Jamie Dwyer

Australian male field hockey player

Jamie Dwyer (lahir 12 Mac 1979) adalah pemain hoki Australia. Beliau telah memainkan untuk kelab hoki Easts and YMCA Coastal City kelab Hoki di Australia. Dia bermain hoki profesional di England untuk Crawley Hockey Club. Dia bermain untuk Queensland Blades di Liga Hoki Australia. Beliau memulakan kerjaya sebagai pemain remaja bagi Australia pada tahun 1995, dan untuk senior pada tahun 2001. Beliau telah memainkan lebih 250 perlawanan untuk Australia dan menjaringkan lebih 150 gol. Beliau telah mewakili Australia di Sukan Olimpik 2004 di mana beliau memenangi pingat emas dan Olimpik 2008 dan Olimpik 2012 di mana Australia memenangi pingat gangsa. Beliau turut mewakili Australia di Sukan Komanwel 2006 di mana beliau memenangi pingat emas dan di Komanwel 2010 beliau juga memenangi emas. Beliau telah memenangi pingat perak pada Hoki Piala Dunia 2002 dan Hoki Piala Dunia 2006. Beliau memenangi pingat emas pada Hoki Piala Dunia 2010.[1]

Jamie Dwyer
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1979-03-12) 12 Mac 1979 (umur 45)
Rockhampton, Queensland, Australia
Tinggi 1.72 m
Posisi permainan Forward
Kerjaya senior
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1998–2010 Queensland Blades
2009, 2012 Bloemendaal HC
2012–sekarang Punjab Warriors 14 (4)
Pasukan kebangsaan
2001–present Australia


Rujukan

sunting
  1. ^ "Cairns hosts international hockey clash". The Cairns Sun. Cairns, Australia. 15 February 2012. m/s. 4. TSU_T-20120215-1-004-877399. Dicapai pada 9 March 2012.

Pautan luar

sunting