah-pecah di beberapa pulau berlainan dan habitat hutannya yang merosot akibat pembalakan dan pemugaran berterusan.
Jampuk pulau kecil Filipina | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Strigiformes |
Keluarga: | Strigidae |
Genus: | Otus |
Spesies: | O. mantananensis
|
Nama binomial | |
Otus mantananensis (Sharpe, 1892)
|
Pengekalan
suntingBurung ini merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.
Rujukan
sunting- ^ BirdLife International (2017). "Otus mantananensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T22688656A111043242. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-1.RLTS.T22688656A111043242.en. Dicapai pada 12 November 2021.
- ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
- ^ "Senarai Burung Malaysia (Lengkap)". Burung di Malaysia. Dicapai pada 18 September 2024.
- ^ Otus mantananensis. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/22082. [Didapatkan kembali 18 September 2024].