Irfan Bakti bin Abu Salim
Irfan Bakti Bin Abu Salim atau Irfan Bakti merupakan seorang jurulatih pasukan bola sepak yang dilahirkan di negeri Perak tetapi dibesarkan di Kelantan. Beliau pernah mewakili pasukan negeri Kelantan, P.B Kelantan dan juga pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kemudiannya beliau menceburi bidang kejurulatihan dan telah melatih beberapa kelab bola sepak di Malaysia, antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka serta pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Pernah memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura" atau ringkasnya, Persipura Jayapura.Selepas 2 tahun berada di kelab Persipura, beliau menjadi jurulatih bagi pasukan bola sepak negeri Terengganu bermula pada tahun 2009. Untuk musim 2014 beliau menjadi jurulatih Felda United.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Irfan Bakti bin Abu Salim | ||
Tarikh lahir | 1 April 1951 | ||
Tempat lahir | Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia | ||
Posisi permainan | Midfielder | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Kuching City F.C. | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
– | Perak FA | 540 | (760) |
Pasukan diurus | |||
1996 | Malaysia Deaf national football team | ||
1999–2000 | Negeri Sembilan FA | ||
2001–2003 | Penang FA | ||
2004–2007 | TM Melaka FC | ||
2007 | Persipura Jayapura | ||
2008 | Perlis FA | ||
2009–2011 | Terengganu FA | ||
2012–2013 | Selangor FA | ||
2013–2016 | Felda United FC | ||
2017–2019 | Terengganu FA | ||
2021 | Kuching City F.C. | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya sebagai jurulatih
suntingTahun | Pasukan/Kelab | Kejayaan dalam Liga | Kejayaan Lain | Catatan |
---|---|---|---|---|
1996 | Malaysia Deaf Footall Team | Pingat PERAK Acara Bolasepak | Perlawanan Akhir Sukan Orang Pekak Asia Pasifik K.L. 1996 |
Malaysia dikalahkan oleh Iran 1- 2 di Stadium KLFA Cheras |
1999 | Negeri Sembilan | Tempat ke-3 Liga Perdana 1 | Separuh Akhir Piala Malaysia Separuh Akhir Piala FA |
|
2000 | Tempat Ke-6 Liga Perdana 1 | Naib Juara Piala Malaysia Suku Akhir Piala FA |
||
2001 | Pulau Pinang | Juara Liga Perdana 1 | Suku Akhir Piala Malaysia Suku Akhir Piala FA |
|
2002 | Tempat Ke-4 Liga Perdana 1 | Juara Piala FA | ||
2003 | Tempat ke-6 Liga Perdana 1 | Juara Piala Sultan Ahmad Shah | ||
2004 | Telekom Melaka FC | Naib Juara Liga Perdana | ||
2005 | Tempat ke-4 Liga Super Malaysia | Suku Akhir Piala Malaysia | ||
2005/2006 | Tempat Kedua Liga Super Malaysia | Separuh Akhir Piala Malaysia | ||
2006/2007 | Meninggalkan kelab pada Feb 07 untuk menyertai Persipura | |||
2007 | Persipura Jayapura, Indonesia | Juara Wilayah Timur Divisyen Satu Liga Indonesia 2007 | ||
2008 | Perlis FA | Tempat ke-7 Liga Super | Pusingan Pertama Piala FA & suku akhir Piala Malaysia[1] | |
2009 | Terengganu | Tempat ke-2 Liga Super | Separuh Akhir Piala FA & Separuh Akhir Piala Malaysia | |
2010 | Tempat Ketiga Liga Super Malaysia 2011 | Separuh Akhir Piala FA & Suku Akhir Piala Malaysia | ||
2011 | Naib Juara Liga Super Malaysia | Juara Piala FA Naib Juara Piala Malaysia |
Meninggalkan Terengganu berikutan kontrak tamat selepas Piala Malaysia | |
2012 | Selangor | Menyertai Selangor berikutan tamat kontrak dengan pasukan lama dan keinginan beliau membimbing Selangor[2] |
Catatan:
Mulai musim 2004 Liga tertinggi di Malaysia telah ditukar nama dari Liga Perdana 1 kepada liga Super.
Manakala liga tahap kedua iaitu Liga Perdana 2 menjadi Liga Perdana sahaja.
Isu dan kontroversi
suntingKritikan Shebby terhadap Irfan
suntingPada 14 Februari 2007, Irfan dikritik oleh Shebby mengenai corak latihan bekas jurulatih Telekom Melaka(TMFC), Irfan Bakti Abu Salim yang kononnya banyak kelemahan daripada aspek fizikal, mental dan corak permainan menyebabkan beliau dilabel jurulatih ketinggalan zaman. Akan tetapi ramai yang kurang senang dengan kritikan tersebut memandangkan Telekom Melaka menduduki tempat kedua liga Super pada sessi 2005/2006.[3] Akhirnya, terkilan dan berasa jauh hati dengan perkara tersebut, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan di dalam TMFC.[4]
Rujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-14. Dicapai pada 2011-10-31.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-04. Dicapai pada 2012-04-29.
- ^ "Tiada pengecualian buat Shebby", Utusan Online, 14 Februari 2007.
- ^ "Label ketinggalan zaman tidak jejas karier Irfan", Harian Metro, 21 Februari 2007.[pautan mati kekal]