Islam di Korea
Dianggarkan terdapat seramai 45,000 orang penganut agama Islam di Korea,[1] tidak termasuk pekerja-pekerja hijrahan tetap. Islam juga merupakan agama yang berkembang dengan pantas di Korea Selatan.[2] Termasuk juga pekerja-pekerja Korea yang memeluk agama Islam yang pulang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Di Korea Selatan, populasi orang Islam semakin meningkat sejak pengenalan agama tersebut tidak lama selepas Perang Korea. Masyarakat Islam (kelahiran Korea dan asing) tertumpu di sekitar Seoul yang menempatkan masjid besar kurun ke-20 pertama yang dibina pada tahun 1976 dengan pembiayaan oleh Misi Dakwah Islam Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.
Terdapat pertumbuhan perlahan tetapi nyata penghijrahan orang-orang Timur Tengah (Iran, Iraq, Kuwait dan Qatar) beserta Pakistan dan Malaysia ke Korea Selatan yang majoritinya beragama Islam semasa tahun 1990-an dan 2000-an, selalunya datang sebagai pekerja undangan ke negara ini.
Dipercayai bahawa tiada kehadiran nyata Islam di Korea Utara yang kegiatan keagamaan berautonomi secara umumnya hampir tidak wujud. Di sebalik fakta bahawa orang Islam Korea adalah masyarakat yang kecil, mereka merupakan sebahagian daripada struktur pelbagai agama masyarakat Korea yang melibatkan penganut agama Buddha, ajaran Tao dan agama Kristian.
Sejarah awal
suntingDari pertengahan hingga akhir kurun ke-7, pedagang-pedagang Islam telah mrentasi dari Khilafah ke negara China Tang serta membuat perhubungan dengan Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea.[3] Pada tahun 751, general Cina Gao Xianzhi telah memimpin Pertempuran Talas bagi pihak China Tang melawan Bani Abbasiyah namun tewas. Rujukan terawal bagi Korea dalam karya geografi bukan Asia Timur muncul dalam Tinjauan Umum Terhadap Jalan-jalan dan Kerajaan-kerajaan oleh Ibn Khurdadbih pada pertengahan kurun ke-9.[4]
Kehadiran Islam pertama yang dapat ditentusahkan di Korea bertarikh kembali ke kurun ke-9 semasa tempoh Penyatuan Silla dengan ketibaan pelayar-pelayar dan pedagang-pedagang Arab dan Parsi. Menurut beberapa ahli geografi Islam, termasuklah penjelajah dan ahli geografi Islam Parsi Ibn Khurdadhbih, ramai daripada mereka yang bermastautin di Korea lalu menubuhkan perkampungan orang Islam. [5] Beberapa catatan menunjukkan bahawa ramai pemastautin ini datang daripada Iraq.[6] Catatan-catatan lain menyatakan bahawa sejumlah besar puak Syiah Alawi menetap di Korea. [7] Lebih lanjut lagi terdapat kenyataan bahawa satu masyarakat orang Islam Timur Tengah di Silla adalah kelompok pengawal diraja yang mempunyai ciri-ciri Parsi yang tersendiri. [8] Pada masa kemudiannya ramai orang Islam pula yang berkahwin campur dengan wanita Korea. Beberapa asimilasi ke dalam agama Buddha dan Shamanisme berlaku akibat keterasingan geografi Korea daripada Tanah Arab.[9]
Perhubungan skala kecil dengan bangsa-bangsa yang majoriti beragama Islam, khususnya orang Uyghur, terus berjalan. Satu perkataan dalam bahasa Korea bagi Islam, hoegyo (회교, 回敎) datang daripada huihe (回紇), satu nama lama Cina bagi orang Uyghur. Semasa tempoh akhir Goryeo, terdapat masjid-masjid di ibukota Gaeseong.[10] Semasa pemerintahan Mongol di Korea, orang-orang Mongol amat bergantung pada orang Uyghur untuk membantu mereka menguruskan empayar mereka yang luas itu kerana celik huruf orang Uyghur dan pengalaman mereka dalam pengurusan jaringan-jaringan perdagangan yang berkembang luas. Sekurang-kurangnya dua daripada orang-orang Uyghur tersebut bermautastin di Korea dan menjadi leluhur kepada dua buah suku Korea. [4][11]
