Sandakan

Bandar di Sabah
(Dilencongkan daripada Indah jaya)


Sandakan (Tulisan Jawi: سنداکن‎), merupakan salah sebuah bandaraya utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009). Penduduk bumiputera Suku Bangsa Sungai ,dusun dan bukan Bumiputera Bangsa Cina ,Cina dan juga bangsa lain yang merantau ke Sandakan ataupun Sabah Seperti Bugis daripada pelusuk indonesia , Suluk ,Bajau daripada pelusuk Philipines serta suku lain yang telah menetap sekian lama di Sandakan menjadi sebahagian penduduk tetap Sandakan.

Sandakan
سنداکن
Elopura
Bandaraya dan Daerah
Pusat bandar Sandakan
Pusat bandar Sandakan
Mohor rasmi Sandakan سنداکن Elopura
Nama panggilan: The Nature City, Little Hong Kong
Map
Lokasi Sandakan di Sabah
Sandakan سنداکن Elopura yang terletak di Malaysia
Sandakan سنداکن Elopura
Sandakan
سنداکن
Elopura
   Sandakan in    Malaysia
Sandakan سنداکن Elopura yang terletak di Asia
Sandakan سنداکن Elopura
Sandakan
سنداکن
Elopura
Sandakan
سنداکن
Elopura (Asia)
Sandakan سنداکن Elopura yang terletak di Bumi
Sandakan سنداکن Elopura
Sandakan
سنداکن
Elopura
Sandakan
سنداکن
Elopura (Bumi)
Koordinat: 05°50′0″N 118°07′0″E / 5.83333°N 118.11667°E / 5.83333; 118.11667Koordinat: 05°50′0″N 118°07′0″E / 5.83333°N 118.11667°E / 5.83333; 118.11667
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Sandakan, Sabah
Empayar Bruneikurun ke 15–1658
Kesultanan Sulu1658–1882
Diduduki oleh Syarikat Borneo Utara Inggeris21 Jun 1879
Disahkan menjadi ibukota Borneo Utara1884
Ditamatkan sebagai ibukota1946
Perbandaran1 Januari 1982
BandarayaTBA
DaerahSandakan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Perbandaran Sandakan
 • Presiden MPSHenry Idol
 • MP•Yang Berhormat Datuk Suhaimi Nasir (UMNO) (Libaran)

•Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS) (Batu Sapi) Gabungan Rakyat Sabah

•Yang Berhormat Puan Vivian Wong Shir Yee (DAP) (Sandakan) Parti Tindakan Demokratik
Keluasan
 • Jumlah2,266 km2 (875 batu persegi)
Aras10 m (30 ft)
Aras Terendah
0 m (0 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah396,290
 • Kepadatan170/km2 (450/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dilihat
Poskod
90000 to 90999
Kod kawasan089
Nombor pendaftaran kenderaanSS (1980-2018)
SM (2018-)
Laman sesawangmps.sabah.gov.my/portal/

Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.

Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.

Etimologi

sunting
 
Peta Pelabuhan Sandakan 1891, katalog Perpustakaan British.

Petempatan Eropah yang pertama dibina oleh seorang penyeludup senjata berbangsa Scotland dari Glasgow bernama William Clark Cowie yang menamai petempatan tersebut "Sandakan", (dalam bahasa Suluk yang bermaksud "Tempat yang dipajak").[2] Petempatan itu kemudian dinamakan semula Kampong German (Kampung Jerman), disebabkan ada beberapa pangkalan German di sana. Apabila satu petempatan baru lagi dibina tidak lama selepas petempatan Cowie yang sebelumnya hancur dalam kebakaran, petempatan itu dipanggil Elopura, yang bermaksud "bandar indah".[3] Nama tersebut diberi oleh Syarikat Borneo Utara British namun orang tempatan terus menggunakan nama lama dan kemudian diubah balik kepada Sandakan.[3][4][5] Selain nama Elopura, petempatan itu juga digelar Little Hong Kong (Hong Kong Kecil) disebabkan oleh ramai kaum Cina berhijrah dari Hong Kong (kebanyakannya suku Kantonis dan Hakka).[6][7][8] Pryerlah orang yang memberi petempatan tersebut nama Elopura yang bermaksud "bandar indah". Beberapa tahun kemudian, petempatan tersebut dinamakan semula Sandakan sekali lagi.[9] Nama Elopura, walau bagaimanapun, masih digunakan untuk beberapa majlis kerajaan tempatan Dewan Undangan Negeri Sabah, termasuk pilihan raya.[10] Bandar tersebut biasanya dirujuk sebagai "Sandakan" sekarang dan bukan "Elopura" atau "Little Hong Kong". Walau bagaimanapun, usaha telah dibuat untuk membangunkan Sandakan agar bandar itu sesuai untuk mempunyai nama "Little Hong Kong" semula.[11][12]

