Bangsa Uyghur
Bangsa Uyghur, atau Uygur, Uigur, Uyghur (Uyghur: ئۇيغۇر; Cina Ringkas: 维吾尔 ; Cina Tradisional: 維吾爾 ; pinyin: Wéiwú'ěr), merupakan sebuah etnik minoriti rasmi di Republik Rakyat China. Suku ini merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uyghur dan memeluk agama Islam.
Jumlah penduduk | |
---|---|
Sekitar 10 juta [1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Xinjiang Pakistan Kazakhstan Kyrgyzstan Uzbekistan Mongolia Turki Rusia | |
Bahasa | |
Uyghur, Mandarin | |
Agama | |
Sunni[2] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Other Etnik bangsa Turkik |
Bangsa Uyghur bersama kaum Hui menjadi kaum utama pemeluk agama Islam di China. Namun, ada perbezaan budaya dan gaya hidup yang ketara di antara kedua-dua etnik minoriti ini. Bangsa Uyghur lebih menjurus kepada kehidupan Asia Tengah, manakala Orang Hui lebih condong mengamal budaya Konfusianis oriental.
Bangsa Uyghur banyak terdapat di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang. Manakala, di Wilayah Hunan, merupakan kawasan yang paling tinggi dihuni oleh orang Uyghur di China. Komuniti Uyghur boleh didapati dinegara-negara seperti di Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Juga, bangsa Uyghur ini menghuni dikawasan Asia Selatan, iaitu di Afghanistan dan Pakistan. Selain itu, bangsa ini menghuni di Turki.
Budaya
suntingAgama
suntingKebanyakan Orang Uyghur merupakan pemeluk Islam Sunni, bermazhabkan Hanafi.
Bahasa
suntingTerdapat persamaan pertuturan bahasa diantara orang Ugyhur dengan orang Uzbek dan Turki, ini kerana, bahasa yang ditutur adalah jenis Altaik. Selain penggunaan bahasa ini, bahasa Arab juga digunakan, ini adalah kerana bagi memudahkan pemahaman Al-Quran. Orang Uyghur berkebolehan berbahasa seperti bahasa-bahasa Cina, Rusia, Uzbek, Kazakh, Kyrgyz dan Turki, ini terjadi kerana orang Uyghur, menghuni dikawasan-kawasan berhampiran dengan negara-negara asal tersebut.
Pendidikan
suntingOrang Uyghur yang ingin melanjutkan ke peringkat universiti, perlu memahami dan lulus peperiksaan bahasa Cina [3]
Makanan
suntingPemakanan orang Uyghur banyak berasas dari daging kambing dan biri-biri. Manakala, bekalan sumber karbohidrat datang dari roti dan Lamian.
Lihat Juga
suntingRujukan
sunting- ^ Show China
- ^ CNN.com - Xinjiang: On the new frontier - Apr 21, 2005
- ^ "Uighur Language - Fact and Details: UIGHURS, UIGHUR HISTORY, LIFE AND CULTURE". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-27. Dicapai pada 2012-02-09.