New Guinea

(Dilencongkan daripada Irian)

New Guinea ialah pulau kedua terbesar di dunia selepas Greenland. Ia meliputi kawasan seluas 786,000 km2 dan terletak di barat daya Lautan Pasifik. Secara geografi ia berada pada bahagian timur Kepulauan Austronesia, yang kadang-kadang juga dianggap sebagai bahagian daripada Kepulauan Indo-Australia yang lebih besar.[1]

New Guinea
نيو ڬيني
Peta lokasi dalam Asia Tenggara
Map
Geography
LocationMelanesia
Coordinates5°20′S 141°36′E / 5.333°S 141.600°E / -5.333; 141.600Koordinat: 5°20′S 141°36′E / 5.333°S 141.600°E / -5.333; 141.600
ArchipelagoKepulauan Asia Tenggara
Area786,000 km2 (303,000 bt2)
Area rankkedua terbesar
Highest elevation4,884 m (16,024 ft)
Administration
Indonesia
Demographics
Population~ 7.5 juta (banci 2005)
Pop. density8 /km2 (21 /sq mi)

West new Guinea papua

sunting

Secara geologi pulau ini bersama-sama dengan Australia adalah sebahagian dari Pentas Sahul,[2][3] yang juga dikenali sebagai Greater Australia.[4] Kedua-dua daratan menjadi berasingan ketika kawasan yang kini dikenali sebagai Selat Torres dilanda banjir selepas Zaman Glasier Akhir.

Secara antropologi pulau ini dianggap sebagai bahagian daripada Melanesia. Dari segi politik, bahagian barat pulau terdiri daripada lima provinsi Indonesia iaitu Papua, Papua Tengah, Papua Pegunungan, Papua Selatan, dan Papua Barat Daya. Sedangkan bahagian timurnya merupakan wilayah daratan dari negara Papua New Guinea. New Guinea mempunyai penduduk lebih kurang 7.5 juta, dengan kepadatan penduduk yang sangat rendah (hanya 8 orang/km2).

Keadaan New Guinea berbeza daripada jirannya Australia, yang lebih kering, lebih rata,[5] dan lebih kurang subur,[6][7] kerana New Guinea memiliki intensiti hujan yang lebih tinggi dan gunung-ganang berapi yang aktif; dengan puncaknya yang tertinggi, Puncak Jaya, mencapai ketinggian 4,884 meter (16,023 kaki). Namun, dua jisim tanah tersebut berkongsi fauna haiwan yang serupa, antara lain berjenis-jenis marsupial (termasuk walabi dan posum) dan monotrem bertelur (tenggiling berduri/echidna). Selain daripada kelawar dan kira-kira dua dozen genera tikus pribumi,[8] tiada mamalia plasenta tempatan lainnya sebelum kehadiran manusia. Babi, beberapa spesies tikus, dan nenek moyang New Guinea Singing Dog, datang kemudian bersama manusia.

Penduduk

sunting
 
Orang Papua dari suku Korowai

Jumlah penduduk pulau New Guinea dianggarkan sebanyak 7.5 juta orang. Ramai percaya petempatan awal manusia di pulau ini telah dimulai sejak lebih kurang 40,000 SM.[9]

Pelbagai penduduk peribumi di pulau ini, berdasarkan bukti arkeologi, linguistik dan genetik mereka, sering dibahagikan kepada salah satu daripada dua kelompok etnik utama: iaitu kumpulan Papua dan kumpulan Austronesia.[10] Mengikut Ethnologue Edisi ke-14, Papua New Guinea mempunyai 826 buah bahasa dan Papua (Irian) 257 buah bahasa, sehingga secara keseluruhannya 1073 bahasa, dimana 12 bahasa tersebar tumpang tindih di kedua wilayah. Provinsi Papua Barat di Indonesia juga adalah kediaman untuk lebih kurang 44 kumpulan kepuakan (tribal groups) yang tiada hubungan.[11]

Pentadbiran

sunting
 
Pembahagian New Guinea

Pulau New Guinea dibahagikan secara pentadbiran politik oleh dua negara:

  • Provinsi Indonesia:
  • Region Papua New Guinea: Papua, Highlands, Momase, dan Islands (wilayah Islands terletak di dekat pantai pulau New Guinea, tetapi tidak di pulau itu sendiri).
    • Region Papua terdiri daripada Western, Gulf, Central, Oro (Northern), dan Milne Bay
    • Region Highlands terdiri daripada Southern Highlands, Enga Province, Western Highlands, Simbu, dan Eastern Highlands
    • Region Momase terdiri daripada Morobe, Madang, East Sepik, dan Sandaun (West Sepik)
    • Region Islands terdiri daripada Manus, West New Britain, East New Britain, dan New Ireland, serta Provinsi Autonomi Bougainville.

Bahagian barat pulau adalah bekas Hindia Timur Belanda, iaitu tanah jajahan Belanda yang kini menjadi enam provinsi Indonesia. Bahagian timur pulau adalah bekas Territory Papua and New Guinea yang ditadbir oleh Australia, yang dahulunya terdiri daripada Wilayah Amanah New Guinea (bekas New Guinea Jerman) dan Wilayah Papua (bekas British New Guinea). Garis pembahagi pulau ini terletak pada longitud 141° Timur, kecuali untuk bahagian kecil wilayah timur Sungai Fly yang dimiliki oleh Papua New Guinea.

Rujukan

sunting
  1. ^ Wallace, Alfred Russell (1863). "On the Physical Geography of the Malay Archipelago". Dicapai pada 30 November 2009.; Wallace, Alfred Russel (1869). The Malay Archipelago. London: Macmillan and Co. m/s. 2.
  2. ^ Ballard, Chris (1993). "Stimulating minds to fantasy? A critical etymology for Sahul". Sahul in review: Pleistocene archaeology in Australia, New Guinea and island Melanesia. Canberra: Australian National University. m/s. 19–20. ISBN 0-7315-1540-4.
  3. ^ Allen, J. (1977). Sunda and Sahul: Prehistorical studies in Southeast Asia, Melanesia and Australia. London: Academic Press. ISBN 0-12-051250-5. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ Allen, Jim; Gosden, Chris; Jones, Rhys; White, J. Peter (1988). "Pleistocene dates for the human occupation of New Ireland, northern Melanesia". Nature. 331 (6158): 707–709. doi:10.1038/331707a0.
  5. ^ Macey, Richard (21 January 2005). "Map from above shows Australia is a very flat place". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 5 April 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ Kelly, Karina (13 September 1995). "A Chat with Tim Flannery on Population Control". Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 23 April 2010. "Well, Australia has by far the world's least fertile soils".
  7. ^ Grant, Cameron (August 2007). "Damaged Dirt" (PDF). The Advertiser. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-05-16. Dicapai pada 23 April 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan) "Australia has the oldest, most highly weathered soils on the planet."
  8. ^ Lidicker, W. Z., Jr. (1968). "A Phylogeny of New Guinea Rodent Genera Based on Phallic Morphology". Journal of Mammalogy. 49 (4): 609–643. doi:10.2307/1378724.
  9. ^ "Groube, Chappell, et al., Letter to Nature Dec 1986". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-16. Dicapai pada 2008-04-16.
  10. ^ Encyclopædia Britannica Online
  11. ^ "First contact with isolated tribes?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-06. Dicapai pada 2012-06-08.

Pautan luar

sunting