Salah seorang pendatang Asia Tengah pada asalnya datang untuk membantu seorang puteri Mongol yang dihantar untuk menjadi isteri Raja Chungnyeol. Dokumen-dokumen Goryeo mangatakan bahawa nama asal beliau ialah Samga tetapi, setelah dia berhasrat untuk bermastautin di Korea, raja tersebut mengurniakan kepada beliau nama Korea, Jang Sunnyong. Jang mengahwini seorang wanita Korea dan menjadi leluhur yang mengasaskan suku Deoksu Jang. Suku beliau telah menghasilkan ramai pegawai tinggi dan sarjana Confucianisme terhormat selama beberapa abad. Keturunan ke-25 kemudian, sekitar 30,000 melihat kembali kepada Jang Sunnyong sebagai pengasas suku mereka. Mereka sedar bahawa beliau bukan anak kelahiran Korea. Ramai yang percaya bahawa beliau adalah seorang Arab beragama Islam. Bagaimana pun, tiada kewujudan bukti pengaruh Islam ke atas tradisi-tradisi keluarga Deoksu Jang. Perkara yang sama berlaku pada keturunan seorang lagi pendatang Asia Tengah yang datang menetap di Korea. Seorang pendatang Asia Tengah (kemungkinan seorang Uyghur) yang bernama Seol Son melarikan diri ke Korea ketika pemberontakan Serban Merah meletus di saat-saat terakhir era pemerintahan dinasti Yuan Mongol. Beliau juga mengahwini seorang wanita Korea dan mengasaskan keturunan yang dipanggil Gyeongju Seol yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 2,000 orang di Korea hari ini, namun tiada sebarang petanda istimewa mengenai pengaruh Islam kelihatan.[4]
Pada zaman awal Joseon, takwim Islam bertindak sebagai asas bagi pembaharuan takwim kerana ketepatannya yang unggul berbanding takwim-takwim Cina yang wujud. Bagaimana pun, disebabkan keterasingan geografi dan politik Korea semasa zaman Joseon, Islam hilang dari Korea pada masa ia diperkenalkan semula pada kurun ke-20. Adalah dipercayai bahawa banyak amalan-amalan dan ajaran-ajaran agama tidak dapat bertahan lama.[4] Bagaimana pun, pada kurun ke-19, peneroka-peneroka Korea di Manchuria bertembung dengan ajaran-ajaran Islam sekali lagi; mereka ini menjadi orang Islam Korea yang pertama di zaman moden. [12]
Pengenalan semula pada kurun ke-20
suntingSemasa Perang Korea, Turki mengirim tentera kedua teramai (selepas Amerika) untuk membantu Korea Selatan di bawah arahan PBB. Di samping sumbangan mereka dalam medan pertempuran, orang Turki juga membantu dalam kerja kemanusiaan, membantu menguruskan sekolah-sekolah masa perang bagi anak-anak yatim akibat peperangan. Tidak lama selepas perang itu, beberapa orang Turki yang ditempatkan di Korea Selatan sebagai pengaman PBB mula mengajar orang-orang Korea mengenai Islam. Pemeluk terawal menubuhkan Persatuan Orang Islam Korea pada tahun 1955, ketika masjid pertama di Korea Selatan dibina.[13] Persatuan Orang Islam Korea berkembang cukup besar sehingga menjadi Persekutuan Orang Islam Korea pada tahun 1967.[4]
Hari Ini
suntingPada tahun 1962, kerajaan Malaysia telah menawarkan geran US$ 33,000 untuk sebuah masjid yang akan dibina di Seoul. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut terbantut akibat inflasi. Minat terhadap Islam mula meningkat hanya bermula pada sekitar 1970-an ketika hubungan ekonomi Korea Selatan dengan banyak negara Timur Tengah menjadi ketara. Sebahagian orang Korea yang bekerja di Arab Saudi telah memeluk Islam; apabila mereka menyempurnakan tempoh kerja masing-masing dan pulang ke Korea, mereka memperkukuhkan bilangan orang Islam asli.[4] Masjid Pusat Seoul akhirnya dibina di kejiranan Itaewon, Seoul pada tahun 1976. Hari ini terdapat juga masjid di Busan, Anyang, Gwangju, Jeonju and Daegu. Menurut Lee Hee-Soo (Yi Hui-su), presiden Institut Islam Korea, terdapat lebih kurang 40,000 orang Islam yang berdaftar di Korea Selatan, dan lebih kurang 10,000 dianggarkan adalah penganut yang salih.[14]