Sejarah

sunting

Ketika awal 1870-an, pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu yang turut memerintah kawasan yang kini merupakan Filipina selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh William Clarke Cowie, seorang penyeludup senjata api berbangsa Scotland dari Glasgow yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya sebagai "Sandakan", iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampong German" kerana kehadiran sebilangan besar orang Jerman yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh dari konsul Austria-Hungary Baron von Overbeck daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, Alfred Dent, Kampong German teranap pada 15 Jun 1879. Residen British yang baru, William B. Pryer, memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu "Elopura", yang bermaksud Bandar yang Indah. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke "Sandakan". Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan. Populasi penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat Cina, Sungai, Suluk, Bajau, Kadazandusun dan lain-lain.

Pada tahun 1883, pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dipindahkan dari Kudat ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak, Sandakan menjadi tumpuan jutawan terbesar di seluruh dunia.

Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia II bermula pada 19 Januari 1942 dan bertahan sehingga sebuah briged Divisyen Ke-9 Australia membebeaskannya pada 19 Oktober 1945. Pentadbiran Jepun memulihkan nama Elopura untuk bandar ini. Antara kezaliman yang berlaku ketika Perang Dunia II ialah Kawat Kematian Sandakan, apabila askar Jepun hendak memindahkan sekitar 6,000 orang tawanan perang di Sandakan 260 km (160 batu) ke pekan Ranau di pedalaman Sabah. Tawanan-tawanan yang berjaya menempuh perjalanan ke Ranau hidup-hidup diasakkan ke dalam pondok-pondok yang kotor; kebanyakan mereka ini mati sama ada akibat penyakit disenteri atau dibunuh oleh pengawal penjara. Setelah tamatnya perang, Sandakan ranap keseluruhannya, sebahagiannya akibat pengeboman Kuasa Berikat dan sebahagian lagi oleh pihak Jepun. Oleh itu, setelah Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan British pada tahun 1946, ibu negerinya dipindahkan ke Jesselton (kini dikenali sebagai Kota Kinabalu).

Sandakan masih merupakan pelabuhan kedua terpenting di Sabah, selepas Kota Kinabalu. Pelabuhan ini penting untuk eksport kayu balak, kelapa sawit, tembakau, koko, kopi, gentian manila, dan sagu. Sandakan juga adalah antara bandar-bandar yang paling sibuk di Malaysia Timur.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perniagaan telah memindahkan operasinya dari pusat bandar gara-gara kehadiran ramai pendatang tanpa izin di pusat bandar. Pada bulan Januari 2003, Sandakan Harbour Square, sebuah projek pembaharuan bandar, dilancarkan untuk cuba menghidupkan kembali pusat bandar sebagai pusat komersial utama di Sandakan. Projek ini akan menampilkan sebuah pasar besar dan pasar ikan yang baru (telah siap pada tahun 2006), sebuah pusat membeli-belah (Sandakan Harbour Mall), hotel, dan lot-lot kedai 3 dan 4 tingkat. Projek ini sedang dalam empat fasa dan dijangka siap pada awal tahun 2012.

Bom tentera Berikat بوم تنترا برايکت

sunting

Pada 26 November 2007, beberapa butir bom bersaiz besar ditemui di tapak perumahan rakyat berhampiran Taman Perumahan Airport Baru dan Kuaters 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan. Semasa Perang Dunia II, kem tentera British di Sandakan di Jalan Army Camp Batu 7 menjadi sasaran utama serangan. Ada di antara bom-bom yang digugurkan itu tidak meletup dan terbenam di dalam tanah.

