Posum ialah mana-mana dari lebih kurang 70 spesies marsupial bersaiz kecil hingga sederhana yang hidup di atas pokok (arboreal), yang berasal dari Australia, New Guinea, dan Sulawesi (dan kini telah diperkenalkan juga ke New Zealand dan China).

Posum ekor berus biasa (Trichosurus vulpecula)

Posum adalah marsupial diprotodontia berkaki empat dengan ekor panjang. Posum terkecil, yang juga adalah marsupial diprotodontia terkecil, iaitu Posum Pigmi Kecil (Cercartetus lepidus) yang pajang haiwan dewasanya dari kepala ke ujung badan ialah 70 mm dan memiliki berat 10 g sahaja. Sedangkan yang terbesar ialah Beruang Cuscus (Ailurops ursinus) yang beratnya boleh melebihi 7 kg. Posum biasanya nokturnal, dan sekurang-kurangnya sesetengah aktivitinya arboreal. Pelbagai spesiesnya suka menghuni habitat yang amat rimbun, sedangkan beberapa spesies telah dapat menyelaraskan diri dengan seting bandar. Makanan posum berbagai-bagai, berkisar antara herbivor atau omnivor (Posum Ekor Berus Biasa, Trichosurus vulpecula), hingga penyemak Eucalyptus (Greater Glider, Petauroides volans), insektivor (Posum Pigmi Gunung, Burramys parvus), dan penyuap nektar (Posum Madu, Tarsipes rostratus).

Kedua-dua posum (di Hemisfera Timur) dan oposum (di Hemisfera Barat) merupakan marsupial, tetapi mereka tidak berkaitan rapat.

Bacaan lanjutan

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.