Cyprinidae

keluarga ikan
(Dilencongkan daripada Ikan kap)

Cyprinidae ialah keluarga ikan air tawar yang umumnya dipanggil keluarga kap. Ia satu kumpulan besar ikan yang berasal dari Amerika Utara, Afrika dan Eurasia.

Cyprinidae
Julat zaman: Eosen - Holosen
Kap biasa, Cyprinus carpio
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Superkeluarga: Cyprinoidea
Keluarga: Cyprinidae
Genus jenis
Cyprinus
Subkeluarga

dan lihat teks

Cyprinidae ialah keluarga ikan terbesar; ia juga merupakan keluarga haiwan vertebrata terbesar, dengan kira-kira 3000 spesies yang dikenali. Hanya kira-kira 1300 daripada ini masih wujud, dibahagikan kepada kira-kira 200 genus yang sah.[1]

Keluarga ini termasuk banyak ikan yang diketahui oleh manusia. Beberapa spesies telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia. Yang lain juga terkenal sebagai ikan hias, seperti pelbagai jenis ikan emas dan ikan koi. Akibatnya, ada banyak ikan yang telah dilepaskan di pelbagai tempat, sungguhpun dengan pelbagai hasil.

Penamaan

sunting

Nama "Cyprinidae" berasal Bahasa Yunani "κυπρῖνος" (AFA /ciˈpri.nos/), yang maksud "ikan kap".

Sesetengah orang menganggap kesemua ikan Cyprinidae sebagai "kap", tetapi bagi kegunaan harian, "kap" biasanya merujuk kepada hanya beberapa spesies besar, seperti:

Ciri-Ciri

sunting

Ikan Cyrprinidae yang terbesar ialah ikan keraho Catlocarpio siamensis yang boleh mencapai panjang 3 m[2], dan yang terkecil ialah ikan bekut kerdil Paedocypris progenetica yang boleh mencapai panjang 10.3 mm sahaja.[3]

Semua ikan dalam keluarga ini bertelur, tetapi kebanyakan tidak kekal untuk menjaga telurnya. Bagaimanapun, ada beberapa spesies yang membina sarang dan beberapa spesies yang bertelur dalam kerang, untuk membolehkan anaknya bertumbuh dalam cangkerang yang selamat.[4]

Kesemua ikan Cyprinidae adalah agastrik, iaitu mereka tidak ada perut. Selain itu, rahang mereka tidak mengandungi gigi. Namun begitu, mereka boleh mengunyah dengan menggunakan tulang insang dan bumbung mulut yang telah diubah suai untuk tujuan ini. Bentuk mulut khusus ini berbeza-beza antara spesies, dan ini membolehkan penyelidik untuk membezakan spesies yang berbeza. Spesies besar macam ikan kap biasa mempunyai "gigi" yang cukup kuat untuk menghancurkan cangkerang keras macam yang dipunyai oleh siput.

Kebanyakan ikan Cyprinidae memakan cacing, krustasea kecil dan tumbuhan air, tetapi ada species yang besar yang boleh menjadi pemangsa ikan kecil[5].

Hubungan dengan Manusia

sunting

Makanan

sunting

Ikan Cyprinidae ialah ikan makanan penting di seluruh Eurasia. Terutamanya di kawasan yang terkurung darat, ikan Cyprinidae menjadi ikan yang paling biasa dimakan kerana mereka banyak terdapat di sungai dan tasik air tawar.[6]

Perosak

sunting

Ikan keluarga Cyprinidae boleh menjadi perosak, dan juga boleh digunakan untuk membasmi perosak yang lain. Di Amerika Syarikat, Ctenopharyngodon idella telah dilepaskan di tasik Pennsylvania untuk memakan tumbuhan perosak macam Elodea. Ikan ini umumnya dikebiri, untuk halangnya membiak secara berlebihan. Bagaimanapun, di kawasan lain di Amerika, C. idella menjadi perosak, bila mereka kacau lumpur dasar sungai membuat air keruh, dan juga bersaing dengan ikan asli untuk mendapatkan makanan.[7][8]

Ikan Hias

sunting

Ikan Cyprinidae yang paling diketahui oleh ramai orang ialah ikan emas dan ikan koi. Ikan kap Prusia Carassius gibelio mula dibiakkan di Cina sebelum tahun 1150 untuk menjadi ikan emas hias yang terkenal kini. Ikan kap biasa juga dibiakkan di Jepun untuk menjadi ikan koi yang terkenal kini; di Bahasa Jepun, kata "koi" merujuk hanya kepada kap biasa, semasa ikan koi hias dipanggil "nishikigoi", yang maksud "kap berbroked".

Selain itu berdua, banyak spesies ikan Cyprinidae Asia Tenggara, contohnya ikan seluang, teruntuh dan wader, sangat popular di akuarium rumah.

