Bulterier

baka anjing dari England
(Dilencongkan daripada Irish bullterrier)

Bulterier atau bull terrier[a] ialah satu baka anjing dalam keluarga terier. Ada juga versi katik bagi baka ini yang dikenali secara rasmi sebagai bulterier katik. Baka ini berasal dari England abad ke-19. Bulterier paling mudah dikecam dengan ciri kepala uniknya. Bulterier pada asalnya dibiakbakakan untuk kawalan haiwan perosak dan sukan darah.

Bulterier
Nama lainBull terrier
Bulterier Inggeris
Bull terrier Inggeris
Bully terrier
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan Tiada had[1]
Betina Tiada had[1]
Tinggi Jantan Tiada had[1]
Betina Tiada had[1]
Bulu Pendek, padat
Warna Putih, brindle, perang kekuning-kuningan, merah, jelaga merah, hitam, dan triwarna (campuran hitam, merah, dan putih).
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan

sunting
 
Seekor bulterier brindle yang menunjukkan profil kepala, mata segi tiga, tubuh tegap dan sangat berotot

Ciri paling mudah kecam pada bulterier kepalanya yang diperihalkan 'berbentuk telur', apabila dipandang dari hadapan; bahagian atas tengkorak dan muka hampir rata. Profilnya melengkung dengan lembut ke arah bawah dari bahagian atas tengkorak ke hujung hidung, yang berwarna hitam dan bengkok ke arah bawah di hujung, dengan lubang hidung cukup terbentuk. Rahang bawahnya dalam dan kuat. Mata segi tiga uniknya adalah kecil, gelap dan terletak dalam-dalam.[2] Bulterier ialah satu-satunya anjing yang mempunyai mata segi tiga.[3] Tubuhnya penuh dan bulat dengan bahu kuat dan berotot. Ekornya terangkat secara mendatar. Ia sama ada berwarna putih, merah, perang kekuning-kuningan, hitam, brindle, atau gabungan warna-warna ini.[4]

Perangai

sunting

Bulterier dapat menjadi berdikari dan degil[5] dan atas sebab ini tidak dianggap sesuai untuk pemilik anjing tidak berpengalaman. Bulterier mempunyai perangai sekata dan sudi menerima disiplin. Walaupun ketegar, baka ini diperihalkan oleh Bull Terrier Club sebagai baka yang amat baik dengan manusia.[3] Sosialisasi awal akan memastikan bahawa anjing ini akan bergaul sebaiknya dengan anjing dan haiwan lain.[6] Keperibadiannya diperihalkan sebagai anjing berani, penuh semangat, dengan sikap suka berseronok,[3] menyayangi kanak-kanak, dan anggota keluarga sempurna. Walaupun baka ini telah menjadi sasaran perundangan spesifik baka, sebuah kajian tahun 2008 di Jerman tidak mendapati bahawa bulterier mempunyai sebarang perbezaan perangai ketara daripada anjing pengutip keemasan dalam penyelidikan perangai keseluruhan.[7]

Kesihatan

sunting

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[8]

Kepekakan berlaku pada 20.4% bulterier putih metah dan 1.3% bulterier berwarna,[9] kerap sukar untuk diperhatikan pada usia muda. Banyak bulterier mempunyai kecenderungan untuk mengalami alahan kulit.[10] Gigitan serangga, seperti yang daripada pinjal, dan kadang-kadang nyamuk dan tungau, dapat menghasilkan gerak balas alahan menyeluruh yang merupakan geligata, ruam, dan kegatalan. Tinjauan baka United Kingdom meletakkan jangka hayat mediannya pada 10 tahun dan minnya pada 9 tahun (1 s.f., RSE= 13.87% 2 d. p.), dengan bilangan anjing baik yang hidup sehingga 10–15 tahun.[11]