Pemangku Ketua Polis Sandakan DSP Ooi Guan Siew mengarahkan kerja-kerja memusnahkan bom itu dijalankan pada 27 November 2007.[13]

Geografi

sunting

Sandakan terletak di pantai timur Sabah menghadap Laut Sulu, dengan sebuah bandar yang dikenali sebagai salah satu daripada bandar pelabuhan di Malaysia.[14] Bandar ini terletak kira-kira 1,900 kilometer dari ibu negara Malaysia Kuala Lumpur, 28 kilometer dari sempadan antarabangsa dengan Filipina dan 319 kilometer dari ibu negeri Sabah Kota Kinabalu.[15][16] Daerah ini sendiri dikelilingi oleh Beluran (dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut sebelum ini) dan daerah Kinabatangan.[17][18] Tidak jauh dari bandar, terdapat tiga Pulau Penyu Malaysia iaitu Selingaan, Gulisaan dan Bakkungan Kechil.[19] Pulau terdekat dengan bandar ini ialah Pulau Berhala, Pulau Duyong, Pulau Nunuyan Darat, Pulau Nunuyan Laut, dan Pulau Bai.[17]

Sandakan mempunyai iklim hutan hujan tropika di bawah pengelasan iklim Köppen. Iklim di Sandakan agak panas dan lembap dengan suhu teduh sederhana sekitar 32 °C, dengan sekitar 32 °C pada waktu tengah hari menurun sehingga sekitar 27 °C pada waktu malam. Bandar ini mengalami kerpasan sepanjang tahun, dengan kecenderungan pada bulan Oktober hingga bulan Februari menjadi bulan terlembap, manakala bulan April ialah bulan terkering. Min hujan di Sandakan berubah-ubah dari 2184 mm hingga 3988 mm.[20][21]

Data iklim untuk Sandakan (1961–1990, lampau 1879 – kini)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 34.8
(94.6)
34.1
(93.4)
33.6
(92.5)
36.1
(97.0)
36.5
(97.7)
35.9
(96.6)
35.9
(96.6)
36.0
(96.8)
35.6
(96.1)
35.3
(95.5)
34.6
(94.3)
34.2
(93.6)
36.5
(97.7)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 29.2
(84.6)
29.5
(85.1)
30.5
(86.9)
31.6
(88.9)
32.5
(90.5)
32.2
(90.0)
32.2
(90.0)
32.3
(90.1)
31.5
(88.7)
31.6
(88.9)
30.7
(87.3)
29.8
(85.6)
31.1
(88.0)
Purata suhu harian, °C (°F) 26.2
(79.2)
26.4
(79.5)
27.0
(80.6)
27.6
(81.7)
27.7
(81.9)
27.3
(81.1)
27.1
(80.8)
27.2
(81.0)
27.0
(80.6)
26.9
(80.4)
26.8
(80.2)
26.5
(79.7)
27.0
(80.6)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 23.3
(73.9)
23.3
(73.9)
23.5
(74.3)
23.7
(74.7)
23.7
(74.7)
23.4
(74.1)
22.1
(71.8)
23.1
(73.6)
22.6
(72.7)
23.2
(73.8)
23.3
(73.9)
23.4
(74.1)
23.2
(73.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 18.3
(64.9)
19.4
(66.9)
20.0
(68.0)
21.1
(70.0)
21.1
(70.0)
20.6
(69.1)
20.2
(68.4)
19.4
(66.9)
20.6
(69.1)
20.6
(69.1)
20.0
(68.0)
20.1
(68.2)
18.3
(64.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 436.8
(17.20)
267.6
(10.54)
157.8
(6.21)
107.3
(4.22)
137.6
(5.42)
200.3
(7.89)
194.7
(7.67)
212.6
(8.37)
236.9
(9.33)
252.5
(9.94)
344.2
(13.55)
461.8
(18.18)
3,010.1
(118.51)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 18 12 10 7 9 12 12 13 13 15 18 19 158
Purata kelembapan relatif (%) 84 83 82 81 82 82 83 83 84 85 86 86 84
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 155.6 160.9 217.5 247.0 248.9 206.9 220.9 221.5 194.9 190.7 174.5 159.9 2,399.2
Sumber 1: NOAA[22]
Sumber 2: Meteo Climat (record highs and lows),[23] Deutscher Wetterdienst (humidity, 1966–1990)[24]

Demografi

sunting

Bangsa dan agama

sunting
 
Masjid Daerah Sandakan, masjid utama bagi bandaraya dan daerah.
 