Pemuliharaan

sunting

Banyak spesies Cyprinidae sudah dipupuskan oleh aktiviti manusia. Kebanyakan itu ialah spesies dari Amerika Syarikat barat daya dan Mexico utara yang dipupusakan oleh pencemaran dan pengaliran air untuk kegunaan manusia, dan spesies Asia Tenggara juga diancam oleh penangkapan ikan yang berlebihan dan kemusnahan habitatnya.[9][10]

Senarai Spesies

sunting
 
Kumpulan kap memakan makanan yang dilempar pelancong di Urfa, Turki

Ada kira-kira 200 genus dan 1300 spesies di keluarga Cyprinidae. Kumpulan ini termasuk:

Rujukan

sunting
  1. ^ Mayden, Richard L.; Chen, Wei-Jen; Bart, Henry L.; Doosey, Michael H.; Simons, Andrew M.; Tang, Kevin L.; Wood, Robert M.; Agnew, Mary K.; Yang, Lei (2009-06). "Reconstructing the phylogenetic relationships of the earth's most diverse clade of freshwater fishes—order Cypriniformes (Actinopterygii: Ostariophysi): A case study using multiple nuclear loci and the mitochondrial genome". Molecular Phylogenetics and Evolution. 51 (3): 500–514. doi:10.1016/j.ympev.2008.12.015. ISSN 1055-7903. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Suzuki, Atsushi; Taki, Yasuhiko (1988-12). "Karyotype and DNA content in the cyprinidCatlocarpio siamensis". Japanese Journal of Ichthyology. 35 (3). doi:10.1007/bf02938438. ISSN 0021-5090. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Kottelat, Maurice; Britz, Ralf; Hui, Tan Heok; Witte, Kai-Erik (2006-01-24). "Paedocypris , a new genus of Southeast Asian cyprinid fish with a remarkable sexual dimorphism, comprises the world's smallest vertebrate". Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 273 (1589): 895–899. doi:10.1098/rspb.2005.3419. ISSN 0962-8452. line feed character in |title= at position 19 (bantuan)
  4. ^ Kitamura, Jyun-ichi (2006-08). "Reproductive ecology of the striped bitterling Acheilognathus cyanostigma (Cyprinidae: Acheilognathinae)". Ichthyological Research. 53 (3): 216–222. doi:10.1007/s10228-006-0336-4. ISSN 1341-8998. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ Vejřík, Lukáš; Matějíčková, Ivana; Seďa, Jaromír; Blabolil, Petr; Jůza, Tomáš; Vašek, Mojmír; Ricard, Daniel; Matěna, Josef; Frouzová, Jaroslava (2016-06-08). "Who Is Who: An Anomalous Predator-Prey Role Exchange between Cyprinids and Perch". PLOS ONE. 11 (6): e0156430. doi:10.1371/journal.pone.0156430. ISSN 1932-6203.
  6. ^ Shaker, Ibrahim; Mahmoud, Ahmed (2007-04-01). "THE BIOLOGICAL LOAD OF SILVER CARP CAGES IN THE RIVER NILE AND THEIR EFFECTS ON WATER QUALITY AND GROWTH PERFORMANCE". Egyptian Journal of Aquatic Biology and Fisheries. 11 (2): 119–143. doi:10.21608/ejabf.2007.1938. ISSN 2536-9814.
  7. ^ LeRoy, Jessica Z.; Doyle, Henry F.; Jackson, P. Ryan; Cigrand, Charles V. (2024-06). "Reproduction of grass carp (Ctenopharyngodon idella) in the Maumee River, Ohio: Part 2—Optimal river conditions for egg and larval drift". Journal of Great Lakes Research. 50 (3): 102345. doi:10.1016/j.jglr.2024.102345. ISSN 0380-1330. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ Wieringa, Jamin G.; Herbst, Seth J.; Mahon, Andrew R. (2017-04). "The reproductive viability of grass carp (Ctenopharyngodon idella) in the western basin of Lake Erie". Journal of Great Lakes Research. 43 (2): 405–409. doi:10.1016/j.jglr.2016.12.006. ISSN 0380-1330. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ Stone, Richard (2007-06-22). "The Last of the Leviathans". Science. 316 (5832): 1684–1688. doi:10.1126/science.316.5832.1684. ISSN 0036-8075.
  10. ^ Beamish, F. William H.; Sa-ardrit, Phannee; Tongnunui, Sumpun (2006-05-11). "Habitat Characteristics of the Cyprinidae in Small Rivers in Central Thailand". Environmental Biology of Fishes. 76 (2–4): 237–253. doi:10.1007/s10641-006-9029-0. ISSN 0378-1909.

Pautan Luar

sunting

A strategic framework for the conservation of 90 Critically Endangered freshwater fish species