Puyu

(Dilencongkan daripada Ikan Puyu)

Ikan Puyu atau Ikan Karuk (panggilan nama di negeri Sabah dan Brunei) atau nama saintifiknya (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakanya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.Apabila musim tengkujuh air di sungai,tasik dan longkang akan naik membuatkan banjir lantas ketika itu anda mempunyai peluang untuk menangkap ikan ini kerana pada ketika itu ikan ini banyak bermain dan berenang di jalanan untuk mencari tempat penghijrahan baharu. Musim hujan juga adalah musim yang terbaik untuk ikan ini mengawan.

Ikan Puyu
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. testudineus
Nama binomial
Anabas testudineus
(Bloch, 1792)
Sinonim
  • Anabas elongatus Reuvens, 1895
  • Anabas macrocephalus Bleeker, 1854
  • Anabas microcephalus Bleeker, 1857
  • Anabas scandens (Daldorff, 1797)
  • Anabas spinosus Gray, 1834
  • Anabas trifoliatus Kaup, 1860
  • Anabas variegatus Bleeker, 1851


Lakaran gambar ikan puyu (Anabas testudineus) di daratan.

Spesies ini hidup secara berkumpulan dan lantaran itu, spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba dan pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang bersaiz kecil).

Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Lantaran itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.

Ikan puyu juga dijual sebagai makanan di pasar-pasar tani. Di tempat yang tidak terdapat ikan puyu secara semula jadi, spesies ini dianggap Spesies ceroboh.

Keupayaan melompat

sunting

Untuk terus hidup, ikan ini berupaya melompat ke darat sebagai ikhtiar hidup mencari air.[1]

Sebagai makanan

sunting

Ikan ini merupakan sumber penting sebagai ikan makanan di sesetengah tempat di India dan di Asia Tenggara di mana keupayaannya untuk hidup di luar air bagi jangka masa yang panjang, selagi kekal lembab, meningkatkan keupayaan pemasarannya.[2]

 
Pla mo di pasar tebing sungai di jajahan Ratchaburi, Thailand
 
Anabas testudineus yang dimasak kari

Rujukan

sunting
  1. ^ [1]
  2. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2012). "Anabas testudineus" di FishBase. versi December 2012.

Pautan luar

sunting