Tokong Puu Jih Shih, dibina pada tahun 1987, tokong Cina utama di Sandakan.
 
Gereja St. Michael dan Semua Malaikat, gereja granit tertua di Sandakan.
 
Katedral St. Mary

Menurut Banci Malaysia pada tahun 2010, seluruh kawasan perbandaran bandar raya mempunyai populasi 396,290 orang penduduk.[25] Penduduk bukan Malaysia membentuk sebahagian besar populasi bandar raya tersebut dengan 144,840 orang diikuti Bumiputera lain (100,245).

Cina (63,201), Bajau/Suluk (38,897), Melayu (22,244) - (Melayu Brunei dan Kedayan yang berhijrah dari Pantai Barat Sabah) juga Melayu Cocos yang bermigrasi dari daerah Tawau, Kadazan-Dusun (16,616), Murut (519).

Terdapat juga etnik-etnik Bumiputera lain seperti Ida'an, Orang Sungai, Bugis, orang Jawa dan Banjar (100,245), India (974) dan lain-lain (8,754).[25]

Kebanyakan penduduk bukan Malaysia dari selatan Filipina.[11][26] Populasi Cina di sini bahagian sama yang kebanyakannya Kantonis (keturunan pedagang laut yang menetap di Pantai Timur Borneo Utara) dan juga Hakka (kebanyakan berketurunan penghijrah sukarela dan pelarian Pemberontakan Taiping), yang tiba semasa zaman British dan mempunyai petempatan asal mereka sebelum di bandar yang kini dikenali sebagai Kampung Sungai Kebun Cina.[7] Bangsa Bajau, Suluk dan Melayu beragama Islam, Kadazan-Dusun dan Murut kebanyakannya mengamalkan agama Kristian dengan beberapa daripada mereka menjadi orang Islam[27] manakala bangsa Cina kebanyakannya beragama Buddha, Tao dan beberapa Kristian.[28][29] Terdapat bilangan kecil beragama Hindu, Sikh dan Animisme.

Kumpulan besar bukan penduduk telah dikenal pasti kebanyakannya orang Islam, dan terdapat beberapa wanita Filipino Kristian yang memeluk agama Islam untuk mengahwini Filipino Islam di sini.[26] Seperti di Kota Kinabalu, gelombang pertama pendatang ini tiba pada lewat abad ke-15 semasa penjajahan Sepanyol, manakala yang lain tiba pada awal 1970-an kerana masalah di selatan Filipina.[26] Mereka terdiri daripada pekerja penghijrah, dengan kebanyakan mereka menjadi warganegara dengan kerakyatan Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat masih ramai yang tinggal tanpa dokumen yang betul sebagai pendatang tanpa izin di bandar dengan petempatan haram sendiri.[26]

Pendidikan

sunting
 
Salah satu sekolah menengah di Sandakan, SMK Sandakan II.
 
Perpustakaan Wilayah Sandakan.

Terdapat banyak sekolah kerajaan atau negeri di dalam dan sekitar bandar ini. Sekolah rendah pertama di bandar ini ialah Sekolah Kebangsaan St. Mary Town yang dibuka oleh Rev. Fr. A. Prenger yang menjadi guru besar pertama bersama-sama dengan Rev. Fr. Pundleider, iaitu seorang paderi Mill Hill.[2] Sekolah berkenaan ialah Sekolah Mubaligh Katolik serta sekolah lelaki dan telah dibuka sejak 24 Julai 1883, menjadikannya sekolah tertua di Borneo.[30] Bagi sekolah menengah, kebanyakannya Sekolah Menengah Kebangsaan, beberapa Sekolah Mubaligh Kristian, satu Pusat Tingkatan Enam, beberapa Sekolah Bestari, beberapa sekolah sama jantina dan beberapa Sekolah Jenis Cina serta Sekolah Menengah Teknik Sandakan and Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar Sandakan.[31] Satu sekolah awam bebas juga ada di bandar ini iaitu Sekolah Menengah Yu Yuan.[32] Maktab Rendah Sains MARA ketiga di Sabah terletak di daerah ini iaitu Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens. Sekolah Seni Malaysia bagi negeri ini terletak di daerah ini juga.