Yayasan Muslim Korea menyatakan bahawa ia akan membuka sekolah rendah Islam yang pertama dan akan dinamakan Sekolah Rendah Putera Sultan Bin Abdul Aziz pada bulan Mac 2009 dengan matlamat untuk membantu orang Islam di Korea mempelajari agama mereka menerusi kurikulum sekolah yang rasmi. Perancangan sedang dijalankan untuk membuka sebuah pusat kebudayaan, sekolah-sekolah menengah dan malahan universiti. Abdullah Al-Aifan, Duta Arab Saudi ke Seoul telah mengirimkan $ 500,000 kepada yayasan tersebut bagi pihak kerajaan Arab Saudi.[15]
Ramai orang Islam Korea mengatakan perbezaan gaya hidup mereka membuatkan mereka dapat berdiri teguh berbanding orang lain dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, kebimbangan terbesar mereka ialah sikap prejudis yang dirasai mereka selepas peristiwa 11 September 2001, ketika ramai orang menunjukkan minat terhadap idea-idea keislaman namun kebanyakannya jahil tentangnya.[16]
Rujukan
suntingCatatan
sunting- ^ Islam takes root and blooms
- ^ South Korea:Islam is this countries fastest growing religion
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGrayson
- ^ a b c d e f Baker, Don (Winter 2006). "Islam Struggles for a Toehold in Korea". Harvard Asia Quarterly. Dicapai pada 2007-04-23. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Baker" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Lee (1991) reviews the writings of more than 15 Arabic geographers on Silla, which most refer to as al-sila or al-shila.
- ^ Lee (1991, pp. 27-28) cites the writings of Dimashqi, Al-Maqrisi, and Al-Nuwairi as reporting Alawi emigration to Silla in the late 7th century.
- ^ Lee (1991, p. 26) cites the 10th-century chronicler Mas'udi.
- ^ These were found in the tomb of Wonseong of Silla, d. 798 (Kwon 1991, p. 10).
- ^ "Islamic Korea - Pravda.Ru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-06. Dicapai pada 2008-02-11.
- ^ "Islam takes root and blooms". Islam Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-02. Dicapai pada 2008-02-12. Unknown parameter
|accessday=
ignored (bantuan) - ^ "덕수장씨". Rootsinfo.co.kr (Korean language). Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-11-19. Dicapai pada 2006-03-20.
- ^ "About Seoul: Way of Life". Seoul City government website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-08. Dicapai pada 2006-03-20.
- ^ "About Seoul: Way of Life". Seoul City government website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-08. Dicapai pada 2006-03-20.
- ^ The article (in Korean) at [1] Diarkibkan 2002-09-28 di Wayback Machine quotes Lee Hee-Soo (Yi Hui-su), president of 한국 이슬람 학회 (Korea Islam Institute), with these figures.
- ^ http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2008/03/117_20746.html First Muslim School to Open Next Year
- ^ http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2007/08/117_8104.html Life is Very Hard for Korean Muslims
Sumber
sunting- Baker, Don (Winter 2006). "Islam Struggles for a Toehold in Korea". Harvard Asia Quarterly. Dicapai pada 2007-04-23.
- Kwon, Young-pil. (1991). Ancient Korean art and Central Asia: Non-Buddhist art prior to the 10th century. Korea Journal 31(2), 5-20. [2]
- Lee, Hee-Soo. (1991). Early Korea-Arabic maritime relations based on Muslim sources. Korea Journal 31(2), 21-32. [3]
Pautan luar
sunting- Korea Muslim Federation
- IslamKorea.com
- Islam dan Orang Islam di Korea Selatan
- Koleksi Khutbah-khutbah Orang Islam Korea (Audio) Diarkibkan 2005-02-07 di Wayback Machine
- Islam Struggles for a Toehold in Korea
- Terpesona gerakan solat, Puluhan tentara korea selatan masuk islam
- Geliat Dakwah Islam di Seoul (1)