Akrodermatitis maut, yang juga dikenali sebagai akrodermatitis bulterier, ialah penyakit terwaris autosom monogen genodermatosis jarang yang terdapat secara eksklusif pada bulterier putih (termasuk bulterier katik). Keadaan ini biasanya membawa maut dan bercirikan pertumbuhan lemah, penurunan paras kuprum serum dan paras zink serum, keimunodefisienan, bronkopneumonia, lesi kulit, dan penghakisan pada hujung-hujung distal. Gejala lain yang berlaku hanya kemudian termasuk kerakan, papul, pustul, eritema, hiperkeratosis, dan pencairan warna. Keadaan ini menjelma dalam beberapa minggu pertama kehidupan dan kebanyakan anak anjing yang terjejas mati sebelum usia 2 tahun. Saiz anak anjing ini kira-kira separuh daripada rakan seperinduk tidak terjejas pada usia setahun. Tidak seperti keadaan manusia, iaitu akrodermatitis enteropatika, suplemen zink tidak memperbaik gejala.[12][13]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa bulterier mempunyai predisposisi terhadap kolangitis neutrofilia, kerana baka ini adalah 25.34 kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit ini.[14]

Sejarah

sunting
 
Bulterier James Hinks
 
Seekor bulterier sekitar 1915

Pada permulaan abad ke-19, baka-baka "bull and terrier" dikembangkan untuk memenuhi keperluan kawalan haiwan perosak dan sukan darah berdasarkan haiwan. Bull and terrier didasarkan pada buldog lama Inggeris (kini pupus) dan terier lama Inggeris dengan kemungkinan terier lain. Baka baharu ini menggabungkan kepantasan dan kecekatan terier yang terbina dengan ringan dengan kekuatan buldog, yang merupakan pemain lemah dalam kebanyakan situasi pertarungan, setelah dibiakbakakan hampir secara eksklusif untuk melawan lembu jantan dan beruang yang terikat pada tiang. Ramai pembiak baka mula membiakbakakan buldog dengan terier, dengan hujah bahawa campuran sedemikian meningkatkan kualiti pertarungan. Walaupun terdapat hakikat bahawa silangan antara buldog dengan terier adalah bernilai tinggi, sangat sedikit atau tiada apa-apa yang dilakukan untuk memulihara baka ini dalam bentuk aslinya. Oleh sebab ketiadaan piawaian baka—pembiakbakaan adalah untuk prestasi, bukan penampilan—"bull and terrier" akhirnya terbahagi kepada leluhur "bulterier" dan "bulterier Staffordshire", kedua-duanya lebih kecil dan lebih mudah dikendalikan berbanding dengan pendahulunya.[15]

Pada pertengahan abad ke-19, James Hinks mula membiakbakakan bull and terrier dengan "terier putih Inggeris" (kini pupus), untuk mendapatkan penampilan lebih bersih dengan tungkai lebih baik dan kepala lebih elok. Pada tahun 1862, Hinks memasukkan seekor betina yang dipanggil "Puss" yang dibapai oleh buldog putih beliau yang dipanggil "Madman" ke dalam Kelas Bulterier dalam pertunjukan anjing yang diadakan di Cremorne Gardens di Chelsea, London. Pada asalnya, anjing ini belum lagi mempunyai "wajah telur" yang kini dikenali, tetapi menyimpan stop dalam profil tengkorak.[16] Anjing ini segera popular dan pembiakbakaan diteruskan dengan menggunakan anjing Dalmatia, anjing penuding Sepanyol, dan whippet untuk meningkatkan keanggunan dan ketangkasan; dan borzoi dan collie kasar untuk mengurangkan stop. Hinks ingin agar anjing beliau berwarna putih dan dibiakbakakan khusus untuk ini. Bulterier moden pertama kini diiktiraf sebagai "Lord Gladiator", dari tahun 1917, yang menjadi anjing pertama tanpa stop sama sekali.[15][17]

Oleh sebab masalah perubatan yang berkaitan dengan pembiakbakaan putih menyeluruh, Ted Lyon antara yang lain mula memperkenalkan warna, dengan menggunakan bulterier Staffordshire pada awal abad ke-20. Bulterier berwarna diiktiraf sebagai keragaman terpisah (sekurang-kurangnya oleh AKC) pada tahun 1936.[16] Brindle ialah warna pilihan, tetapi warna lain dialu-alukan.[16][18]

Bersama-sama dengan pengakuran, trait-trait tingkah laku spesifik dicari-cari.