Bagi pendidikan tinggi, terdapat Politeknik Sandakan, ILP Sandakan, GIATMARA Sandakan dan Kinabalu Commercial College. Universiti seperti Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Terbuka Malaysia telah membuka kampus di sini.

Pelancongan dan warisan ڤلنچوڠن دان واريثن

sunting
 
Tokong Puuh Jih Shih
 
Kampung Buli Sim Sim

Oleh sebab Sandakan nyaris ranap ketika Perang Dunia II, cuma terdapat beberapa buah bangunan pelbagai usia yang masih ada. Antara tarikan yang masih ada termasuk:

  • Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.
  • English Tea House [1] - terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional. Alamat: 2002 Jalan Istana - tel: 6089 222544
  • Taman Peringatan Sandakan - dibina di tapak khemah tawanan perang Taman Rimba di Batu 7.
  • Tanah Perkuburan Jepun - menempatkan tapak peringatan kepada korban perang Jepun di Borneo.
  • Gereja St Michael's and All Angels - gereja granit ini dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.
  • Tokong Buddha Puu Jih Shih - tokong merah dan emas yang siap pada tahun 1987 ini menghadap pusat bandar.
  • Tokong Sam Sing Kung Temple - binaan yang siap pada tahun 1887 ini merupakan binaan yang tertua di Sandakan.
  • Masjid Sandakan - binaan yang siap pada tahun 1988 ini terletak berhampiran dengan teluk dan Kampung Buli Sim Sim.
  • Kampung Buli Sim Sim - kampung perikanan berkaki bajang di tapak asal pekan Sandakan.
  • Pasar Sandakan - antara pasar yang terbesar dan tersibuk di Sabah.
  • Taman Buaya - terletak 12 km (7.5 batu) dari Sandakan, menempatkan lebih 2,000 ekor reptilia ini dalam kolam konkrit.
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - tempat pemerhatian kera Bekantan untuk para pelancong yang hendak mendekati spesis kera ini di habitat semulajadinya.



