Innocence (filem 2020)
Innocence (Hangul: 결백 ; RR: Gyeolbaek) adalah sebuah filem drama Korea Selatan 2020 yang ditulis dan diarahkan oleh Park Sang-hyun, yang dibintangi oleh Shin Hye-sun, Bae Jong-ok dan Heo Joon-ho . Ia dilancarkan pada 10 Jun 2020. [2]
Innocence | |
---|---|
Fail:Innocence 2020.jpg | |
Pengarah | Park Sang-hyun |
Penulis | Park Sang-hyun |
Dihasilkan oleh | Park Joon |
Dibintangi | |
Sinematografi | Yoo Il-seung |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Lee Ji-soo |
Syarikat penerbitan | IDIOPLAN |
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 111 minit |
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bajet | ₩5 billion[1] (~US$4 million) |
Plot
suntingBerdasarkan kisah benar, filem ini memfokuskan kepada Ahn Jung-in (Shin Hye-sun), seorang peguam yang memutuskan untuk membela ibunya setelah dia salah dituduh membunuh seseorang di pengebumian suaminya.
Pelakon
suntingUtama
sunting- Shin Hye-sun sebagai Ahn Jung-in
- Bae Jong-ok sebagai Chae Hwa-ja
- Heo Joon-ho sebagai Datuk Bandar Choo
Pelakon pembantu
sunting- Tae Hang-ho sebagai Yang Wang-yong
- Ko Chang-seok sebagai Seedsman
- Park Chul-min sebagai Hwang Bang-younh
- Kim Su-hyeon sebagai naib presiden firma undang-undang
- Cha Soon-bae sebagai Na Il-jung
- Jung In-gyeom sebagai pendakwa raya Shin
- Han Yi-jin sebagai Choi Seok-goo
- Shin Cheol-jin sebagai Ji Young-deok
Penampilan khas
sunting- Kim Young-jae sebagai Pengarah Park
- Kim Suk-hoon sebagai Lim Choon-woo
- Park Sung-geun sebagai wakil firma undang-undang
- Bae Hae-sun sebagai isteri Datuk Bandar Choo
- Park Jin-young sebagai hakim Mahkamah Tinggi
Produksi
suntingBarisan pelakon
suntingPada 8 November 2018, pelakon Shin Hye-sun dan Bae Jong-ok disahkan akan membintangi filem bertemakan mahkamah berjudul Innocence. [3] Han Yi-jin disahkan telah bergabung dengan barisan bintang pada 11 Disember, [4] diikuti oleh Tae Hang-ho pada 12 Disember. [5]
Filem ini menandakan peranan utama pertama untuk Shin Hye-sun dalam sebuah filem. [6] Beliau mendedahkan bahawa salah satu sebab mengapa dia memilih filem ini adalah kerana nasihat ayahnya. Beliau menambah bahawa "drama bertemakan undang-undang yang dibintangi oleh watak wanita seperti itu tidak biasa pada masa ini, dan [peminatnya] mahu [dia] memainkan peranan sebagai peguam pada suatu hari nanti kerana artikulasi bicara yang jelas. [7] Shin menggunakan Elizabeth Sloane (watak utama filem Amerika 2016 Miss Sloane, yang dimainkan oleh Jessica Chastain) sebagai sumber inspirasi semasa mempersiapkan peranannya. [8]
Bae Jong-ok memilih untuk memainkan watak ibu Jung-in kerana "terdesak mahukan perubahan dalam gaya lakonan" kerana watak tersebut mempunyai penampilan 30 tahun lebih tua dari Jong-ok sendiri.[9] Beliau juga menerima tawaran tersebut kerana beliau "tertanya-tanya betapa rumit dan kompleksnya hubungan antara jiran tetangga jika keluarga masing-masing mempunyai sejarah tersendiri di antara mereka."[10]
Menurut pengarah Park Sang-hyun, peranan datuk bandar hanya boleh dimainkan oleh Heo Joon-ho kerana watak ini "dikhabarkan telah berjaya menjadi seorang yang bermuka-muka yang penuh tamak haloba dan korupsi." [11]
Penggambaran
suntingFotografi utama bermula pada 3 Disember 2018 dan penggambaran selesai pada 28 Februari 2019. [12]
Pelancaran
suntingFilem ini pada asalnya akan dilancarkan pada 5 Mac 2020. [13] Oleh kerana pandemik COVID-19, acara promosi terpaksa dibatalkan [14] dan pengedar memutuskan untuk menangguhkan pelancaran kepada 27 Mei. [15] Setelah kluster baru muncul di pusat Seoul pada pertengahan Mei, pelancaran filem terpaksa ditangguhkan kepada bulan Jun. [16] [17] Pada 22 Mei, diumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 11 Jun. [18] Pada 4 Jun, diumumkan bahawa filem ini akan dilancarkan satu hari lebih awal, pada 10 Jun. [19]
Penerimaan
suntingBox office
suntingFilem ini menduduki puncak box office Korea Selatan pada hujung minggu pembukaannya, dengan anggaran 203,000 penonton filem. [20] [21] Ia melepasi 500,000 penjualan tiket pada minggu berikutnya. [22]
Penghargaan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2020 | 29th Buil Film Awards | Pelakon Baru Terbaik | Hong Kyung | Tercalon | [23] |
2021 | 41st Blue Dragon Film Awards | Pelakon Pembantu Terbaik | Bae Jong-ok | Tercalon | [24] |
Pelakon Baru Terbaik | Hong Kyung | Tercalon | |||
Pelakon Baru Terbaik | Shin Hye-sun | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Yonhap News (April 30, 2020). "영화 관람 6천원 할인권 130만장 풀린다…극장가에 단비 될까". MK (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Choi, Ji-won (June 5, 2020). "Shin Hye-seon, Bae Jong-ok to star in 'Innocence'". The Korea Herald. Dicapai pada June 5, 2020.
