Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan (JKRNS) telah menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia sejak 100 tahun yang lalu. JKR telah menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang lebih baik untuk kehidupan seharian. JKR juga bertanggungjawab dalam membina jalan sebagai salah satu cara untuk berhubung yang mana ia merupakan pemangkin utama dalam pembangunan sosio ekonomi negara. Selain itu JKR juga bertanggungjawab menyediakan air yang bersih dan selamat untuk mewujudkan warga yang bersih dan sihat. Dalam usaha membangunankan Negara, aspek seni bina yang melambangkan warisan dan budaya rakyat Malaysia tidak pernah dilupakan. Justeru itu, beberapa bangunan yang dibina telah diterima sebagai mercu tanda Negara kita. JKR dengan ini berbangga menjadi penyumbang dalam pembangunan Malaysia.
جابتن كرجا راي نڬري سمبيلن | |
Intisari agensi kerajaan | |
---|---|
Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | Negeri Sembilan |
Ibu pejabat | Tingkat 2, Blok A, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan Malaysia 2°43′35″N 101°56′32″E / 2.726327°N 101.942225°E |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan Jabatan Kerja Raya Malaysia |
Laman sesawang | jkrns |
Visi
suntingKami akan menjadi penyedia perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi yang terkini.
Misi
suntingJKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :
- Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
- Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
- Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
- Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
- Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
- Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
- Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
- Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan
Objektif
suntingSebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk:
"Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".
Fungsi JKR
suntingJKR diwujudkan untuk :
Berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan Menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara. Menyediakan infrastruktur negara