Bulterier terkenal

sunting
 
Willie, yang memakai teg anjing tentera darat yang ditetapkan, dengan Jeneral Patton dan Tentera Darat Ketiga Amerika Syarikat dalam perjalanan ke Paris (Ogos 1944)
  • Jeneral George S. Patton memiliki seekor bulterier yang bernama Willie. Anjing itu pernah dimiliki oleh seorang juruterbang RAF yang terkorban dan Patton membelinya di England pada tahun 1944. Apabila Willie bertarung dengan terier Scotland milik Dwight D. Eisenhower, Telek, Eisenhower berkata bahawa beliau ingin membawa Telek ke tingkat atas, namun Patton meminta maaf, dengan mengatakan bahawa Telek mengatasi Willie dan, oleh itu, Willie patut dikurung di kuarters.[19][20][21]
  • Theodore Roosevelt memiliki beberapa ekor haiwan peliharaan, termasuk bulterier Pete. Pete menerima banyak akhbar kontemporari setelah menggigit seorang kerani tentera laut serta mengejar dan menggigit duta besar Perancis.[22][23][24]
  • Dalam filem tahun 1963 The Incredible Journey, yang berdasarkan novel senama karya Sheila Burnford, seekor bulterier betina yang bernama Muffy memainkan peranan Old Bodger, haiwan tertua antara ketiga-tiga haiwan.
  • Dalam filem tahun 1955 It's a Dog's Life, anjing utama, Wildfire, dilakonkan oleh seekor bulterier putih dengan nama sama yang disuarakan oleh Vic Morrow.
  • Grim, anjing judul dalam Mother Goose and Grimm, lerang komik sindiket yang berlangsung sejak tahun 1984, ialah seekor bultrrier.[25]
  • Spuds MacKenzie ialah watak cereka yang digunakan untuk kempen pengiklanan meluas yang memasarkan bir Bud Light pada lewat tahun 1980-an yang digambarkan oleh seekor bulterier yang bernama Honey Tree Evil Eye.
  • Bullseye (yang dahulunya dikenali sebagai Spot) ialah seekor bulterier katik dan buat masa ini maskot rasmi Target Corporation.
  • Scud ialah bulterier milik Sid Phillips, antagonis utama, dalam Toy Story.
  • Novel tahun 1977 Hell Hound karya Ken Greenhall berkisar sekitar seekor bulterier putih pembunuh bernama Baxter. Novel ini diadaptasi sebagai filem Perancis Baxter (1989), yang dalamnya watak judulan itu dimainkan oleh seekor bulterier yang bernama Chimbot dan disuarakan oleh Maxime Leroux.
  • Gaspard dan Lisa, sepasang bulterier antropomorfik yang ditonjolkan dalam siri buku kanak-kanak.

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: بولتيريئر; بول تيريئر; bahasa Inggeris: bull terrier