- ^ Jeon, Hyung-hwa (November 8, 2018). "[단독]신혜선, '결백'으로 스크린 첫 주연..·배종옥과 호흡". Star News (dalam bahasa Korea). Naver. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Ryu, Dong-woo (December 11, 2018). "한이진, 영화 '결백' 합류...신혜선과 호흡". Biz Enter (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Lee, Ji-hyun (December 12, 2018). "[공식]태항호 영화 '결백' 캐스팅..신혜선 동창 양왕용 순경役". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). Daum. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ ""Innocence" Shin Hye-sun's Journey From Minor to Major Roles". HanCinema. January 30, 2020. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Kwak, Yeon-soo (February 11, 2020). "Shin Hye-sun plays first lead role in 'Innocence'". The Korea Times. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Kwak, Yeon-soo (June 8, 2020). "'Innocence' actor talks on first lead role on big screen". The Korea Times. Dicapai pada June 8, 2020.
- ^ "Bae Jong-ok Chooses "Innocence" Out of Thirst for an Acting Transformation". HanCinema. February 13, 2020. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Lee, Jae-lim (February 6, 2020). "Shin Hae-sun nabs first lead role". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ "Heo Joon-ho, a Charismatic Acting Legend". HanCinema. February 28, 2020. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ "Innocence (2020)". Korean Film Council. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ "Movie Theaters Hit by Coronavirus Resurgence". The Chosun Ilbo. May 15, 2020. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Kim, Bo-ra (February 23, 2020). "Two dramas cancel schedule due to complicated evolution of Covid-19 epidemic". Osen. V Live. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Lee, Jae-lim (May 12, 2020). "Despite outbreak, local films go ahead with release plans". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Lee, Jae-lim (April 14, 2020). "Spike in coronavirus cases led to delays for movie releases". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Conran, Pierce (May 21, 2020). "New Covid-19 Cluster Pushes Back Intruder and More in June". Korean Film Council. Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Han, Hyun-jung (May 22, 2020). 신혜선X배종옥 '결백', 드디어 6월11일 개봉 [Innocence with Shin Hye-sun and Bae Jong-ok, finally to be released on June 11]. MK (dalam bahasa Korea). Dicapai pada May 25, 2020.
- ^ Kang, Jin-ah (June 4, 2020). "신혜선·배종옥·허준호 '결백', 하루 잎당겨 10일 개봉". Newsis (dalam bahasa Korea). News Chosun. Dicapai pada June 4, 2020.
- ^ Lee, Jae-lim (June 15, 2020). "Box office starts to recover as 'Innocence' takes top spot". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada June 15, 2020.
- ^ Lee, Gyu-lee (June 17, 2020). "'Innocence' soars at local box office". The Korea Times. Dicapai pada June 17, 2020.
- ^ Ko, Dong-hwan (June 21, 2020). "'Innocence' passes 500,000 ticket sales amid virus-hit cinema downturn". The Korea Times. Dicapai pada June 21, 2020.
- ^ "HERE ARE THE WINNERS OF THE 2020 BUIL FILM AWARDS". Elle. October 26, 2020. Dicapai pada October 28, 2020.
- ^ "[공식]제41회 청룡영화상 후보 발표…'남산의부장들' 10개 부문 최다 노미" (dalam bahasa Korea). November 11, 2020.