Tetraodontidae

keluarga ikan
(Dilencongkan daripada Ikan buntal)

Tetraodontidae ialah keluarga ikan laut dan muara dalam order Tetraodontiformes.[1] Keluarga ini merangkumi banyak spesies yang dikenali dengan pelbagai nama seperti buntal, buntal pasir, buntal pisang, atau buntal kerisi.[2] Ia secara morfologi menyamai buntal landak yang berkait rapat, yang mempunyai duri dalaman besar (tidak seperti duri tipis tersembunyi pada Tetraodontidae, yang hanya terlihat ketika ikan ini menggembung).

Tetraodontidae
Julat zaman: LutetiaHolosen
Buntal pasir bintik putik mengembung
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Tetraodontiformes
Suborder: Tetraodontoidei
Keluarga: Tetraodontidae
Bonaparte, 1832
Spesies jenis
Tetraodon lineatus
Genus

Lihat teks

Buntal lunas pelana mengempis

Taksonomi

sunting

Nama keluarga ini datang daripada genus jenis Tetraodon, nama genus tersebut dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani τετρα tetra yang bermaksud "empat" dan ὀδούς odoús yang bermaksud "gigi" kerana mulut setiap spesiesnya ada empat gigi besar yang bercantum membentuk plat-plat atas dan bawah yang digunakan untuk menghancurkan cengkerang keras mangsa krustasia dan moluska semula jadinya.[3]

Keluarga Tetraodontidae mengandungi 193 spesies ikan yang dikelompokkan dalam 28 genus:[1][4]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Froese, R.; D. Pauly (penyunting). "Family Tetraodontidae – Puffers". FishBase. Dicapai pada 2017-08-23.
  2. ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 234-238. ISBN 9789834603755.
  3. ^ Scharpf, Christopher (11 September 2023). "Family TETRAODONTIDAE" (PDF). The ETYFish Project. Dicapai pada 1 April 2024.
  4. ^ Eschmeyer, W. N.; Fong, J.D., penyunting (Julai 31, 2017). "Species by family/subfamily in the Catalog of Fishes". California Academy of Sciences. Dicapai pada 5 Februari 2024.