Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober 2005.
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | IAEA |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rancangan audio siar |
Anggota bagi | Gabungan Pemeliharaan Digital, Persatuan Penerbit Saintifik, Teknikal dan Perubatan Antarabangsa |
Bahasa rasmi | Bahasa Rusia, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Arab, bahasa Cina |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1957 |
Dibubarkan | 11 Julai 2023 |
Pengurusan | |
Pengarah/pengurus | Rafael Grossi |
Pertubuhan induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Subsidiari | Rangkaian Perpustakaan Nuklear Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - Trieste |
Perangkaan | |
Belanjawan | 380,000,000 euro (2021) |
Kakitangan/pekerja | 2,500 (2021) |
Anugerah | |
Hadiah Keamanan Nobel (2005) | |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Vienna |
Lokasi | |
Koordinat | 48°14′2″N 16°24′58″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB".
IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun. IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco; dan Trieste, Itali.
Sejarah
suntingIAEA berkhidmat sebagai forum inter-kerajaan bagi kerjasama saintifik dan teknikal dalam penggunaan secara aman teknologi nuklear di seluruh dunia. Program-program IAEA menggalakkan pembangunan aplikasi teknologi nuklear, pengawalan antarabangsa bagi penyalahgunaan teknologi ini dan menyediakan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan teknologi ini. IAEA menggembangkan lagi usaha-usaha keselamatan nuklear selepas berlakunya tragedi Chernobyl pada tahun 1986.
IAEA diketuai oleh Hans Blix dari tahun 1981 hingga 1997. Ketua Pengarah IAEA terkini ialah Mohamed ElBaradei dari Mesir. Semasa Persidangan Agung yang ke-49, ElBaradei telah disahkan memegang jawatan Ketua Pengarah sehingga tahun 2009.
Misi
suntingAgensi ini secara umumnya mempunyai tiga misi utama:[1]
- Mengalakkan penggunaan tenaga nuklear yang selamat dalam kalangan negara-negara anggotanya,
- Mengenakan langkah keselamatan sebaai pengesahan bahawa tenaag nuklear tidak digunaakn untuk tujuan ketenteraan, serta,
- Memaklumkan piawaian tinggi untuk keselamatan menggunakan tenaga tersebut.
Keahlian
suntingKebanyakan ahli-ahli PBB termasuk Kota Vatikan mmenganggotai agensi ini. Pihak yang tidak menyertai:
- Andorra
- San Marino
- Turkmenistan
- Nepal
- Bhutan
- Laos
- Bahrain
- Oman
- Maldives
- Comoros
- Somalia
- Gambia
- Tanjung Verde
- Guinea-Bissau
- Guinea
- São Tomé dan Príncipe
- Guinea Khatulistiwa
- Congo
- Timor-Leste
- Rwanda
- Burundi
- Eswatini
- Lesotho
- Bahamas
- Suriname
- Guyana
- Trinidad dan Tobago
- Grenada
- Dominika
- Barbados
- Antigua dan Barbuda
- Saint Lucia
- Saint Kitts dan Nevis
- Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
- Papua New Guinea
- Kepulauan Solomon
- Vanuatu
- Fiji
- Samoa
- Tonga
- Kiribati
- Mikronesia
- Tuvalu
- Nauru
Negara-negara yang keluar daripada IAEA:
- Korea Utara (1974-1994)
- Kemboja (1958-2003)
Negara-negara yang masih belum sahkan dokumen pengesahan mereka:
Entiti lain yang tidak diwakili di IAEA:
Ketua-Ketua Pengarah
sunting- W. Sterling Cole (1957–1961)
- Sigvard Eklund (1961–1981)
- Hans Blix (1981–1997)
- Mohamed ElBaradei (1997–2009)
- Yukiya Amano (2009 – kini)
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Laman web IAEA
- (Inggeris) In Focus : IAEA dan Iran
- (Inggeris) Buletin IAEA
- (Inggeris) Sejarah IAEA: 40 tahun yang pertama, David Fischer, 1997, ISBN 92-0-102397-9
- ^ "The IAEA Mission Statement". IAEA. Dicapai pada 29 January 2012.