Anjing penuding Navarra

baka anjing dari Sepanyol

Anjing penuding Navarra[a] ialah satu baka anjing pemburu Sepanyol dari komuniti berautonomi Navarra, di Sepanyol utara. Ia merupakan salah daripada lima baka Basque bagi anjing, yang selebihnya merupakan anjing gembala Basque, anjing pemburu Navarra, villano de las Encartaciones, dan villanuco de las Encartaciones.[2][3]

Anjing penuding Navarra
Nama lain
  • Pachón
  • Pachón de Vitoria
  • Pachón español
  • Perdiguero común
  • Perdiguero navarro
Negara asalSepanyol
Trait
Berat 20–30 kg (44–66 lb)[1]
Tinggi 48–60 cm (19–24 in)[1]
Jantan purata 55 cm (22 in)[1]
Betina purata 52 cm (20 in)[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing penuding Navarra (sekitar 1890)

Sejarah

sunting

Pachón dipercayai sebagai antara baka anjing penuding tertua dari semenanjung Iberia, dengan bukti ikonografi yang seawal Zaman Pertengahan. Pada abad kesembilan belas, apabila perburuan menjadi pekerjaan bagi golongan borjuis, ia tersebar meluas di serata Sepanyol dengan sebilangan nama seperti pachón, pachón de Vitoria, pachón español, perdiguero común, dan perdiguero navarro. Anjing jenis ini dipamerkan dalam pertunjukan anjing terawal Sepanyol pada tahun 1890-an.[4]:560

Pachón merupakan antara baka yang diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España pada pengasasannya pada tahun 1911, tetapi menjelang tahun 1970-an dipercayai pupus. Usaha untuk memulihkannya bermula dengan banci bagi contoh terselamat pada tahun 1979.[4]:560 Pada tahun 1983, ia merupakan salah satu daripada empat baka anjing Sepanyol yang digambarkan dalam keluaran setem pos.[5] Sebuah persatuan baka, iaitu Asociación Nacional pro Recuperación del Pachón Navarro, diasaskan di Laserna [es] di Álava pada tahun 2001, diikuti oleh Círculo de Cazadores y Criadores de Pachón Navarro di Pamplona pada tahun 2002.[4]:559 Piawaian baka diterbitkan oleh pemerintah Navarra pada tahun 2006 dan, pada tahun 2010, pachón ditambahkan ke dalam senarai baka anjing yang diiktiraf oleh pemerintah Sepanyol.[1][6] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.

Pada tahun 2009, jumlah populasi baka dianggarkan pada antara 700 dengan 1000 ekor anjing.[4]:560

Pachón biasanya berbulu pendek.[1] Lapis bulunya sangat berbeza-beza, dan mungkin ekawarna, dwiwarna, atau triwarna.[7] Warna paling lazim merupakan hitam dan putih, perang berangan dan putih, hati dan putih, dan jingga dan putih, kesemuanya dengan tompok-tompok dan bintik-bintik warna pada latar belakang putih.[4]:561

Segelintir contoh memaparkan ciri luar biasa, iaitu hidung terbelah atau dwicabang,[1] trait yang dikongsi dengan Tarsus çatalburun dari Turki dan kadang-kadang terlihat pada anjing Amerika Selatan.[8]

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ناۏارا; Sepanyol: pachón navarro; Basque: Nafarroako eper txakur

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g "ORDEN FORAL 270/2006, DE 14 DE AGOSTO, DEL CONSEJERO DE AGRICULTURA, GANADERÍA Y ALIMENTACIÓN, POR LA QUE SE RECONOCE EL ESTÁNDAR RACIAL Y FUNCIONAL DE LA RAZA CANINA PACHÓN NAVARRO" [PERINTAH FUERO 270/2006, PADA 14 OGOS, DARIPADA KAUNSELOR PERTANIAN, PENTERNAKAN, DAN MAKANAN, YANG DENGANNYA PIAWAIAN BAKA DAN FUNGSIAN BAGI BAKA ANJING ANJING PENUDING NAVARRA DIIKTIRAF]. Boletín Oficial de Navarra (dalam bahasa Sepanyol) (115). 25 September 2006.
  2. ^ Gómez Fernández, Mariano (2002). "Las razas de ganado autóctonas vascas en el pastoreo vasco" [Baka Haiwan Ternakan Autokton Basque di Padang Ragut Basque]. Annals del Centre d'Estudis Comarcals del Ripollès (dalam bahasa Sepanyol). Centre d'Estudis Comarcals del Ripollès. 2002: 279–290. ISSN 2339-9716. S2CID 178717549.
  3. ^ Gómez Fernández, Mariano; Ametzaga Arregi, Ibone (April 2003). "Conservation of livestock genetic resources in Euskadi (Basque Country)" [Pemuliharaan sumber genetik haiwan ternakan di Euskadi (Negara Basque)]. Animal Genetic Resources (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. 33: 41–55. doi:10.1017/S1014233900001620. ISSN 2078-6344. S2CID 86708830.
  4. ^ a b c d e Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
  5. ^ Moscoso del Pardo y Muñoz, Javier (18 Mei 1983). "15315: ORDEN de 18 de mayo de 1983 sobre emisión y puesta en circulación de dos series de sellos de correos con las denominaciones de «Perros de raza española» y «Grandes efemérides»" [15315: PERINTAH pada 18 Mei 1983 tentang pengeluaran dan pengedaran dua siri setem pos dengan nama "Anjing baka Sepanyol" dan "Ulang tahun besar"] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (127): 14981.
  6. ^ Espinosa Mangana, Elena (4 Mac 2010). "4133: Orden ARM/573/2010, de 4 de marzo, por la que se modifica el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [4133: Perintah ARM/573/2010, pada 4 Mac, untuk meminda lampiran kepada Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (62): 28481.
  7. ^ "Pachon Navarro" [Anjing Penuding Navarra] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Real Sociedad Canina de España. Dicapai pada 21 Mac 2024.
  8. ^ "Double-nosed dog not to be sniffed at" [Anjing berhidung ganda tidak patut dihidu] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 10 Ogos 2007. Dicapai pada 28 Disember 2024.

Templat:Baka haiwan Basque