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d "FCI-Standard N° 11 BULL TERRIER" [Piawaian FCI No. 11 Bulterier] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 23 Disember 2011. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ Mason, Walter Esplin (1915). Dogs of All Nations [Anjing dari Semua Bangsa] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: H. Judd. OCLC 1148609.
  3. ^ a b c "BREED STANDARD - The Bull Terrier Club" [PIAWAIAN BAKA - The Bull Terrier Club] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2015.
  4. ^ CKC Breed Standards (dalam bahasa Inggeris), Canadian Kennel Club, diarkibkan di Wayback Machine, 20 Februari 2008.
  5. ^ Breeder Retriever. "Bull Terrier Temperament" [Perangai Bulterier] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2012.
  6. ^ "ADBA American Pit Bull Terrier Puppy Socialization" [Sosialisasi Anak Pitbulterier Amerika ADBA]. American Dog Breeders Association (dalam bahasa Inggeris). 8 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2017.
  7. ^ Ott, Stefanie A.; Schalke, Esther; von Gaertner, Amelie M.; Hackbarth, Hansjoachim (25 Jun 2008). "Is there a difference? Comparison of golden retrievers and dogs affected by breed-specific legislation regarding aggressive behavior" [Adakah perbezaan? Perbandingan anjing pengutip keemasan dan anjing yang terjejas akibat perundangan spesifik baka mengenai tingkah laku agresif]. Journal of Veterinary Behavior (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 3 (3): 134–140. doi:10.1016/j.jveb.2007.09.009. ISSN 1878-7517. S2CID 59478994.
  8. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  9. ^ Breed-Specific Deafness Prevalence In Dogs (percent) (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 28 Januari 2013 di Wayback Machine. LSU.edu
  10. ^ Richards, Michael. Skin Disorders and Problems of Dogs (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 20 November 2007 di Wayback Machine, vetinfo4dogs.com
  11. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey" [Keputusan Baka Individu untuk Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2007.
  12. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 473–474. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
  13. ^ Bauer, Anina; Jagannathan, Vidhya; Högler, Sandra; Richter, Barbara; McEwan, Neil A.; Thomas, Anne; Cadieu, Edouard; André, Catherine; Hytönen, Marjo K.; Lohi, Hannes; Welle, Monika M.; Roosje, Petra; Mellersh, Cathryn Suzanne; Casal, Margret L.; Leeb, Tosso (22 Mac 2018). Fischer, Judith (penyunting). "MKLN1 splicing defect in dogs with lethal acrodermatitis" [Kecacatan hiris-cantum MKLN1 pada anjing dengan akrodermatitis maut]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 14 (3): e1007264. doi:10.1371/journal.pgen.1007264. ISSN 1553-7404. PMC 5863938. PMID 29565995. S2CID 4439722.
  14. ^ Bandara, Yuvani; Bayton, W. A.; Williams, T. L.; Scase, T.; Bexfield, Nicholas H. (21 Jun 2021). "Histopathological frequency of canine hepatobiliary disease in the United Kingdom" [Kekerapan histopatologi penyakit hati hempedu anjing di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 62 (9): 730–736. doi:10.1111/jsap.13354. ISSN 1748-5827. PMID 34155648. S2CID 235595314 Check |s2cid= value (bantuan).
  15. ^ a b "Canterbury Bull Terrier Club" (dalam bahasa Inggeris). 21 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2008.
  16. ^ a b c American Kennel Club:Bull Terrier History (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 5 Ogos 2015 di Wayback Machine, American Kennel Club
  17. ^ ANKC: Extended Breed Standard of The Bull Terrier & Bull Terrier (Miniature) (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 22 Julai 2008 di Wayback Machine, Australian National Kennel Council
  18. ^ T.W. Hogarth menerbitkan The Coloured and Colour Breeding (dalam bahasa Inggeris), Galashiels: A Walker & Son in 1932, yang menyertakan bab-bab – 'Colour Breeding in Bull Terriers' oleh Major T Grahame dan Captain J.N. Ritchie dan 'Colour Inheritance in Bull-terriers' oleh Dr F Fraser Darling.
  19. ^ Amanda Macias, "This photo shows Gen. Patton's dog Willie after the general's death" (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 10 April 2016 di Wayback Machine, Business Insider, 21 Disember 2015.
  20. ^ D'Este, Carlo (24 November 2015). Eisenhower: A Soldier's Life [Eisenhower: Kehidupan Askar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-5). New York, New York, Amerika Syarikat: Henry Holt and Company. ISBN 9781627799614. OCLC 928762555.
  21. ^ Forty, George (19 April 2015). Patton's Third Army at War [Angkatan Darat Ketiga Patton dalam Perang] (dalam bahasa Inggeris). Havertown, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Casemate Publishers. ISBN 9781612003160. OCLC 957700413.
  22. ^ Coren, Stanley (18 April 2002). The Pawprints of History: Dogs and the Course of Human Events [Tapak Kaki Sejarah: Anjing dan Perjalanan Peristiwa Manusia] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Andy Bartlett. New York, New York, Amerika Syarikat: Free Press. m/s. 279. ISBN 9780743227704. OCLC 900087273.
  23. ^ Dickey, Bronwen (10 Mei 2016). Pit Bull: The Battle over an American Icon [Pitbul: Pertempuran Mengenai Ikon Amerika] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). New York, New York, Amerika Syarikat: Knopf Doubleday Publishing Group. m/s. 67. ISBN 9780307961778. OCLC 949364102.
  24. ^ "21 of Theodore Roosevelt's Most Memorable Pets" [21 Haiwan Peliharaan Theodore Roosevelt yang Paling Terkenang]. Mental Floss (dalam bahasa Inggeris). 23 Disember 2019. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  25. ^ https://www.gocomics.com/mother-goose-and-grimm/2024/10/19