Penduduk terkenal

sunting
Politik
Hiburan
Sukan

Lihat juga ليهت جوݢ

sunting

Rujukan روجوعن

sunting
  1. ^ "Malaysia Elevation Map (Elevation of Sandakan)". Flood Map : Water Level Elevation Map. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2015. Dicapai pada 22 August 2015.
  2. ^ a b "Founding of Sandakan". Sabah State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2015. Dicapai pada 19 September 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b Vern Bouwman (2004). Navy Super Tankers. Trafford Publishing. m/s. 270–. ISBN 978-1-4120-3206-3.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Hutton2000
  5. ^ James Alexander (2006). Malaysia, Brunei and Singapore. New Holland Publishers. m/s. 378–. ISBN 978-1-86011-309-3. Dicapai pada 14 September 2013.
  6. ^ Tamara Thiessen (2008). Borneo. Bradt Travel Guides. m/s. 199–. ISBN 978-1-84162-252-1.
  7. ^ a b Danny T.K. Wong. "KEBUN CINA : AN EARLY CHINESE SUBURBAN SETTLEMENT IN SANDAKAN". Sandakan Rainforest Park. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 March 2014. Dicapai pada 27 Mac 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Wendy Hutton (1 January 2004). Sandakan: History, Culture, Wildlife, and Resorts of the Sandakan Peninsula. Natural History Publications (Borneo). ISBN 978-983-812-084-5.
  9. ^ Ranjit Singh (2000). The Making of Sabah, 1865–1941: The Dynamics of Indigenous Society. Universiti Malaya Press. ISBN 978-983-100-095-3. Dicapai pada 14 September 2013.
  10. ^ "AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI". Sabah State Government. Dicapai pada 14 September 2013.
  11. ^ a b Cyril Lim (11 Julai 2013). "How Sandakan became Little Philippines". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2014. Dicapai pada 7 June 2015.
  12. ^ "Opening of Hotel and Mall marks the return of "Little Hong Kong" for Sandakan". IREKA Corporation Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2015. Dicapai pada 7 June 2015.
  13. ^ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=298610
  14. ^ "Sabah Sea Port". Borneo Trade. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2015. Dicapai pada 25 March 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama pro
  16. ^ "Sandakan to Kota Kinabalu Distance". Google Maps. Dicapai pada 3 April 2014.
  17. ^ a b "Physical Plan Area Sandakan District". Town and Regional Planning Department, Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2015. Dicapai pada 26 March 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ "Sabah District Map". Department of Lands and Surveys, Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2015. Dicapai pada 9 June 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Vu Hai Dang (9 Januari 2014). Marine Protected Areas Network in the South China Sea: Charting a Course for Future Cooperation. Martinus Nijhoff Publishers. m/s. 147–. ISBN 978-90-04-26635-3.
  20. ^ P. Thomas; F. K. C. Lo; A. J. Hepburn (1976). The land capability classification of Sabah. Land Resources Division, Ministry of Overseas Development.
  21. ^ P. Thomas; F. K. C. Lo; A. J. Hepburn (1976). "The land capability classification of Sabah (Volume 2) – The Sandakan Residency (Climate)" (PDF). Land Resources Division, Ministry of Overseas Development. m/s. 7/22. Dicapai pada 9 April 2014.
  22. ^ "Sandakan Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 24 Mac 2015.
  23. ^ "Station Sandakan" (dalam bahasa Perancis). Meteo Climat. Dicapai pada 14 Oktober 2016.
  24. ^ "Klimatafel von Sandakan / Insel Borneo (Kalimantan) / Malaysia" (PDF). Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa Jerman). Deutscher Wetterdienst. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
  25. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama pop
  26. ^ a b c d Kamal Sadiq (2 December 2008). Paper Citizens: How Illegal Immigrants Acquire Citizenship in Developing Countries. Oxford University Press. m/s. 48–. ISBN 978-0-19-970780-5.
  27. ^ Brookfield, Harold; Yvonne, Bryon; Potter, L (1995). In Place of the Forest; Environmental and Socio-Economic Transformation in Borneo and the Eastern Malay Peninsula. United Nations University Press. m/s. 24. ISBN 92-808-0893-1. Dicapai pada 8 June 2015. Orang Asli of the Peninsula or the Dayak, Kadazan, Murut, and Orang Ulu of Borneo were converted to Islam
  28. ^ Sintang, Suraya; Khambali, Khadijah Mohd; Baharuddin, Azizan; Ahmad, Mahmud (2011). "Interfaith marriage and religious conversions: A case study of muslim converts in Sabah, Malaysia". International Conference on Behavioral, Cognitive and Psychological Sciences (BCPS 2011). 23: 170–176. Dicapai pada 8 June 2015. TABLE III indicates the number of Muslim converts all over districts of Sabah within eight years beginning from the year 2000-2007. The city of Kota Kinabalu states the highest number of conversion (3526), then followed by Keningau (1307), Sandakan (1051), Tawau (829), Ranau (741) and Lahad Datu (714).
  29. ^ Sintang, Suraya; Khambali, Khadijah Mohd; Baharuddin, Azizan; Ahmad, Mahmud (2011). Interfaith marriage and religious conversions: A case study of muslim converts in Sabah, Malaysia. Maldives: IACSIT Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2015. Dicapai pada 8 June 2015.
  30. ^ "Catholic Mission Schools in Sandakan". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2015. Dicapai pada 3 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ "SENARAI SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SABAH (List of Secondary Schools in Sabah) – See Sandakan" (PDF). Educational Management Information System. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 July 2012. Dicapai pada 31 March 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  32. ^ "KTS raises fund for Sandakan school". The Borneo Post. 16 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 31 March 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  33. ^ "Yang Di-Pertua Negeri". Kerajaan Negeri Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2014. Dicapai pada 3 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ Roy Goh (23 Disember 2012). "Parties use town as `power base'" [Parti menggunakan bandar sebagai `tapak kuasa'] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times  – via HighBeam (langganan diperlukan) . Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-18. Dicapai pada 9 Jun 2015.
  35. ^ "Alex Lim". California Golden Bears. Dicapai pada 22 April 2015.
  36. ^ a b "Sandakan boys to men". New Straits Times. 20 December 1999. Dicapai pada 22 April 2015.

Pautan luar ڤاءوتن لوار

sunting